-
1.
hitam gagak terhinggap bangkai,
menaruh kasih sama cenderawasih..
andai cinta habis digadai
mungkinkah bahagia mahu terbenih?..
2.
bahagia itu.
adakah hanya milik cenderawasih?
gagak selamanya hitam,
bahagianya.
bisa mengerumun bangkai.
itu separuh sahaja.
yang separuhnya lagi,
melihat cenderawasih bahagia.
baihaqi
080909
4:35 AM
p/s:
puisi lama, tak sangka ada lagi terbiar dalam buku catitan. yang pernah tertulis dalam ruang komen dahulu, yang puisinya sudah di delete.
3 comments:
pandai ko berpuisi eh...dulu masa sekolah ko tak macam ni pun
haha, aku tak pandailah.. saja2 je tulis ni.
itu sekolah rendah shima,sampai sekolah menengah pun aku masih xsuka subjek bahasa melayu.
lepas habis sekolah je tiba2 minat :p
ikhlasnya kamu.. separuh kebahagiaanmu melihat cenderawasih bahagia :)
tak mengapa, biarpun kau hina di dunia, moga di akhirat dipilih tuhan menghuni jannah tertinggi :)
kamu anak yg baik, kebanggaan ayah dan bonda. (tiba2)
Post a Comment