Setelah 7 hari meninggalkan cuti.Blog ini masih sunyi.Maaf.
Cuti syita' kali ini alhamdulillah semuanya mengikut perancangan .Terlalu padat.penuh manfaat.Takut pengalaman cuti tahun lepas berulang.Jadi saya rancang awal.Sekadar merancang juga tidak guna kerana cita itu murah.Semua orang punyai cita-cita.Yang mahalnya adalah merealisasi cita-cita.Tidak ramai yang mampu menggapai cita-cita .
Sebelum cuti beriya-riya rancang sampai ke Paris.Habis cuti menyesal tak sudah. Jangan.
1.
Ex Scientia Vera.
Permulaan cuti, sengaja saya pilih Bahariya.Biar jadi seperti Ibrahim mentadabbur Alam.Akhirnya ketemu kebenaran.Malam hari,Saya ada cuba melakon semula kisah Ibrahim, Dongak ke langit mencari Tuhan, Mengungkap ayat-ayat yang sama seperti dalam surah al-anaam. Cuba teka apa yang Tuhan ilhamkan?Nanti saya akan gambarkan pada entry seterusnya (1)
2.
Cuti dan cinta tidak boleh terpisah.Ramai orang yang berkahwin.Alhamdulillah. tapi, ramai juga yang putus cinta.Subhanallah.Sepanjang cuti saya bertemu rakan-rakan lama.Mereka pemuda dakwah,Mereka puas meluahkan tentang cinta mereka yang ranap dihenyak sunnah.Saya kata pada mereka, Bebaskanlah diri dari ikatan sia-sia kalau engkau tak mampu menanggungnya. Saya simpan cerita ini di entry yang lain.Cinta suatu disiplin (2)
3.
Man Arafa nafsah, Arafa Robbah.
Barangsiapa yang mengenal dirinya (cukuplah untuk) mengenal Tuhannya.
Jangan Sandarkan kepada nabi kata-kata ini, Ini bukan hadith. Tapi cukuplah kita ambil pengajaran. Kau boleh quote seribu kata-kata ilmuan neraka, tapi. kenapa kau campak masuk tong sampah kata-kata yang hanya sanadnya lemah? Ia masih berkemungkinan daripada nabi.
Saya simpulkan Program diskusi kitab tasawuf dengan kata-kata ini.
Tidak salah jika saya kata tujuan manusia dijadikan adalah untuk menjadi seorang Sufi. Yang melihat segala sesuatu telus kepada keagungan penciptanya. Bermula dengan mengenali dirinya sendiri.Saya amat merasakan jika ilmu tasawuf serta pengamalannya diterapkan dalam Tarbiyah dan Taadib semenjak kecil terhadap kanak-kanak akan membawa satu revolusi kepada senario generasi pemuda masakini. Saya akan cuba ulas penerapan sufi dalam pendidikan konvensional dalam entry yang lain. InsyaAllah (3)
4.
Seterusnya,
Cuti kali ini 2 kali saya menjadi Mushrif. Satu ke Dumyat untuk menemankan Abg Ajut membawa adik perempuan beserta rakan-rakannya dari kairo. Dua, Mushrif ke bahariya.Jadi saya agak-agak. kalau jadi mushrif pun banyak kerenahnya.apatah lagi nabi yang semuanya pernah menjadi pengembala kambing.Nasib baik hanya menjadi mushrif tanpa sebarang kerja yang berat-berat.haha.
5.
Alhamdulillah, saya berjaya mengkhatam Marxisme dan Islam (Al marksiah wal Islam), karangan Doktor Mustafa Mahmood. Buku lama kepunyaan mama,Terjumpa selepas geledah almarinya .Walaupun pada perancangan asalnya 3 buah buku untuk dihadam cuti ini. Tetapi kapasiti saya masih tak mampu untuk menerima karya berat-berat seperti ini, walaupun saya kira masih ringan di bandingkan koleksi buku-buku lain saya yang belum tersentuh.Selepas ini insyaAllah saya akan cuba menjadikan membaca itu satu disiplin. Jika ada waktu senggang, saya akan cuba ulas tentang buku ini. InsyaAllah. (4)
6.
Saya segan. Cuti kali ini ,saya sepenuhnya menetap di kaherah. walaupun ada ulang-alik ke Mansurah sebanyak 4kali.Tidak mengapa. Yang menjadikan saya segan bila bertemu beberapa orang yang mengenali saya tanpa saya mengenalinya."eh ni Baihaqi yang ada blog tu kan?" kemudian mereka siap menceritakan apa yang saya telah tulis.Jika kamu menjadi saya, apa kamu akan respon? Saya agak blur jika ditanya direct.
7.
Saya miss mukhaiyam kaherah 2 hari. gara-gara bahariya. Hanya sempat sehari tapi cukuplah merapatkan ukhuwah antara ikhwah-ikhwah yang baru saya kenal. :).
8.
Akhir sekali cuti ditutup dengan Seminar Profesionalisme Perubatan.Cukup bermakna.Sedikit cacat cela.tidak mengapa dimaafkan.
----
saya janjikan 4 entry selepas ini.Semester 4 , Sangat berat. Sangat sebuk. bagi saya masa sebulan untuk menulis.Jangan komplen.:p
Baihaqi
Mansurah, Ad Daqahliyah.
----------------
Glossari.
Tadabbur : menghayati
Mushrif : Penyelia, pengawal ( di Mesir ,jika akhowat ingin keluar malam, perlukan mushrif untuk menjaga keselamatannya) di Jordan di panggil murokib.
Marxisme: Ideologi yang diasaskan Karl Marx.Intelektual neraka.
Konvensional : Sesuatu yang biasa dilakukan atau diamalkan.
Tasawuf:: Salah satu cabang ilmu daripada 3 risalah kenabian, berkaitan dengan akhlak, juga cara untuk mengenal Tuhan.
Sunnah: ketentuan
Faslu Syita': musim sejuk
11 comments:
selamat berjaya untuk sem 4
'Cuba teka apa yang Tuhan ilhamkan?Nanti saya akan gambarkan pada entry seterusnya'
~xsabar menantikan post ini :D
1- tahun depan jangan lupa lakonkan kisah musa pula, aku dah buat!Kau tahu apa tuhan ilhamkan?cubalah teka..
2- aku pula jatuh cinta :)
eh, It should be bangun cinta:)
cinta utk menterjemah cita kpd kerja
3-aku teringat kisah Sy ali meminta dicabut anak panah di tubuhnya ketika beliau solat.
juga kata2 Abdullah Ibn Mubarak ttg ahli2 ibadah yg wajah mrka basah dengan air mata sedang leher para mujahid basah engan darah.
......@-@......
itu berkenaan kesufian kah?
6-famous :P
tahniah!
bagusla, jalinkan ukhwah, jana
connectivity
@gbbiru.
haha.biasa2 je.cuma bermakna untuk fahami hakikat kehidupan.
@umairah.
kisah sayedina musa yang mana satu? peneman 2 puteri nabi syuib kmudian jadikan isteri? hahaha.
bangun cinta?apakah?.
Mungkin. kerana kesufian ada dikatakan sebagai akidah ahlbait.
haha.tak femes.tak mungkin femes.:P
mangkuk
aku maksudkan yg lypolisis tu
kembara mencari tuhan d puncak tursina
bangun cinta
aku revolusikan phrase jatuh cinta mnjadi bangun cinta, baru bersemangat!
adakah ahli sufi ni gol yang pernah dikritik ulama krn meninggalkan jihad?mcm Fudhail ibn Iyadh kl x salah aku
brother, i'm proud of you..
semoga Allah permudahkan segala urusanmu, insyaAllah..
Bersyukurlah dengan segala rahmat dan nikmat Allah SWT , mama sentiasa doa moga Amad dilindungi Allah dunia dan akhirat.
Perjalanan hidup amad masih panjang.....
jalan2 sebagai musyrif mesti lg best kn dr jalan ngn kwn2 laki sume? hehe
psni klau nk g mne2 jd musyrif jela..
@umairah.
cuba tanya siapa2 akhowat yg ada join diskusi kitab madhkhal fi tasawuf assohihah alislamiah.
@bro fahmi.
ni perli eh bro..:P
@mama
terimakasih mama doakan ahmad selalu.Doakan ahmad cemerlang.doakan amad yg terbaik.sayang mama :)
@hidayah hisham
huh..knp ni?
haha~ best2.
takkan ziarah blog je amad? bila nak ziarah rumah lagi??
adam at-theologist.
haha..
insyaAllah minggu ni ahmad datang. hari khamis mlm smpai jumaat. boleh tak adam? tumpang semalam.
amad join redaksi i-man :P
salam singgah di sini..
Post a Comment