Nov 10, 2011

les rêveurs



terlalu banyak yang perlu ditulis ,

Perkataan-perkataan,
Makna-makna,
pengalaman-pengalaman,
kedukaan dan kebahagiaan.
kepercayaan dan ketaksuban

yang kau perlu tahu,
bahawa dunia kita kini adalah terhasil daripada tumpukan kenang-kenangan, daripada segala yang telah aku sebut, dan lebih lagi sebenarnya. Kerana kehidupan senantiasa dalam proses untuk memanusiawikan Manusia, berkembang dengan pengalaman-pengalaman lalu, untuk sentiasa menjadi manusia, dengan M huruf besar. Manusia.

kerana tumpukan kenangan itu membuahkan satu mimpi, upaya, cahaya, dan harapan, yang berupa impian.
kerana kehidupan ini hanya dapat dimaknai dengan itu. biarpun tak tercapai.

dan jika dibuka lembaran masa lalu untuk dijadi tatapan, tidak perlu ke hilir atau ke hulu untuk melihat sejarah, cukup memadai dalam linkungan peribadi. Ya, kita akan tergelak dan kelucuan ibarat mungkin menonton cerita pak pandir atau mat jenin sehingga mungkin tidak mempercayai hakikat itu adalah kita. sehingga akhirnya kita itu menjadi Kita yang sekarang.

hidup ini, akan terasa lebih hidup jika ada impian.kerana mimpi-mimpi itu adalah harapan yang akan mencorakkan dunia kita kelak.

dan kau juga,
adalah daripada mimpi-mimpi yang aku perlu capai.





No comments: