Jan 2, 2011

Almithaq,Sufi dan Gerakan

marilah, marilah tidak kira siapapun engkau,
kelana, abid, pencinta dan berpergian,
ini bukan kafilah yg berputus asa
tidak mengapa walau engkau telah melanggar.
sumpah ribuan kali, ayuh
marilah dan sekali lagi, marilah.

                                             Jalaluddin Ar-rumi


Saya paling suka Rumi dalam mengolah ma'na kehidupan.

Puisi-puisinya sangat mendalam, transendanse dan melangkaui sifat asli insan yang Allah gelarkan, ya'ni Nasiya,pelupa. Dan dengan sifat itu menjadikan insan sentiasa ghaflah, lalai dan lagha. Kalau ingin dibandingkan dengan makhluk ciptaan Tuhan yang lain, sesungguhnya insan itu adalah ahsaanu taqwiim, seindah-indah sempurnanya bentuk ciptaan, akan tetapi ahsaanu taqwiim ini jugalah yang akan terjelepok jatuh pada satu gelar yang lain kerana sifat Nasiya-nya itu.

gelaran apa?

Dahulunya, sebelum keberadaan dzahir kita di dunia,. Sang Agong terulung Tuhan yang satu telah mengikat Al-mithaq, satu perjanjian asali, perjanjian terawal dengan ahsaanu taqwiim-Nya . (7:172)

wa idh akhada rabbuka min bani adam min zuhurihim dhurriyyatahum wa-ashhadahum 'ala anfusihim:
Alastu birabbikum?
Qolu:
Balaa, Shahidna.

entah. mungkin kerana rasa terlalu "Ahsaan" daripada taqwiim-Nya yang lain itulah kita digelar Insaan, lalu pabila keberadaan kita terlangsung, dzahir di dunia ini justru terus kita secara otomatisnya menjadi pelupa, lupa akan  almithaq ,perjanjian asali  diri kita yang mengenali dan mengakui Allah SWT sebagai Rabbnya yang mutlak, yang dimeterai oleh diri insan dengan Allah SWT.

dan kini kita umumnya menjadi sebenar-benar insan. Sebenar-benar pelupa. yang  kita punya amanah, atau hutang yang perlu dilangsaikan.


--

kenapa pula dengan Rumi, kesufian dan tasawwuf ?

ini cumalah pendapat saya yang dhaif.

Mungkin, hanyasanya dengan mendalami tasawwuf, menjadi sufi ,menjadikan seseorang itu lebih menjiwai keberadaannya dalam dunia dan meng'arifi haqiqat kesementaraan, fana' ini serta memahami dan mengkehendakkan hanya keabadian dunia sebenar kita yakni akhirah.

Seperti rumi dalam syair-syairnya.

Bukanlah Rumi itu tidak punya pekerjaan, asyik dalam bersyair, mengabaikan dunia dan sebagainya seperti sifat sufi tipikal pada kefahaman umum, malahan asalnya dia adalah seorang guru besar sebuah madrasah dan juga sebagai rujukan dalam mazhab hanafi  bahkan juga ayahnya digelar Sulthanul Ulama.

Tidaklah saya menafikan jalan selain sufi itu tidak dapat mencapai hadaf seorang Insan dalam ubudiyyah, tetapi menurut pengalaman saya bergaul dengan golongan yang benar-benar sufi amat berbeza sekali dengan orang-orang haraki dan selainnya. Pada saya, merekalah yang menjiwai Islam secara total dalam setiap perilaku mereka. Setiap gerakan mereka itu tak lekang dari beribadah, lidah mereka basah berzikir, setiap tingkah laku mereka diserta sekali adab-adabnya, bicara mereka lembut, pandangan mata mereka redup.Makan sekadarnya,sungguh sederhana, muraqabah sentiasa. Bersama mereka, dapat dirasai bahawa inilah islam yang memberikan kekenyangan ruhani bukan semata berteriak dengan tujuan-tujuan siyasi.

Saya sekedar bercerita tentang pengalaman dan pendapat saya.Saya belum lagi memahami sebenarnya apa itu sufi secara ilmiyah mendalam. Sememangnya pada setiap satu sekte islam itu tidaklah bebas daripada sebarang tuduhan, begitu juga Sufi. Kufur, Syirik, Bidaah dan sebagainya itu adalah label adat kepada Sufi sepanjang zaman. Bagi saya, apabila kita menghukum daripada kacamata yang  berbeza tanpa menjiwai dan merasai perkara tersebut secara langsung kita adalah zalim. Mungkin benar apa yang dituduh, tapi bukanlah secara total untuk keseluruhan thariqa Sufi.

Mungkin, hanya dengan mengalaminya sahaja dapat memahami dan dengan pengalaman itulah yang dapat membezakan kebaikan dan keburukannya.Serahkan saja pada ahlinya. Pada kertas, dunia adalah hitam putih. realitinya, semuanya kelabu.

Tulisan ini mungkin luahan kekecewaan saya terhadap pemerhatian harakah islamiah yang berlegar disekeliling saya dengan pengalaman permusuhan-permusuhan yang tidak munasabah dan perpecahan-perpecahan yang secara tak sedar merekalah dalangnya.Saya juga sudah penat mendengar laungan-laungan yang inginkan negara islam, khilafah dan sebagainya. Mungkin ada benar apa Shaykh Hamza Yusuf Hanson katakan ketika ditemuramah;
"I think we need a Muslim stillness rather than a Muslim movement"

~baihaqi
Selalu terlambat untuk tersedar .Oh  Yaman, rindunya.


---

p/s
- Sedar tak sedar dah tahun 2011. Malam tahun baru imarah kami buat steambot. hehe
- Moga-moga dengan pertambahan tahun ini menjadikan saya lebih matang berfikir, kritikal dan kreatif.
- Sekarang dah  masuk study week. ada kurang dari sebulan untuk final exam semester 5. Doakan saya.
- Cuti winter nanti housemate sebelah bilik saya  kahwin. Berkuranglah sorang housemate Rumah biskut krim ungu yang hensem.. hmm   (serius, ini memang nama umah kitorang)
- Sebok orang tanya saya bila lagi. InsyaAllah ada rezki nanti, adalah... :p
-Tulisan ini asalnya sekadar untuk menceritakan tentang syair Rumi, tah macamana termasuk isi untuk sambungan tulisan Dyn seterusnya iaitu tentang perjanjian asali (almithaq) lepastu merepek-repek sampai ke sufi dan haraki.haiya, tulisan ini mencapah, tiada fokus langsung dah macam stembot.
-idea-idea tentang dyn sebelum ini dan almithaq dirujuk daripada buku Islam & secularism, Syed naquib alattas, seorang ulama alam melayu terulung.

4 comments:

abu idris said...

2011 ke 2020, 9 tahun lagi, Khilafah Berdiri???

baihaqi said...

nabhani ada mengatakan khilafah akan berdiri dalam masa 13tahun setelah ht diasaskan.

nabhani juga berkata HT adalah wasilah tercepat untuk mecapai khilafah.

dan mungkin, kalau saya taksilap,satu masa dahulu saya ada terbaca yang nabhani mengatakan organisasi/jmaah slain ht hanyalah seperti anjing2 yang menyalak utk mencapai khilafah yang tidak mempunyai konsep jelas.


Cukup-cukuplah.
saya dah muak

Anonymous said...

out of the main topic.

tahniah pada yg bakal bernikah.
barakallahulakuma~!

Abu Idris said...

Usaha mengembalikan Daulah Khilfah bukan hanya terpikul kepada HT saja, tetapi ia terpikul ke atas seluruh umat Islam.

Janganlah anda muak tuk mendirikan semula Daulah Khilafah mengikut jalan yang telah ditunjuki Nabi.

Berusahalah.. Islam tidak dapat diterapkan secara keseluruhan kerana ketiadaan Daulah Khilafah.