Puisi untuk Baihaqi,
Subuh Tiba dengan Hati-hati
ia tidak mengetuk pintumu
atau memberi salam
ia berjalan masuk perlahan-lahan
dari sela daun pintu
yang terkuak oleh angin liar semalam
lalu mengirim pesan Tuhan kebawah gebarmu
-Khalil Faisal Gibran
Jawab Rumi,
Wahai Subuh,
Makhluk Tuhan yang Patuh
Dingin wayumu adalah gebarku
Semenjak dahulu,
Saat lelah dan takut
Saat rindu dan hanyut
Dalam Ruku' dan Sujud.
Dan pintu kubiar luas terbentang
Khusus buatmu
untuk aku,
kau kejut.
-Baihaqi Ar-Rumi.
*Hihi, terima kasih Gibran! Rumi disini terharu, walau gelar rumi hanya suka-suka.takut hinaku menconteng arang padanya. Maka, doakan imanku ibarat Rumi, ketika tari sama' nya. yang berputar- dan beroleh fana' dalam putarannya, semata Tuhan, dari Tuhan, kepada Tuhan . InsyaAllah. :)
2 comments:
Gibran kirim salam, :P
tak mahu salam angin, mahu salam tangan. bila mau terbang? bertemu bumi rumi?
haha
Post a Comment