May 13, 2011

Zoo dan Kilang




"Kehidupan ini bagaikan sebuah toko buku, dalamnya ada pelbagai genre, dari yang berat-berat hingga yang ringan-ringan, tapi, ramainya hanya berkumpul di sudut bacaan yang ringan-ringan, siapa pula yang akan baca yang isinya berat?"


Kalau tidak silap, itulah apa yang saya dengar  tika menonton Filem Love arahan Khabir Bhatia, Saya bukan seorang  Fanatikus terhadap filem-filem Indonesia malahan mual melihat adengan-adengan meloyakan pelakon-pelakonnya ,tapi dengan hanya  Quotation pendek  ini , telah membuatkan saya rasa bernilai dan tidak rugi untuk menonton filem tersebut satu tika  dahulu.


Apa yang tergambar sejurus ayat itu di ucap oleh Darius sinathrya pabila ditanya kekasihnya luna maya tika itu adalah diri saya sendiri,  apa ma’na kehidupan bagi saya , kemudian status saya sebagai seorang Murid. Pengalaman dan peribadi saya merasakan gambaran ayat tersebut adalah refleksi ummat khususnya golongan Murid, ataupun mahasiswa  dengan laras bahasa matang kononnya.


Ya, kelihatan Gah pabila usul istilah pelajar ditukar kepada mahasiswa  berdentum ketika di Mesyuarat PCM sesi lepas. Masing-masing lantang mengiyakan pabila usul ini diketengahkan secara padu oleh seorang akhwat senior kalau tidak silap saya.
Tapi matang mahasiswa mereka itu kelihatannya bersifat superfisial.Bukan untuk memperlekeh tetapi, isu-isu, sifat-sifat , program-program malahan  yang berjalan sepanjang keberadaan saya di sini tidak lain hanyalah memaparkan pemikiran mahasiswa pseudo-maturity yang berkobar-kobar semangat tetapi terperuk dalam lingkungan (captivity) dunia fantasi mereka tanpa mengenal dunia yang laju bergerak. Biarpun mereka itu menggelar diri aktivis jemaah yang memperjuangkan islam ataupun hanya yang berkepentingan peribadi tanpa sedar mereka adalah penyumbang kepada kerapuhan ummat.

Zoo Mahasiswa


“Kehidupan umpama sebuah toko buku, didalamnya terdapat  pelbagai genre, dari yang isinya berat hingga yang ringan. Tapi ramainya hanya menyukai yang ringan sahaja.”


Sedar atau tidak, Mahasiswa itu Tonggak keampuhan ummat, lemahnya mahasiswa, runtuhlah ummat.
Melihat sebahagian sikap perilaku mahasiswa di universiti secara umum dan khususnya warga Malaysia di Mesir  seolah mereka-mereka inilah pendokong Epicurus,G.E Moore dan Aristipus  dalam mendefinisikan Haq dan matlamat yang mencorakkan Pandangan alam (worldview) mereka.


Betapa Mahasiswa masani terperangkap dengan satu aliran yang tersusun rapi di sponsor barat. Masakan tidak, selain daripada ke kelas, kehidupan hari-harian sebahagian mereka hanya berorientasikan keseronokan semata, Perbualan mereka hanya berkisar sekitar filem-filem holywood, drama-drama Jepun dan korea, Manga serta anime. Sanggup juga terkadang mereka untuk tidak ke kelas semata kerana untuk maraton drama korea yang diminati. Masakan ini adalah sifat sewajarnya seorang Mahasiswa yang asyik melaung-laungkan Student Power-nya!. 


Tidak kurang juga yang terlalu taasub terhadap Sukan kegemaran mereka sebagai contoh bolasepak, sehingga seolah-olah melembagakan Sukan tersebut sebagai Ad-din- Agama mereka.Bicara mereka sekitar tokoh-tokoh idola penendang bola sahaja.Mereka inilah pengikut  tanpa sedar Epicurus yang mendakwa kebaikan tidak akan difahami melainkan dengan unsur kelazatan dan kenikmatan hidup, Ya inilah hedonism , mahasiswa kini ramainya tenggelam dalam asyik keseronokan, kelazatan nafsu tanpa menghiraukan segala sesuatu yang berlaku di dunia sekelilingnya. Mereka bagai telah mati sebelum mati,  Mutu qabla an tamutu (hadith)


Bagi saya, Peranan university mereka tidak lain seolah sebuah kandang  Zoo yang menampung Haiwan-haiwan ternakan bahkan banyak yg liar berbanding jinak (Al-araf: 179). Mahasiswa bertuhankan Nafsu, tidak sedar diri sedang diperguna. Minda mereka tertawan dengan Tuhan Nafsu amarah sendiri , lemah berfikir , Mungkin bijak di ‘akal (akademik ) tapi kosong dihati. Terperangkap dalam dunia sendiri. Sedang dunia sedang bergerak laju dengan pelbagai perubahan ketara antara ideology ke ideology yang lain,pertentangan antara pejuang kapitalisme dan sosialisme  yang tidak berkesudahan, penularan doktrin libertarianisme yang menjangkit , malangnya anak-muda tonggak masa depan kita masih terbuai-buai oleh hedonism!


Adakah mereka layak digelar Mahasiswa?
Jika ditanya apa itu worldview atau pandangan alam , mungkin rata-rata tidak mengerti dan ambil mudah. Inilah apa yang berlaku pabila bahan bacaan mereka hanya dalam genre lingkungan yang Ringan-ringan, yang mudah-mudah, picisan, murahan dan sebagainya yang menjelikkan. Bacaan mereka adalah refleksi diri dalaman (innerself) mereka. Pengakhiran kepada hedonism adalah kebodohan melampau bukan dari akademik tetapi bodoh, jahil dan miskin segi ma’na dan nilai yang memanusiawikan manusia!.


Perihal inilah yang saya gelar dan kecam sebagai, Zoo mahasiswa.


Kilang Mahasiswa Robot.


Jika Tamadun barat menjulang tinggi dengan memijak tamadun islam yang rapuh lalu berkecai, maka dengan apa ia bangkit? Adakah Sekadar  kemenangan politik sahaja?
Meski kita jelik tanpa ragu  (unconsciously) dengan segala sifat negative  budaya kuning yang dimomokan sejak lahir bahawa barat itu musuh Islam, Barat dan timur itu sentiasa bertentangan. 


Ironinya, kepulangan Muhammad Abduh dari paris ke kaherah membawa ungkapan
 “aku ke Paris dan kutemui Islam tanpa Muslim, dan aku pulang ke Kaherah dan kutemui Muslim tanpa Islam!

Barat menempuh pelbagai fasa dalam kebangkitannya bertentangan dengan graf kejatuhan tamadun islam, bertitik-tolak dari (i) zaman klasik yunani yang sarat dengan kecanggihan falsafah (classical period) kemudian menjunam kepada  (ii) Zaman kegelapan (dark age) yang mana perkembangan Intelektual dirantai-erat oleh pengaruh gereja yang menindas kerana khuatir dengan penemuan-penemuan empirical (sains) tika itu melemahkan keyakinan-iman terhadap agama kristian justeru kekuatan institusi gereja . Kemudiannya, barat beransur-ansur  berjaya membebaskan diri dari belenggu kegelapan yang menutup cahaya agama “sains dan falsafah” pada(iii) era kebangkitan (the renaissance) dan era pencerahan (Age of enlightenment/reasons) .Dengan proses pembebasan inilah maka istilah sekular, sekularisme dan sekularisasi dilahirkan untuk menggambarkan dengan tepat kehampaan masyarakat Barat secara amnya terhadap agama. Ini adalah kerana makna sekular sebenarnya merujuk kepada orang awam yang bersifat duniawi, yang berjaya mengatasi paderi-paderi suci yang bersifat ukhrawi.

