Ais telah mencair,
Laut pula melimpah.
Rumput banyak melayu,
Matahari juga telah Tua.
Saat yang berlalu,
Banyak pula tersia.
Sebenarnya Tuhan telah mati.
Makhluk segenap ruang dunia ini sedang girang bergembira.
Perlembagaan yang ditanzilkan dari langit juga telah disampahkan.
Dan termaktub pada kertas corengan hitam putih itu,
Alam ini adalah warisan dari Si Mati yang Menghidupkan kita.
Wahai seluruh alam yang bernyawa,
Mari kita Sempurnakan aturan gagal Si Mati itu.
Mari kita datangkan dengan orde baru.
kita corakkan dengan rasionaliti
melalui hasil empirikal dan eksperimen yang telah kita jalankan.
berabad lamanya.
Dan aqal kita adalah wahyu.
Kebenaran yang hakiki.
Jemput saja si Dajjal untuk dibaiah.
Dialah pemimpin agung.
Rakyatnya juga mulia.
Dialah Datuk,dialah Datin.
Keliling mereka adalah wali
Sujud sembah yang bertanda di dahi
Hanya menanti api.
merekalah Mufti hakiki.
Penentu YinYang Ukhrawi.
Pada sisi Marhaennya.
Sungguh Makmur terperintah.
dengan Perlembagaan baru berdaulat itu.
Maka berlangsunglah aktiviti terancang,
Perogolan jamaie besar-besaran.
Rutinnya adalah membunuh.
Ritualnya adalah membakar.
Hasilnya adalah Harta.
dan ketika itu,
itulah yang mereka gelar
Taqwa.
---
Yang bernyawa,
Sebelum Maut tersembelih.
Sebelum Kelkatu mula keawangan.
Tanda Assa'ah telah terzahir.
apa lagi petanda yang diharapkan?
Hati yang bernyawa,
Apakah kau lupa pada Hari Alastu dahulu?
Saat Besama dengan Si Mati itu.
Baihaqi,
Menghadap si Merah "Dellareiha" :)
Shah alam.
----------------
-Tuhan telah mati pada segenap hati manusia. Mati yang perlu dihidupkan semula.
-Zahir nafsu semuanya manis,bak gula mengalir di darah.dan bila membarah,ia menanah, sayangnya anggota yang terpotong akibat kemanisan itu.Kemanisan yang menghancur.
-Dan Pengabdian sebenarnya adalah melepaskan segala keinginan dan kepentingan yang bersangkut paut pada peribadi yang dikuasai shahwat dan menolak segala macam shubhah dalam setiap inchi perilaku dan kehidupan.
-Tangan saya menggigil ketika menaip setiap huruf di atas.:(
-Tulisan saya memang kaku. Akan cuba di perbaiki dari masa ke masa. InsyaAllah.
-Doakan saya menjadi lebih baik pada setiap saat yang berlalu.
5 comments:
ماشاء الله
rasa macam susah nak faham..
tapi hakikatnya saya faham apa yg kamu cuba sampaikan..
dunia akhir zaman~
syukron atas peringatan ini..
hati manusia jadi kebas, hilang rasa.
bingit,berdesing telinga.
gamat dan ganas
bagai perang dalam tenang.
apa ubatnya baihaqi..
---------------------------------
-lama tak singgah. dan tak komen. rasa mcm budak tadika membina ayat.
-tahniah, selamat memanfaatkan besi merah baru kau
-aku rasa puisi ini patut kau namakan neraka. :p
-semoga segala2nya utk Allah dan Rasul ya.
bai. it may not be perfect, but for sure its better than the others. thnx for the reminder. May Allah be with u akhi.
Nice to know u & ur blog. haha. :p
Post a Comment