Dec 22, 2011

Kesan pendefinisian James terhadap Atheism. bhgn 2

*hanya sebuah terjemahan amatur daripada saya dan sudah tentu terbuka kepada ruang kesalahan yang besar

Oleh: Paul Cliteur
Penterjemah: Ahmad Baihaqi Saharun

link artikel asal di sini


Apakah kesan pendefinisian James terhadap Atheism



Apakah kesannya terhadap Atheism? Keputusannya jelas; jika atheism bermakna ‘berlawanan dengan agama’, jadi ia bermaksud menghilangkan sepenuhnya Atheism dari dunia. James mengutip perbualan daipada kenalannya yang menceritakan tentang seorang pelajar yang memberitahu bahawa; Dia percaya “Tiada-Tuhan”, dan menyembahnya.” (p.35) mengimani Tiada-Tuhan dan menyembahnya?  Boleh ke begitu? Walaupun agak  “tidak selesa”, James menulis watak pelajar ini adalah boleh dipertahankan atas “alasan kelogikkannya ” (logical ground)


mencirikan Atheism atau tiada kepercayaan (non-belief) sebagai suatu bentuk kepercayaan telah tersebar merata. Roger scruton mengumpamakan, Kultus itu ibarat bolasepak, Korban penyembahan (sacrificial offering) ibarat Puteri Diana, dan (improvised saint) seorang santo pula ibarat Linda McCartney.” (Gentle Regrets:Thoughts from life, 2005,p.232) . daripada pengalaman  sejarah, bahawa fahaman Hak Asasi Manusia dilihat oleh scruton sebagai sebuah “agama” (fahaman/kepercayaan) sekular yang terbaru.


Agama?  Dalam mengeluarkan deklarasi hak asasi manusia sejagat pada tahun 198,  adakah s PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)  seolah menjadi sebuah organisasi keagamaan? dengan Mengikuti cara faham Semantik James ,ia bukan sahaja menafikan Atheism, bahkan Sekularisasi juga. Agama sekular baru yakni Hak asasi Manusia sebenarnya mengingkari  thesis sekularisasi.


Walaupun kebanyakan orang, menuruti membabibuta, akan memilih makna setiap perkataan yang digunakannya berdasarkan tujuan-tujuan tertentu, kita mungkin akan mempersoalkan ketepatan/kebijaksanaan akan pendekatan berubah-ubah (inflationary?) terhadap konsep “agama”. Bukankah ia lebih baik untuk memaksudkan perkataan ini makna “reality yang transenden”?  



Jadi, Atheism bukanlah agama, tetapi kehampaan agama. Secara tepatnya, Atheism adalah Atheism; Penolakan terhadap keimanan Theist. yang membawa makna khusus kepada konsepsi monotheist dalam perihal ketuhanan. Contoh, Tuhan yang Esa (saya akan saling menukar-guna antara perkataan theism dan monotheism)



Seterusnya,  Batas-batas konsep Atheism: Penolakan kepada Monotheism.

No comments: