Apr 22, 2011

Ilmu dan Islam



Ilmu bukanlah bersifat neutral.ia telah diasas dan dipadu dengan pengaruh pandangan alam yg tertentu.

Ilmu yang saya pelajari sekarang ini, Perubatan modern (konvensional) adalah hasil ilmu islam yg telah di-secularize dan di buang jauh-jauh unsur2 metafizik islamnya. dan Akhirnya berlakulah kekeliruan akidah yang tanpa disengajakan.

Penafian Modern Medicine akan unsur2 metafizik (ghaib) menyebabkan seorang doktor muslim keliru malah gagal menyatukan aspek2 kerohanian dan islam secara akar umbi. Setakat menasihati pesakit untuk bertawakal, berdoa dan beribadat ketika sakit tidak cukup bagi saya, seorang doktor muslim harus kenal warisan perubatan Islam secara mendalam, sedar penafian aspek ketuhanan dalam sistem perubatan moden yang sekular, malah mencari jalan agar yang Hak mendapat tempat sewajarnya.

menjadi kewajipan untuk kita mendalami ilmu perubatan Islam agar dualisme antara Conventional Medicine dan Prophetic Medicine dapat dileraikan.

Dari sudut ubat-ubatan pula, warisan Prophetic medicine yang bersifat organic/fitrah juga tidak mendapat tempat dalam dunia perubatan modern malah kita terkadang seolah memperlekehkan ubat2an alternatif yang lebih organik dengan alasan tiada bukti saintifik dan sebagai.

samada ia tiada bukti saintifik atau ada, ia adalah salah ummat islam sendiri kerana tidak memperkembangkan ilmu prophetic medicine dan memperkenalkan pada dunia supaya diakui tempatnya dalam perubatan modern.

Islam traditional bagi saya adalah warisan ilmu yang meluas, tidak terhenti pada aspek2 fardu ayn sahaja tetapi diperbesar kepadaa cabang-cabang ilmu yang lain yang telah di-tapis serta di islamkan dari sudut pandangan alamnya (world view) dan dihubungkaitkan dengan dalil-dalil serta dikembangkan melalui faham agama yg sebenar.

Ulama terdahulu apabila mengambil suatu ilmu, ia ditapis dan disesuaikan dengan akidah islam. Malangnya,Pengaruh pemikiran-pemiran barat serta fahaman pseudo-salafi/wahabi menyumbang kpd kekeliruan ilmu dan mnghapus tradisi ilmuan islam (falsafah dsbg) menyusahkan lagi usaha ini.

Wallahualam


~baihaqi
Ameen ya Rabb

3 comments:

panda putih said...

alhamdulillah, semoga terus memanfaatkan ilmu yang diperoleh ;)


saya kawan lama anda. tapi saya bukan bakal doktor.

baihaqi said...

Najwa dalila? haha :)
lama tak dengar khabar.

kemana menghilang?

panda putih said...

yes, tekaan mu tepat sekali.
sihat alhamdulilah.. ;)

mane ade menghilang tapi orang jauh yang semakin hilang beritanya. ;)