Oleh: Paul Cliteur
Penterjemah: Ahmad Baihaqi Saharun
link artikel asal di sini
Paul Cliteur bertanya; Jika seorang atheist adalah individu yang tiada percayakan tuhan, tuhan yang mana satu mereka tidak percaya?
Apakah Atheist? Walaupun sering digunakan dalam penulisan kontemporari, tidak ramai menjelaskan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut. Apakah perkataan “Atheisme”, punyai persamaan dengan perkataan “Agama”,
Sesiapa
sahaja yang membaca karya berpengaruh William James (1842-1902) , The Varieties
of Religious Experience (kerencaman pengalaman beragama) akan terpesona dengan
betapa luasnya idea kepelbagaian pengalaman beragama. Meskipun demikian,
kerencaman ini sebahagian besar disebabkan oleh keluasan Konsepsi agama yang diungkap oleh
William James. Agama yang difahami James meliputi segala visi mendasar/asasi
kehidupan termasuklah pendirian politik, ideologi dan juga falsafah. Pandangan
sedemikian popular dalam kalangan mereka yang cuba mendekati agama melalui
perspektif psikologi atau sosiologi seperti yang dilakukan oleh James.
Kita, secara tampak dapat mengenalpasti dalam kacamata James bahawa definisi agama adalah “suatu perasaan-perasaan,perlakuan-perlakuan,dan pengalaman-pengalaman seseorang individu tika dalam kesendiriannya, setakat mana menurut kefahaman mereka untuk berpendirian dalam apa jua yang mereka fikirkan sebagai suatu yang kudus . ( The varieties of religious experiences: A Study of Human Nature, Penguin Edition, p. 31)
Apa yang di gelar James sebagai ‘Optimisma Emersonian’ atau “ Pessimisma Budhist” juga mengkhianati hubungan dengan "kekudusan" (the divine), jadi, posisi ini juga adalah “Agama” menurut definisi beliau.

“kita, dengan sesungguhnya, daripada kacamata pengalaman, memandang ia sebagai satu keimanan tehadap sebuah “Agama” yang kehampaan Tuhan (godless) atau seakan-akan ketiadaan Tuhan (quasi-godless), dan bersesuaian tika kita mendefinisikan “agama” sebagai suatu hubungan seseorang itu terhadap apa yang mereka yakini sebagai suatu kekudusan”. Kita perlu mentafsirkan seluas-luasnya istilah “kudus” itu. , dengan menyamakan apa-apa objek sebagai Tuhan , samada ia benar-benar wajar disembah atau tidak.
Ini
menyimpulkan bahawa konsep “agama” yang difahami James, adalah “tindakbalas
sesungguhnya manusia terhadap kehidupan”
bersambung bahagian 2, Apakah kesan pendefinisian James terhadap Atheism.
bersambung bahagian 2, Apakah kesan pendefinisian James terhadap Atheism.
2 comments:
penulisan yang sangat menarik :)
haha. saya cuma menterjemah. :p
Post a Comment