 Dan pada era yang disebut golden age of the world itu mereka bangkit dengan perkembangan intelektual yang pesat dari pelbagai sudut dan lapangan, seperti seni, falsafah, sastera, Politik,sains,rekabentuk dan agama , Juga telah berlaku satu revolusi intelektual pada Age of reason dimana industry buku berkembang pesat yang selanjutnya melahirkan the reading revolution pada abad ke 18 sehingga tidak mampu ditampung oleh industry pencetakan.


“However, demand for reading material extended outside of the realm of the commercial, and outside the realm of the upper and middle classes, as evidenced by the Bibliothèque Bleue –wiki”


“Until 1750, reading was done “intensively: people tended to own a small number of books and read them repeatedly, often to small audience. After 1750, people began to read “extensively”, finding as many books as they could, increasingly reading them alone.”


Penyebaran pelbagai  jenis ilmu khususnya politik dan falsafah ketika itu memberi kesedaran  dan membentuk corak  pemikiran rakyat yang sentiasa dahagakan pengetahuan dan terbuka.Dan selanjutnya yang terakhir sekali adalah (4) modern period, setelah kita tahu bahawa gambaran sikap barat secara amnya terhadap agama dilihat sebagai punca kejahilan dan penindasan dan setelah mereka terbebas dari agama maka berubahlah paradigm masyarakat barat dari wahyu dan agama kepada akal dan falsafah. . Justeru mereka seolah-olah ‘dilahirkan semula’, kerana berjaya mengingatkan kembali akan ‘asal’ mereka yakni pemikiran dan kebenaran yang berasaskan falsafah. Justeru mereka mengemaskinikan ajaran Aristotle dan plato ini menjadi dua mazhab pemikiran besar yang saling bertengkaran; mazhab Rasionalisme dan mazhab Empirikalisme.

       Rasionalisme membayangkan bahawa kebenaran itu hanya dapat dicapai oleh akal fikiran manakala Empirikalisme itu berpendapat bahawa kebenaran itu hanya dapat dicapai oleh penemuan yang dapat digarapi pancaindera. Meskipun mempunyai perbezaan yang ketara, kedua-dua mazhab ini secara amnya mempunyai sikap yang sama terhadap agama, yakni agama itu harus dibuang sahaja dari kamus pemikiran orang Barat. Beberapa abad kemudian, mazhab Rasionalisme ini berjaya dikalahkan oleh mazhab Empirikalisme, sehingga lahirnya apa yang kita fahamkan sebagai sains moden dan justeru zaman moden.


Setelah ditelusuri sejarah barat secara ringkas .
Saya ulangi 2 soalan awal .

Jika Tamadun barat menjulang tinggi dengan memijak tamadun islam yang rapuh lalu berkecai, maka dengan apa ia bangkit? Adakah Sekadar  kemenangan politik sahaja?


Adakah islam hanya akan benar-benar bangkit setelah berjayanya kita memegang tampuk pemerintahan? Atau, ia sekadar bersifat kulit (superfisial)  yang tunggu dirobek sahaja?


Tanpa menyediakan substansial yang kukuh. Mampukah Ketamadunan islam itu diadun semula, dicanai  dan dibentuk sekilat lalu.Atau, laungan kebangkitan islam itu hanyalah omong kosong semata?


Realitinya kita telah jauh ketinggalan, kalah dan diejek-cerca secara intelektual dek kerana gagal berhujah dengan berkesan.


Atau, adakah boleh kita samakan pengalaman barat yang bersusah payah dalam membina tamadunnya ini, dengan bagaimana kita ingin tegakkan kembali tamadun islam yang ranap dahulu?


Jika soalan ini tidak mampu terjawab. Bermimpilah wahai seluruh  ummat, mana mungkin  berlakunya shahwah islamiyah hingga terbentuknya ustaziatul Alam!


Fikir-fikirkan.

