Narcissisme, satu istilah psikologi (ilmu jiwa) yang berasal daripada
mitos greek, yang didefinisikan sebagai satu sifat keperibadian yang penuh
dengan keegoan (egotism),keangkuhan, kesombongan dan terlalu mementingkan diri
sendiri. Ketika anda membaca kriteria sifat-sifat seorang narcissist, dalam
minda anda akan berfikir bahawa segala kejahatan di dunia ini berakar daripada
mereka (narcissist). Dan anda juga akan berfikir bahawa kita ini sedang
dikelilingi oleh golongan sedemikian, lebih padah, mungkin, kita sendiri
tergolong dalam golongan tersebut.
Walaubagaimanapun, Ahli psikologi menyimpulkan bahawa kita sedang hidup
dalam era narcissisme yang mana ramai individu dihinggapi oleh sifat ini dengan
parah. Mereka-mereka ini,mencintai diri mereka sendiri lebih dari segalanya…
Sebenarnya, narcissisme adalah lebih daripada ini. Seorang narcissist hanya
mencintai diri mereka, tiada siapa melainkan diri mereka sendiri. Mereka tidak
ber-empati terhadap orang lain serta tidak dapat dan mahu menghayati perasaan
orang lain. Mereka sentiasa merasakan diri mereka orang penting dan sentiasa
diperlukan. Mereka hidup demi diri mereka sendiri.Mereka berfikir bahawa orang
lain perlu melayani kerenah mereka, dan juga hidup demi mereka.Secara ringkas,
mereka begitu tergila-gilakan diri mereka sehingga terhijab untuk melihat orang
sekeliling mereka.
Kadang-kadang saya melayari laman facebook, dan melihat profail-profail dan gambar-gambar orang di akaun saya, dan akhir-akhir ini, saya menyedari kebanyakan orang meletakkan gambar-gambar mereka yang kelihatan seperti artis pop atau bintang terkenal! Wajah mereka tak tumpah beriya-riya meniru seperti Clark Gable yang terkenal atau kebanyakan pelakon Hollywood lain.Saya jadi hairan melihat keadaan ini dan hanya dapat berfikir betapa narcissistnya mereka!. Namun, akhirnya saya sedar betapa teruknya saya bersangka buruk sebegitu.
Kadang-kadang saya melayari laman facebook, dan melihat profail-profail dan gambar-gambar orang di akaun saya, dan akhir-akhir ini, saya menyedari kebanyakan orang meletakkan gambar-gambar mereka yang kelihatan seperti artis pop atau bintang terkenal! Wajah mereka tak tumpah beriya-riya meniru seperti Clark Gable yang terkenal atau kebanyakan pelakon Hollywood lain.Saya jadi hairan melihat keadaan ini dan hanya dapat berfikir betapa narcissistnya mereka!. Namun, akhirnya saya sedar betapa teruknya saya bersangka buruk sebegitu.
Akan tetapi, beberapa hari kemudian, saya terjumpa satu laporan berita yang mendakwa terdapat hasil kajian saintifik oleh ahli psikologi, bahawa narcissist dapat mudah dikenalpasti melalui akaun facebook mereka (http://mikiurl.com/JUE7r). ini suatu kejutan tidak tergambar. Penyelidik, Laura Buffardi, pelajar Phd dalam bidang psikologi, dan associate professor W.Keith Campbell daripada Universiti of Georgia, hasil kajian menyatakan bahawa bilangan rakan di facebook dan juga post pada profail individu berkait dengan sifat narcissime. Buffardi mengatakan keadaan ini juga konsisten dan bertepatan dengan keadaan di luar alam maya---realiti, mereka mempunyai ramai rakan facebook tetapi agak kurang (dangkal/cetek) dalam perhubungan. Individu narcissist juga lebih cenderung untuk meletakkan gambar yang kelihatan Glamour seakan men”capub” (baca: cari publisiti murahan) sebagai DP (display picture) mereka, beliau juga berkata, sementara orang kebanyakan yang normal biasanya hanya meletakkan snapshots (gambar potret biasa). W. Keith Campbell, seorang lagi pengkaji menyatakan bahawa hasil kajian ini amat-amat menarik,“ ia ternyata menunjukkan individu narcissist menggunakan facebook dengan cara yang sama mereka bergaul (di alam nyata) dalam hubungan sesama orang lain. Untuk tujuan promosi diri dengan menekankan kuantiti rakan berbanding kualiti.
Jadi, apa sebenarnya yang mengakibatkan mereka menjadi seperti ini? Kenapa
mereka sangat-sangat taasub dengan diri mereka sendiri, sehingga mengabaikan
pandangan orang lain, dan hanya focus kepada diri mereka? Sudah tentu ahli
psikologi mempunyai hasil analisis yang panjang mengenai soalan ini, tetapi
satu pendapat daripada Badiuzzaman Said Nursi dalam isu ini, yang baru sahaja
saya baca,
menerangkan,dirasai meresapkan nur kedalam hubungan antara manusia dan Penciptanya.
menerangkan,dirasai meresapkan nur kedalam hubungan antara manusia dan Penciptanya.
”…. fitrah manusia memiliki kecenderungan tak terhingga untuk mencintai kebaikan, keindahan, dan kesempurnaan,Sesungguhnya Sang Pencipta alam memiliki keindahan suci yang tak terbatas. Hal itu secara jelas terwujud lewat tanda-tanda lahiriah yang terdapat di alam. Dia juga mempunyai kesempurnaan tak terbatas. Hal itu tampak secara nyata lewat goresan ciptaan-Nya yang terlihat jelas di dunia ini. Dia juga mempunyai kebaikan tak terhingga yang terasa dan tampak dalam karunia dan nikmat-Nya kepada seluruh makhluk. Maka itu, Allah pun meminta kecintaan yang tak terbatas dari manusia yang paling sadar, paling membutuhkan, paling banyak berpikir, serta yang paling rindu (Kesebelas Cahaya, Risale-i Nur) .
Ya, Manusia sememangnya cintakan kebaikan, keindahan dan
kesempurnaan Penciptanya. Tetapi, bagaimana pula jika manusia memutuskan
hubungannya dengan Tuhannya? Jawapan salah satunya mungkin ada pada sifat
Narcissisme.
Selahaddin Özel merupakan seorang Kolumnist di sebuah Majalah Turkey, The Pen yang memperjuangkan idea-idea Mujaddid abad 20 iaitu, Badiuzzaman Said Nursi.
No comments:
Post a Comment