Kalau diberikan peluang untuk menulis sebuah buku. saya paling berharap untuk menulis berkisar tentang sahabat.
kerana perjalanan paling panjang adalah perjalanan untuk menemukan sahabat yang kita sukai serba serbi tentangnya.
mungkin dalam buku itu akan ditulis juga tentang pengalaman kehilangan sahabat.
yang hilang mungkin kerana..
berjauhan.
kematian..
berlawanan pendapat.
atau hilang sekelip mata tanpa sebab.
dan paling menyedihkan apabila si dia menjadi lawan ketat..
Mencari sahabat adalah proses menyamakan detapan hati agar seiring bergetar, seperti sebuah persembahan orkestra, setiap satu jenis instrumen memainkan peranan masing-masing.Adanya biola, drum dan trompet juga seruling. Setiap satu punyai alunan bunyi yang jauh berbeza. tetapi cantiknya apabila alunan itu telah bersatu dengan harmoni dan menghasilkan irama lalu terciptalah sebuah lagu yang indah. Lagu ini adalah kesah sebuah persahabatan yang asyik dan memabukkan.
ada orang berkata,
sempurnalah dunia ini, jika sahabat akrabku adalah isteriku dan isteriku adalah diriku.Satu jiwa pada dua raga yang berbeza.Dua suara pada lagu yang satu. Seiring bermula berhenti bersama.
jika instrumen musik itu adalah jasad, sifat adalah bunyinya.
Maka dunia ini adalah sebuah orkestra hati yang mengalunkan pelbagai bunyi bagi menghasilkan lagu.
tetapi
Tidak semua mendapat dentuman gemuruh tepukan...
terkadang apabila seseorang merasakan jiwanya telah bersatu dengan kawan. katanya, hati mereka telah bergerak seiring, menghasilkan lagu yang sama. Apabila seorang dari mereka merasakan begitu. Maka alunan lagu beransur menjadi monoton.
Seterusnya dia akan akan mengawal lagu itu dengan tempo perkiraanya sendiri,Rentaknya sendiri.
mungkin dia lupa.
Trumpet dan biola adalah instrumen musik yang berlainan juga punya bunyi yang berbeza.
Apabila dia tersedar,
segala-galanya terlambat,
telur-telur sudah terlempar.
Ejekan menjelikkan jadi santapan.
orkestra mereka sudah rosak
lalu mereka bubar dalam kesedihan.
ketika itu
mereka lupa apa itu persahabatan ~
......
baihaqi~
saya adalah pengembara dalam perjalanan yang paling lama.

"kadang-kadang apabila kita terlalu ghairah dalam bersahabat, kita seolah-olah tahu segala-gala yang baik dan buruk untuk sahabat kita. seolah kita tahu apa jalan kehidupan yang terbaik untuk dia tempuhi. Dan ketika itu, kita akan cuba memaksanya menjadi apa yang kita inginkan. Tetapi sebenarnya, bila kita ditanya apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita tak tahu apa-apa."
baihaqi~
saya adalah pengembara dalam perjalanan yang paling lama.
5 comments:
aku suke entry ni. simple yet has deep meaning.
thanks hazera :D ..
ukhuwah.
terkadang begitu sukar utk ditafsirkan.
if u ask me..
how do we know when the exact moment when night ends and day begins?
i may answer..
when a stranger appears and we think he is our brother, and all conflicts dissapear, that is the moment when night ends and day begins....
:)
so true!
Post a Comment