Universiti dan Minda tertawan


Secara halus, sebenarnya pada gedung ilmu kita telah disusup rapi oleh agenda barat. Meski yang dijenamakan dengan label islamnya atau yang gah bawah pentadbiran Muslimnya, tetapi hakikat yang terdalam bahawa system pendidikan kita tidak ubah seperti sebuah industri Kilang yang menghasilkan robot-robot untuk memenuhi permintaan (demands) oleh para capitalist jahanam.


Korupsi system pendidikan kita bukanlah disebabkan Colonial Master (penjajah) masa lalu, tetapi realitinya berpunca kepada Golongan terpelajar bangsa kita sendiri  ,yang mana mendapat pendidikan samada dari barat atau di tanah air yang berkiblatkan barat sekaligus memikul “white man’s burden” pada bahu  mereka. Sisa-sisa system dan polisi pendidikan penjajah dahulu telah diheret sekali pasca-merdeka oleh Politikus-politikus yang ignorant/ tidak ambil endah potensi berlakunya pertembungan pandangan alam (worldview) melalui sisa-sisa struktur pendidikan euroamerico-centric yang cuba diadaptasikan.


Allahyarham Syed Hussein alattas, seorang ahli sosiologi Malaysia, mengistilahkan produk-produk hasil akhir university ini secara kolektif sebagai The captive mind (minda tertawan). Isu ini perlu dilihat secara serius kerana semakin  membangun suatu Negara  tika post-kolonial era, semakin menjadi-jadi sindrom minda tertawan ini. Seperti yang diterangkan alattas bahawa , Minda tertawan ini adalah produk institusi pengajian tinggi samada di Negara sendiri ataupun luar, yang mana cara berfikir mereka telah didominasi oleh bentuk,cara dan corak pemikiran barat yang bersifat imitative (peniruan) dan tidak kritis.


Alattas menggariskan beberapa karekteristik minda tertawan itu sebagai:


1. A captive mind is uncreative, and hence incapable of raising original problems.
2. It is incapable of devising an analytical method independent of current stereotypes.
3. It is incapable of separating the particular from the universal in science and thereby properly adapting the universally valid corpus of scientific knowledge to the particular situation.
4. It is fragmented in outlook.
5. It is alienated from the major issues of the community.
6. It is alienated from its own national and religious traditions in the field of its intellectual pursuit.
7. It is unconscious of its own captivity and the conditioning factors making it what it is.
8. It is not amenable to an adequate quantitative analysis but it can be studied through empirical observations.
9. It is the result of the Western intellecto-cultural dominance on the rest of the world.[4]

Menurut alattas lagi,  pemikiran tidak kritikal dan bersifat tiruan ialah pemikiran yang telah didominasi oleh factor luar yang mana tidak mampu untukk berfikir melalui perspektif yang terbuka dan bebas dari pengaruh luar. Samada ketika undergraduate, atau di peringkat pengajian yang lebih tinggi, fenomena minda tertawan ini adalah benar berlaku dan berjangkit. Antara masalah utama dalam masyarakat membangun adalah para graduate tidak mampu berfungsi dalam komuniti sendiri.


Penawan minda (the captor mind) biasanya adalah pensyarah-pensyarah, guru-guru  yang menyampaikan maklumat-maklumat daripada buku-buku ataupun mensharahkan secara saintifik dan reasoning. Antara  ciri penawan minda ini adalah penyampaian suatu cabang ilmu itu, tidak bersifat kontekstual, kontang falsafah, tiada perkaitan dengan sekeliling dan kering nilai budaya. Penawan minda bukanlah seorang yang sedar bahawa perbuatannya itu berakibatkan minda seseorang tertawan bahkan dia juga sebenarnya secara tidak sedar diperguna sebagai instrumen dalam sebuah superstruktur intelektual gergasi yang membebankan.


