Oleh: Tariq ramadan
Penterjemah: Ahmad Baihaqi saharun
Link artikel asal di sini
Realiti menunjukkan bahawa Kekuatan politik dan visi ikhwanul muslimin dan parti Nour sangat jauh berbeza dari sudut ideologinya sebagai sebuah parti islamis
Link artikel asal di sini
Realiti menunjukkan bahawa Kekuatan politik dan visi ikhwanul muslimin dan parti Nour sangat jauh berbeza dari sudut ideologinya sebagai sebuah parti islamis
Tidak
mudah untuk menilai apa yang sebenarnya sedang berlaku di mesir. Selepas
melihat keputusan pusingan pertama pilihanraya, segala hipotesis jangkaan dapat
diagak, tetapi hasilnya agak tidak dapat dijangkakan. Kedua parti islamist,
kebebasan dan keadilan (FJP) yang mewakili Ikhwanul Muslimin dan Parti Al-Nour,
yang mewakili salafi, telah muncul sebagai gelombang politik utama di Mesir,
selanjutnya melahirkan tandatanya tentang corak-gaya pemerintahan Negara mesir
pada masa hadapan.
Perubahan
berlaku terlalu pantas dan banyak juga elemen-elemen yang mengejutkan, kabur,
dan mungkin tidak dapat diagak. Amat sukar untuk mengenalpasti bukan sahaja siapakah dia
protagonist tetapi juga pakatan baru yang akan mencorakkan perubahan bersejarah
ini.
dalam
kurang daripada enam bulan, puak salafi telah berubah seluruhnya daripada
posisi keagamaan dan juga ideologinya terhadap Demokrasi. Dahulunya, pemimpin mereka telah berulang kali
mengeluarkan penyataan bahawa “demokrasi” itu adalah tidak islamik, bukan
daripada ajaran islam yang juga membawa kepada kekufuran, dan mengatakan bahawa
seorang yang benar-benar Muslim tidak sewajarnya mengambil bahagian dalam
pemilihanraya—atau politik seluruhnya—kerana akar system yang digunakan secara
keseluruhannya itu sendiri bersalahan dengan islam.
Kemudian,secara tidak disangka-sangka, Puak salafi ini menubuhkan sebuah parti, dan mula bergiat aktif diseluruh pelusuk Negara mengedarkan risalah-risalah, berkempen untuk meraih undi, jika bukan untuk mereka,sekurang-kurangnya undi kepada Parti Ikhwan.
Perubahan 180- darjah ini sangat drastic, mengejutkan dan menimbulkan tandatanya. Bagaimana mereka boleh mengisytiharkan secara rasmi sesuatu yang mereka sebut sebagai kufur sebelum ini sebagai islamik? Bagaimana mereka boleh menyeru untuk masyarakat memberi undi kepada Ikhwan yang mana sebelum ini mereka kritik dengan dahsyat, hampir sejak permulaan, kritikan yang mengatakan ikhwan ini amat terpesong daripada “Islam yang sebenar”, yang juga membuka ruang besar kepada Bidaah, unsur-unsur kebaratan dan moden? Kenapa perubahan dalam puak salafi ini terlalu dramatik?
Ini bukanlah kali pertama kita melihat perubahan yang berlaku dalam kalangan organisasi-organisasi Literalis dan juga tradisionalis. Dalam sekitar pertengahan tahun 90-an di Afganistan dan Pakistan, Parti Taliban menolak untuk mempertimbangkan penyertaan mereka terhadap politik; bagi mereka ia salah dari sisi Islam. Dan dalam kurang daripada 8 bulan, mereka telah merangka dan membentuk parti yang memberi gelombang politik yang terutama di afganistan
Kemudian,
kita diberitakan bahawa, rupanya mereka telah diasakpaksa oleh pemerintahan Saudi
(walaupun pemerintah Saudi memandang ideologi Taliban sebagai salah satu cabang
ideology yang telah terpesong) sebagai respon kepada strategi amerika di rantau
itu.
