Nov 29, 2011

Terlalu Cerah Cahaya.

sehingga hampir Buta.
~

bahan bacaan yang mula-mula sekali, seingat dia, menggelincirkan dia kepada daerah ketuhanan adalah yang jodolnya nabi-nabi dari adam hingga muhammad. Ia bukan seperti buku-buku kesah nabi yang kamu baca ketika zaman kanak-kanak, penuh dengan mukjizat-mukjizat yang membeliakkan mata, mengangakan mulut. Tidak.

buku usang kekuningan itu setebal lebih 600 mukasurat. Yang dia jumpa setelah selongkar almari buku hitam mama di bilik hadapan milik abang, sewaktu darjah, 3  pada Hari Jumaat.

Ya, hari jumaat. sebab pada hari jumaat zaman itu lagi senggang berbanding hari-hari lain, sesi pagi sekolah sangat pendek, setelah pulang, rutin dia adalah, menunggu abahnya pulang dari pasar jumaat membawa plastik-plastik makanan - rindu sungguh harum jagung rebus manis yang hangat segar dari pasar jumaat.

Itu kenangan,
sekarang tiada lagi.

Abah dah tak mampu lagi untuk ke pasar . Dan yang lebih melapangkan waktu tika itu adalah, solat jumaat. Seingat dia, kalau tidak salah, dia hanya solat jumaat bermula ketika darjah 6, ataupun tingkatan 1. (dia tidak ingat bila saatnya dia solat penuh, yang penting tidak seawal yang kamu sangkakan). Jadi waktu kosong antara dua sesi persekolahan itu, dia adakalanya guna untuk menggeledah barang-barang di rumahnya, sehingga bersepah dan dimarahi mama.

okey dia  dah mula melalut.

berbalik kepada buku usang tersebut.

Ia bukannya penceritaan kesah-kesah nabi samawi yang biasa untuk kanak-kanak seusia dia, tetapi lebih rumit lagi.

rumit yang mengashikkan.

lagi-lagi apabila nama-nama seperti Socrates, Plato, Zarathustra, Confucius, lao-tze, siddharta gautama, baha'ullah, ramayana dan lain-lain lagi  -yang dia pasti, kanak-kanak yang berusia 9tahun lain tidak, atau takkan pernah terdengar- mewarnai buku tersebut.

Buku itu mempotretkan tentang pensejarahan keagamaan dunia, Agama-agama sebelum islam, dan selepasnya, suatu lembaga agam dan pesuruhnya sekali. dan bagaimana pertembungan-pertembungan agama-agama ini berlaku, laku mewujudkan agama yang baru, seperti Baha'i.

mungkin bagi dia, inilah buku milal wa nihal  pertama -sebelum dia dialpakan dengan bahan bacaan picisan/komik-, baginya, yang Tuhan temukan, supaya dia terus berfikir. Supaya dia tidak dicandukan dengan kebenaran warisan.

Ya,dia bernasib balik kerana telah diajarkan dengan kebenaran Islam.
tapi bagaimana dia ingin tahu bahawa ianya kebenaran kalau tiada perbandingan?

kerana kebenaran adalah suatu yang perlu diimani tanpa sebarang ragu, bukan kerana sogokan. sehingga sogokan itu kembang membesar dalam diri membentuk sebuah bata-bata tembok, sehingga dia terasa selamat didalamnya tanpa mempersoalkan keampuhannya, dan pabila gempa berlaku, takut-takut tembok itu jatuh menimpa dirinya sendiri.

akibat sogokan itu telah menjadi tembok, sehinggakan dia tak mampu atau merasa takut untuk merobohkannya dengan tangan sendiri, dan bina semula dengan acuan yang benar padu, benar tersusun, benar bahannya. yang takkan goyah walau tsunami menimpa.

kerana, sesiapa pun, tidak kira agama, mereka boleh dengan sesuka hati, mendakwa sentiasa punyai perasaan hampir dan dilindungi tuhan.Tetapi, apakah keimanan itu, semata suatu keyakinan hanya di benak, dan suatu perasaan hampir tuhan di hati sudah membenarkan iman tersebut?

keimanan bagi dia, adalah satu kepercayaian,yang paling sempurna, yang membuatkan seseorang, melakukan sesuatu berulangkali,berulangkali.... dan berulangkali tanpa jemu. sehingga lelah, dan lelahnya telah menjadi bahagianya. sehingga tamat waktu.

sudah pasti dia menolak transcendental unity of religions dan kejamakan agama.

setelah dia rasa puas, dan percaya, dia perlu jeritkan sekuat-kuatnya pada dunia. Bahawa itu adalah kebenaran!




2 comments:

akudarihutan said...

ingin sekali aku merasai agungnya iman, yg mencerah di hati saiyidina Nuh membina kapal di atas gunung. walau satu persejuta cuma.
----------------------------
jeritlah sekuat2nya pada dunia, di mana kebenaran yang kau imani sepenuh hati, agar aku dengar..kerana aku amat takut, malaikat tiba mencabut nyawa, sedangkan aku masih menzalimi dri sendiri :(
----------------------------
pesanan utk kamu;
teruslah terbang tinggi,
sebarkan keimanan dan keadilan ke seluruh alam. (dulu kan suka mengaku diri gagak :p)

saya! said...

Itu kamu;)

sungguh mantap!Kagum.