Ya, Minda tertawan. Jika potongan dialog dari Filem Love itu dituju pada yang Malas membaca lalu ditawan oleh  Jerangkap samar Hedonisme, Sungguh perangkap itu tidak terhenti kepada Hedonisme, atau yang suka berlenang sambalewa demi nafsu. Bahkan, para-para mahasiswa yang kononnya berjiwa intelek, yang rajin membaca lagaknya, bagus prestasi akademiknya malah hebat bicaranya , Masih, tak terlepas dengan Perangkap Barat yang lebih halus lagi. Pabila Ilmu barat yang ditelan-telan bulat itu tidak dikaji secara kritis, difahami sebagai neutral sifatnya, ilmu sains moden itu bersifat universal katanya, ketika itulah minda mereka telah tertawan dan menjadi Robot-robot yang lumpuh,tidak dapat berfikir sendiri bagi  memenuhi permintaan dunia industry capitalist .


Sistem pendidikan barat telah dikaji oleh ward Churchill  dan boleh dilihat bawah tajuk “The white studies”, antara ciri white studies ini adalah  “Compartmentalization of knowlede” yang mana ilmu-ilmu telah di bahagi-bahagikan kepada disiplin yang sempit lantas melumpuhkan kemampuan pelajarnya untuk saling kait mengaitkan hubungan antara ilmu ilmu  yang dipelajari dalam satu konteks yang menyeluruh. Akhirnya Ilmu-ilmu lain dianggap sebagai tiada berkepentingan untuk diketahui , 


Tentang University and the captive mind secara lanjut dan lebih dalam, boleh dibaca melalui sebuah kertas kerja dengan tajuk yang sama di rausyanfikir.com 


Haiwan dan Robot.


Agak kasar jika dipukul-rata label haiwan dan robot kepada seluruh mahasiswa, tetapi. Sindrom haiwan dan robot ini bukan perkara pelik, tetapi telah dibiasakan dan dianggap normal bagi kita untuk menjadi hedonist dan bakal homo economicus.

Dan rantaian ini berpanjangan sehingga ke anak cucu cicit kita jika tiada cubaan untuk membebaskan diri .

Jika yang kurang membaca itu adalah hedonist, yang kuat “membaca”  tanpa kritis pula adalah bakal homo economicus ini adalah kerana mereka telah kehilangan ma’na dan nilai seorang manusia dan hamba.

Realitinya satu, mahasiswa malas membaca!

Dan juga jika ilmu yang dipelajari sekadar untuk mencari kekayaan di masa hadapan, dipelajari untuk menunjuk siapa yang lebih bagus dan lebih hebat prestasinya. Tanpa menilai ma’na disebalik ilmu yang dipelajari, maka ketika itu kita adalah penyumbang terbesar dalam kemunduran ummat islam.


"To live in the world without becoming aware of the meaning of the world is like wandering about in a great library without touching the books." - The secret teachings of all ages.
Sebenarnya,saya lebih gemar perkataan Murid berbanding mahasiswa. Pada kalimah murid itu terukir sifat serta nilainya tersendiri yang patut tersemat kepada setiap mahasiswa. Pada murid itu tergambar sifat rendah diri, sifat dhaif, dan sifat dahagakan ‘ilmu dengan asal perkataannya ‘iradah yakni yang berkehendakan.Murid itu adalah yang jujur, ikhlas ,dan cinta-dahagakan (revere) ‘ilmu semata kerana inginkan Ma’na yang terselindung disebalik tanda-tanda yang dipelajarinya. Prof. al-Attas sendiri dalam mendefinisikan ma'na ilmu menjelaskan bahawa ianya adalah:


"Ketibaan (wusul) diri kepada ma'na dan ketibaan (husul) ma'na kepada diri"



Akhir sekali, saya ingin persembahkan kata-kata daripada pendiri jamaat islami, Sayyid abu ala maududi. Untuk direnungi oleh seluruh mahasiswa.


"'Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat dimana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu pada saat ini.
Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik in, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti sesorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini."
-sayyid abu ala maududi-




 ~baihaqi

 

1 comment:

Anonymous said...

justeru, yang kamu lakukan ialah..?