Tajuk:
PENGALAMAN BERTUHAN
Penulis:
Pauline Fan
Fathi Aris Omar
Liau Kok Fah
Hari Azizan
Al-Mustaqeem M Radhi
Kia Meng
Clarissa Lee
Penerbit: MEGC
Harga : RM 15
Muka surat : 74 halaman
Buku ini, “Pengalaman bertuhan “ ditulis oleh sekumpulan 7 penganut agama –agama yang berbeza tentang iman agama dan tuhan. Buku ini membawa satu pendekatan baru dalam cubaan untuk memahami wilayah ketuhanan dengan mengambil pendekatan Fenomenologi . Maksud fenomenologi disini adalah apa yang dialami oleh peribadi secara sedar dari fenomena agama itu sendiri, dan fenomena itu mempunyai pelbagai dimensi, ada dimensi sejarah, ada dimensi transendanse , ada dimensi teks dan sebagainya.
Apabila penulis-penulis membentangkan pengalaman-pengalaman masing-masing yang sudah tentu bersifat peribadi, satu fenomena sama mudah saja dialami secara berlainan oleh individu-individu yang mengalaminya. Jadi apakah yang menentukan respons manusia terhadap suatu fenomena? Baka dalam dirinya? pengalaman dia dibesarkan? Masyarakat yang lebih luas, atau apa yang disebut sebagai semangat zaman? Sukar untuk ditentukan mana yang lebih dominan. Sama seperti yang menanyakan bagaimana boleh lahir seorang al-Hallaj di Baghdad, Martin Luther di jerman dan Ramakrishna di Kolkata?
Pengalaman beragama dalam sesuatu agama juga sudah cukup rencam, bagaimana seorang muslim menjadi Fundamentalist, Wahhabi, sufi ,lepasan al-Azhar membawa fahaman liberal dan sebagainya. Sudah tentu yang membezakan mereka adalah pengalaman mereka dalam agama tersebut sehingga mereka menjadi apa yang mereka imani sekarang.
~
Dan Saya akhiri pembacaan buku ini dengan perasaan kemenduaan (ambiguity) bercampur aduk, sukar dimengerti, suatu perasaan yang tak dapat ditafsir setelah ia cuba menggugah kepercayaan, keyakinan asali saya dalam mentakrifkan apa erti sebenarnya kebenaran. Perasaan ini mengingatkan kembali kepada Tulisan What is Enlightenment? oleh Immanual Kant yang dibaca suatu tika dahulu selepas Spm. Kedua Tulisan ini seakan satu mimpi buruk teramat kepada pencari kebenaran dan yang mencintai dan mengharapkan jiwanya dinaungi oleh Kuasa yang Melampaui.
Apakah nasib seluruh lembaga keagamaan apabila nilai Kebenaran (haq) itu diberikan hak mutlaknya kepada manusia sendiri untuk mentakrifnya? Seolah-olah kebenaran hanya terlihat pasca kematian Tuhan lalu mengangkat menjulang setinggi-tingginya elemen Manusiawi (humanism) .
Seperti tergambar dan terjadi pada doktrin Agama Masehi/Kristian/Nasrani yang mana Kecintaan Tuhan terhadap Makhluk ciptaannya membuatkan ia turun sendiri kebumi dalam wajah manusia, serta sanggup berkorban nyawa untuk menghapuskan Dosa Warisan (original sin) yang tercalit pada catatan amal manusia seluruhnya.
Sungguh, ia tergambar, dan muslim seluruhnya mengetahui kepalsuan cerita ini, tetapi cuba kita fikirkan dan lihat dari sisi Pemalsu kitab injil itu bagaimana pemalsu itu cuba menyucikan dan mengangkat kemanusiaan sebagai haq lantas dengan tanpa rasa bersalah dan segan silu merekrut Tuhan dalam hujahnya yang berakhir dengan malapetaka pembunuhan Tuhan.
~baihaqi
bertuhankan Tuhan, tidak nafsu

No comments:
Post a Comment