Entah.Mungkin kudrat manusiawiku terlalu dhoif, dangkal memikirkan bait-bait gambaran hidup si dia.Setiap kali patah yang cubaku nukilkan, seluruhnya jadi lesu,hilang kuasanya untuk melakar gambaran halus tiap kisah-kasih dia.
Semuanya jadi kaku.
bisu.
Lemahnya aku.
Andai Tuhan dapat pinjamkan bahasa langit. Ingin sahaja aku cagarkan nyawa aku, demi ungkapan-ungkapan mukjizat dari lauh mahfuz. Yang dapat menggembirakan dia.
Dalam tiap jutaan detik-detik yang berlalu.Agar berbunga hatinya.
Ku ingin biar semua tahu.Malam-malam lelah yang telah dia lalui.Terik benderang siang yang panjang.Dan pada setiap saat langkahnya yang menatang aku.Tempoh sembilan tanpa aku tahu.Kasihnya menyelubungi aku, yang tiap kaliku nafikan. Yang tiap kali ku durhakakan. Tikaku besar panjang.Berpura menjadi matang.
Mama, maafkan anakmu.
------
Tuhan,
tempatkanlah mama dan abah
di tempat tertinggi disampingmu.
Kasihi mereka,
Sayangi mereka.
kerana tanpa mereka.
Aku bukanlah aku.
yang bersaksikan bahawa tiada Tuhan selain Engkau,
Wahai Tuhanku.
Baihaqi
Tarim, Hadramaut
-----
1.Terima kasih mama sebab melahirkan ahmad , mendidik ahmad, dan segala-galanya yang telah menjadikan Ahmad ni ahmad baihaqi. :)
2.Jujur. berpuluh-puluh kali saya cuba menulis untuk mama, tapi semuanya gagal.Tak ada kata yang mampu saya ungkapkan untuk gambarkan seluruh kesah kasihnya, ketabahannya, dan segala-galanya kebaikan tentangnya.Yang membelai. Yang mendidik, Yang menyayang. Yang tak mungkin ada yang serupa dengannya.Kerana dia adalah mama.Yang terulung.Yang tiada mungkin ganti untuknya.
3.Alhamdulillah.sudah makin tua. Moga dengan meningkatnya umur, menambah dekat kita dengan Tuhan. InsyaAllah.
4.oh ye, sesiapa yang baik hati nak bagi hadiah. hadiahkan saya Kindle DX . haha :p
5.oh ya. Nabi kata, Bumi yaman adalah bumi iman dan hikmah. Macam-macam yang berlaku disini. Terima kasih Tuhan . :)
6.Laptop saya kena curi di yaman. Siapa nak hadiahkan laptop dipersilakan. Haha :P
9 comments:
salam ni azzam dari qaherah
yg pggil enta abg bai :p
biar betik enta nye laptop kene curi kat yaman?
bile nak balik mesir?
elok2 ye kat sane :)
abg bai :P,laptop kena curik?xpe2,ada hikmahnya
balik msia elok2.nty nak kirim buku lagi ye ;)
subhanaAllah,
tulisan y mantop!
penuh puitis.
moga ada barkah wa rahmah buat semua ibu2 di bumi Allah.insyaAllah
sanah helwah!
(maaf lmbat)
salam,
tidak terucap dan tidak termampu untuk mama meluahkan kata
setiap perkataan baris demi baris
Sesungguhnya Allah Maha Pencipta
Maha berkuasa dan Maha Mengetahui
Alhamdulillah ....
Syukran , puitis sgt mad...
Moga Allah sentiasa melindungi dunia dan akhirat...
Mama..
:), terima kasih mama sebab lahirkan ahmad.
insyaAllah 13hb ni ahmad sampai msia :)
Azzam..
hehe, azzam nak hadiahkan ana lptop ke ? :p
anonymous??... chef dari langit ke pakcik tua tak kawen2?
hehe.. mau pesan buku apa lg? :P
Tulip putih@safiqa..
syukran. :)
terharu ak baca bai.. ur mom must be proud to have a son like you.. :)
i hope to have a son like him to..^_^
laptop kena curi? ishhh2...
ebay takda ke? hahaha
t kasih dan alhamdulillah Allah anugerahi mama anak seperti Ahmad.Sesungguhnya kasih sayang mama tiada noktah dan tiada sempadan.
Post a Comment