Amerika syarikat, tiada pernah ada masalah dalam mengadakan hubungan dengan kumpulan-kumpulan islam literalis. Realitinya, seperti yang telah berlaku di afganistan, dan juga mesir sekarang. Puak salafi sedang bermain suatu permainan yang bercanggahan,Mereka telah menerima-pakai suatu yang baru -untuk mereka– dalam posisi islam, manakala dalam amalan mereka bekerja untuk kepentingan (seperti hubungannya dengan Amerika) mereka yang mereka tentang sejak dahulu dan haramkan secara teorinya.
Situasi
yang sama juga mungkin akan berlaku di mesir kini
masalah dengan puak salafi dan tradisionalist (seperti Taliban) ini bukan sahaja dari segi pentafsiran Islam (literalis,minda jumud dan selalunya keras kepala) akan tetapi potensi mereka dalam dunia politik. Kita tidak dapat nafikan bahawa mereka adalah jiwa-jiwa yang Ikhlas dalam memperjuangkan agama. Akan tetapi dalam masa yang sama, mereka terlalu naïf dari sudut politik dan terlalu mudah untuk dimanipulasi oleh kuasa lain. Ini telah terbukti di Afganistan dan mungkin akan berlaku di mesir juga.
masalah dengan puak salafi dan tradisionalist (seperti Taliban) ini bukan sahaja dari segi pentafsiran Islam (literalis,minda jumud dan selalunya keras kepala) akan tetapi potensi mereka dalam dunia politik. Kita tidak dapat nafikan bahawa mereka adalah jiwa-jiwa yang Ikhlas dalam memperjuangkan agama. Akan tetapi dalam masa yang sama, mereka terlalu naïf dari sudut politik dan terlalu mudah untuk dimanipulasi oleh kuasa lain. Ini telah terbukti di Afganistan dan mungkin akan berlaku di mesir juga.
Dunia kini sedang melihat pusingan pertama keputusan pilihanraya di Mesir, dan menyimpulkan bahawa kedua-dua parti islamis ini meraih hampir 60peratus daripada keseluruhan undi ( seperti ada ikatan semulajadi antara keduanya). Ini berkemungkinan adalah satu pentafsiran yang sungguh silap. Parti Al-Nour mungkin juga mempunyai peranan lain dalam (Egypt equation). Sebagai sebuah parti yang disponsor dan disokong dari sudut kewangan dan juga ideology oleh kerajaan Saudi, Ia mungkin akan muncul sebagai satu catur Strategi amerika di Mesir.
Parti Al-Nour juga boleh berperanan sebagai alat untuk melemahkan pengaruh juga kekuatan Ikhwan dengan mendesak parti itu membuat pakatan dengan parti lain yang mempunyai risiko. Jika parti Ikhwan memilih untuk mengadakan perjanjian bersama kumpulan literalis, ia akan menyebabkan ikhwan kehilangan kredibilitinya serta meletakkan Ikhwan dalam konflik untuk merealisasikan agenda perubahannya. Jika ia memilih untuk tidak bersama parti salafis ini, ia tiada alternative lain selain membuat pertimbangan untuk membuat pakatan dengan parti lain (yang sangat lemah) dan yang terutama mungkin adalah Tentera yang kekal kukuh kedudukannya.
Parti Ikhwan telah membuat pilihan untuk bertanding hanya dalam 40 peratus dariada kerusi yang dipertandingkan dan tidak bertanding untuk pemilihan presiden. Ia mengumumkan bahawa ikhwan akan menjadi sebuah gelombang utama politik akan tetapi tiada terlalu menonjol. Strategi ini adalah cara bagi menenangkan pihak Barat dan mengelak daripada kehilangan kredibilitinya, Parti Ikhwan mengetahui bahawa keadaannya sekarang amat rumit, teperangkap dan agak berbahaya. Parti An-Nour akan menjadi musuh politik terkuat parti ikhwan dan juga bersahabat dengan dengan Tentera. Hakikatnya, kedua-dua parti islamis ini sebenarnya mempunyai sumber yang sama dalam soal keagamaan dan juga berkongsi beberapa matlamat yang serupa; tetapi realitinya mereka memaparkan perbezaan ideologi dan visi politiknya.
