ketika filasuf cuba mendefinisikan manusia menurut genusnya. mereka menyimpul bahawa manusia adalah haiwan.
Apa beza manusia dengan binatang?
kalau tidak dengan aqal budi yang telah tuhan kurniakan. Kita barangkali sama sahaja dengan lembu.
Oh tidak, bukan lembu. mungkin babi , atau lebih teruk lagi.
Bukan penyataan saya,tapi penyataan Tuhan.
tak percaya? cuba rujuk Quran.
filasuf mendefinisikan manusia sebagai al-Hayawan an-Natiq, Binatang yang boleh "menuturi" bicara, dengan makna-maknanya sekali, juga mampu berhujah dengan setiap apa yang dimaknakan ia.
Dalam mendefinisikan sesuatu, kita harus ada genus dan differentia.
dalam definisi manusia, kita dikelaskan dalam genus Hayawan (animal). dan yang mencirikan kita adalah (differentia), An-Natiq (rational).
kenapa haiwan?
Mungkin, ia adalah makhluk yang paling hampir menyerupai kita, dan garis pemisah antara haiwan dan kita adalah rasional, kebolehan berfikir.
rasional?
Tuhan lengkapkan Aqal adalah untuk berfikir bagi seseorang meresapkan "makna" kebaikan dalam diri, setelah ia (manusia) mengetahui dan mampu memberi sebab-sebab kenapa, secara kukuh, yang membuatkan dia berpihak kepada sesuatu kebenaran yang dipercayainya. Kebenaran sudah tentu baginya adalah perkara yang baik.
contoh 1.
premis 1: coklat memberi glukose untuk badan
premis 2: glocose baik untuk kesihatan
kesimpulan: coklat baik untuk kesihatan.
dalam logik di atas, untuk menyimpulkan bahawa coklat adalah baik untuk kesihatan perlukan bukti-buktinya yang kukuh.
sebagai contoh, satu logik.
premis 1: manusia sukakan kebenaran
premis 2: Islam adalah kebenaran
kesimpulan: Manusia sukakan islam.
Disini adalah satu logik yang terdapat falasi dalamnya. sudah tentu . Masalahnya dalam premis kedua dan kesimpulan.
Kesemua agama, hindu, buddha, kristian. masing-masing mengakui kebenaran adalah hakmilik ekslusifnya. Jadi kita perlu pertahankan premis kedua ini supaya kita tidak mahu merelatifkan kebenaran. seperti mana yang telah menghinggapi pemikiran kebanyakan orang.
Apabila kita tidak mampu berhujah secara kemas dan padu bahawa islam itu adalah kebenaran makanya, kita tiada mampu berfikir dengan baik, kerana berfikir itu adalah untuk memberikan hujah yang tepat sekurang-kurangnya untuk diri kita sendiri. Lalu, jika tiada mampu walau,iu untuk diri kita, segala apa yang kita percayai tamsil perlakuan si buta-tuli yang berjalan tanpa tongkatnya, yang akhirnya mati dilanggar lori. Itu mungkin boleh kita panggil sebagai taqlid. atau juga yang ekstrim ialah, fanatik(?)
Berbalik kepada
No comments:
Post a Comment