May 16, 2011

Seorang ibu dan guru


i.
Pada seri wajahmu..
Biar tawa atau muram,
Biar marah atau geram,
Terlukisnya seluruh pengalaman..

ii.
pada alir-alir usia
di bawah kelopak matamu..
Tersimpan jutaan tak terkira..
keperitan,
kepahitan,
kepayahan,
yang tak bisa terungkap dengan
bahasa lisan manusia.

Jauh sekali untuk dimengerti,
seorang anak yang
alaminya,
abadinya
dan selamanya
tetap adalah anak.

Meski jauh ia merantau.
walau pelusuk alam ia tawan.

tetap,
pengalamanmu adalah satu rahsia kukuh
yang tak mungkir dibongkar.


iii.
durhakaku adalah
kebodohan.
keanak-anakan
ketidakmatangan
kekurangan
dan kelemahan

dan kerna itu,
aku ingin merubah
pandai.
soleh
matang
lebih
dan kuat.

agar dalam rentang pengalaman berbaki itu
akan kulukis hanya yang indah-bahagia sahaja.

sehingga..
murammu,
gerammu,
marahmu,
dan seluruhnya

berubah abadi
Jadi tenang, tawa dan gembira..

:)

iv.
pada manusia itu pelbagai sisi.
walau ibu atau isteri
meski bapa atau suami.
tiada semua yang kita kenali.

untuk mama, yang juga cikgu.

Sisi lainmu adalah tanggungjawab.
pikulan beban  mencari nafkah.
dengan memakai wajah yang berbeda
bersesuaian dengan lapangan kerja.

tetapi tetap.
wajah asli-mu adalah yang mendampingi
yang paling setia bersama semenjak bayi
dengan setulus kasih, kejernihan cinta yang suci.
untuk kami,

anak-anak mu. :)


selamat hari ibu dan guru!
dari anakmu yang paling susah dijaga ~ Ahmad baihaqi


--

*mama,minta maaf semua salah silap ahmad.
*mama,doakan ahmad sentiasa.
*mama, terima kasih utk sgala-galanya.
*hanya Allah yang mampu membalas, dengan Syurga teratas. Amin :)

5 comments:

Anonymous said...

Saya suka puisi ini.

muhd ridzwan bin saharun said...

t kasih wiraku...mama suka puisi ini.
mama sentiasa merindui zaman ahmad kecil-kecil dahulu,kenangan terindah
buat mama , tiada harta atau wang ringgit untuk ahmad yang ada adalah doa dan kasih sayang sampai ke syurga.Moga sentiasa dalam perlindungan dan rahmatNYA...jaga diri baik-baik mad.

muhd ridzwan bin saharun said...

tu komen mama guna adek punye

asma said...

mama sangat bersyukur dan senang hati punya anak bernama Ahmad Baihaqi.mama copy paste puisi ini ke dalam blog mama .

adeq said...

bagus seorang yang sastera