Beberapa tahun
kebelakangan, parti ikhwan telah menonjolkan betapa pragmatic parti tersebut;
yang mengalami beberapa perubahan dalam lembaran sejarah, dan mengadaptasikan
strateginya dengan keadaan, dan juga mengembangkan hubungan antarabangsanya
(arab Saudi, amerika syarikat, Negara-negara Eropah, Negara-negara membangun dan
lain-lain). Keadaan seakan memaparkan bahawa ada kemungkinan untuk parti ikhwan
tidak dapat mengelak daripada membuat pakatan
dengan pihak tentera
Terdapat khabar
angin yang mengatakan adanya perjanjian antara mereka, tetapi masih kabur,
tiada yang jelas. Sekarang nampaknya pakatan tersebut agak tidak dapat
dielakkan. Inilah yang dilakukan oleh pihak amerika syarikat, yang mengekalkan
hubungan rapat dengan Jeneral tentera, untuk memastikan segala keadaan di mesir
dapat dikawal oleh mereka.
Watak
masyarakat awam seperti Mohammad Al Baradei (sebenarnya akrab dengan Amerika
tidak seperti apa yang dikatakan) mungkin akan dipilih secara demokratik kemudian,
namun, kuasa yang mengawal sebenar berada di pihak lain.
walau apa yang telah kita saksikan sepanjang beberapa minggu lepas, saya berpendapat adalah lebih baik tidak menghakimi dahulu mana-mana pihak dan kekal berhati-hati dalam membuat kesimpulan.Mesir adalah sebuah Negara yang kritikal di timur tengah , Amerika Syarikat dan Israel tidak akan berdiam diri untuk menonton rakyat mesir memilih Parti Ikhwan , yang mana ideologinya sama seperti parti Hamas (berhubungan isu konflik Palestin-israel)
dan beberapa kuasa arab serantau yang lain,yang tidak benar-benar mengambil
berat tentang demokrasi, seperti yang
berkerajaan Monarki, mereka memainkan
peranan penting dalam meneutralkan kuasa puak-puak islamis. Dan, dalam apa jua
keadaan, kuasa-kuasa ini masih banyak lagi perkara perlu dibuktikan; tiada
siapa tahu adakah mereka benar-benar akan mengotakan janji apabila
dipertanggungjawabkan kelak.
Perjalanan kearah demokrasi di Mesir masih jauh lagi dari ketelusan, Kita perlu mengelak daripada mengambil pelbagai rupa dan penampilan dalam menghadapi reality. Puak Islamist mungkin berlawanan dengan puak islamist sendiri, seperti kerajaan demokratik barat yang menyokong sebuah puak Ketenteraan yang tidak demokratik dalam erti kata memperalatkan.Inilah politik, kita mestilah kekal berhati-hati walau dalam keadaan optimis sekalipun, bersifat keagamaan atau tidak, dalam politik, keikhlasan tidak pernah cukup.
Perjalanan kearah demokrasi di Mesir masih jauh lagi dari ketelusan, Kita perlu mengelak daripada mengambil pelbagai rupa dan penampilan dalam menghadapi reality. Puak Islamist mungkin berlawanan dengan puak islamist sendiri, seperti kerajaan demokratik barat yang menyokong sebuah puak Ketenteraan yang tidak demokratik dalam erti kata memperalatkan.Inilah politik, kita mestilah kekal berhati-hati walau dalam keadaan optimis sekalipun, bersifat keagamaan atau tidak, dalam politik, keikhlasan tidak pernah cukup.
Tariq Ramadan merupakan
seorang professor dalam kajian islam kontemporari di dalam fakulti kajian
ketimuran di university oxford. Beliau juga merupakan penulis buku Islam and
the arab awakening
2 comments:
tariq ramadhan juga cucu hasan al banna
ya saya tahu :)
Post a Comment