Apr 21, 2012

Rindu seorang Teman

Naeem, bersungguh merenung, merindui Nabinya.
(Janggut Nabi,Masjid sidi Ahmad Badawi Tanta, Rehlah Ruhiyah)



Hatiku penuh dimomok debu,
Ianya hitam lambang khilafku,
Tidak kusangka dapat mendekatimu,
Wahai Habibullah,
Kaulah yang kami rindu,
Saban tahun kami berselawat,
Kononnya kami beringat-ingat,
Kalam diulang ketika pemergianmu bagai hikayat,
Ummati,ummati pelbagai makna tersurat&tersirat,
Namun kami dibuai kealpaan akan ibrah pemergianmu,
Diakhir hayatmu masih dikau mengenang kami,
Kami yang lalai sekian hari,
Kami yang makin jauh dengan peribadimu,
Kami yang tidak pertahankan hadiahNya menjadi umatmu,
Tidak langsung pernah terlintas,
Aku yang kerdil,
Aku yang hina dina,
Dapat mengamati,
Walau sehelai peninggalanmu,
Qalbu ini tersemat dengan titisan insafi,
Qalbu ini mula menangis tidak terperi,
Aqalku merangkak cuba menyusun kalami,
Ya Rasulullah!
Daku ingin kembali,
Daku ingin mencari!
Hakikat cintamu sebenar yang pudar dimamah duniawi.

-Ahmad Naeem-




*terima kasih sahabat.  puisi ini yang menjadikan malam aku terlalu hiba, rindu bersalut cinta. dan aku taksangka, mata hina aku teresak-esak dan jasad aku menggigil menangis sungguh-sungguh sehingga aku tunduk dan sujud merayu pada Sang Pencipta..

Wahai Habibullah!
Wahai Rasulullah!
Rindu..
Rindu..
Aku Sungguh-sungguh rindu!
Ingin betemumu....

No comments: