Indahnya jika aku mencintaiMu
Sepertiku pernah mencinta wanita itu.
Cemburu bila Kau mendampingi lain..
Walau hanya berpaling sesaat.
Cemburu bila namaMu disebut.
Walau kerna terlepas lidah.
Cemburu yang menyakitkan aku.
Yang kurasakan hati ini tak terdaya menahan.
Luapan marah itu.
Dan segala-galanya keranaMu
Yang tak mungkin Kau tahu
Dan masih,
Kaulah yang menciptakannya,
Cemburuku
Sakitku,
Marahku
Jiwaku
Kuharap semuanya sampai padaMu.
Baihaqi,
Shah Alam, Malaysia.
--------------
-Bagi laluan kepada puisi kaku yang tak seberapa ini , Sebelum post-post dijanjikan muncul.
-Ambil masa lama.Sampai dibiar lupa.Macam mana nak berjaya?huh -_-
-.Doakan saya menjadi rajin.
-Exam 12 hb April ni. Case 5 tak Sentuh lagi, apa tah nak jadi. Huh.
-Akhir sekali,Malaysia sungguh Best. Hahaha. (tinggal 8 hari je lagi nak balik Mesir)
11 comments:
ku genggam segala rasa
biar tak ada yang nampak di mata
tapi Kau Maha Mengetahui
maka nilailah harga keinsafan ini
biarkan segala rasa ini terus terpalit di jiwaku
agar aku sedar
Kaulah cinta sejatiku
-puisi karut marut-haha
uh..sme wrne ngn kulit~
kenapa perlu cemburu?
@gadis berbaju biru.
cinta sejatiku.
Kau dan aku.
moga kita saling bertemu.
di sebaik-baik tempat ciptaanMu.
kelak
insyaAllah.
@lili.
tak habis2 nak perli warna kulit.
@anonymous
cemburu pada dekatnya org lain dengan si Dia
Marah pada diri sndiri kerana Dia.
dan segala-gala perasaan.
yang disebabkan diri ini tak dapat berdamping dengan si Dia..
skrg kat mana?hermm..xfhm la..bkn kat mesir ye?sori btny..sbb pelik sgt..
salam
all the best for the exam!
may u do well under His will
don't play
don't drink
-kak diya
external h-disk amad tertinggal, amad
tak perasan ke?macam mana mama nak hantar....
cmne nk jd penulis buku ni?? update blog pn mls..haih
cik lili,
kalau semua benda yg ditulis nak upload kat blog. baik jadi penulis blog sahaja.bukan penulis buku.
Lagipun, Aidh al qarni sendiri menggariskan etika penulis itu, dilarang menulis jika belum benar-benar menguasai tajuk yg ingin ditulis.Penulisan akan terdedah dengan kritikan yang menjatuhkan.
dush!- anda betul
Post a Comment