Jan 12, 2010

Sekolah


kehidupan adalah sebuah proses pengulangan/repetasi  . Manusia lahir, menjadi bayi, kemudian kanak-kanak ,ke alam remaja lantas dewasa dan akhirnya mati. Kehidupan kita pasti melalui graf sunnatullah, ada kemuncak, ada kemuncup . Kita tidak boleh memilih bagaimana kehidupan kita bermula, tapi kita boleh pilih bagaimana kita inginkannya berakhir. Pencoraknya kita.Kita yang tentukan. 

Kemudian kita punyai anak. dan mereka akan mengulang kehidupan. Kehidupan mereka yang akan mencorakkaan dunia seterusnya. 

Jika direnung kembali, tampak seperti sebuah senda gurau apabila Umar ibn khattab r.a mengajak kawan-kawannya berhimpun  untuk berkhayal dan berangan-angan.Setelah rakan-rakannya kehabisan angan-angan untuk diungkap lantas, Umar menyatakan khayalan peribadinya yakni untuk melihat dunia ini dipenuhi oleh generasi2 muda seperti Abu ubaidah al jarrah. Muaz bin Jabal dan Salim Maula abi huzaifah untuk membantu mendaulatkan kembali Kalimah tauhid. 

walaupun asalnya kelihatan seperti lawak,-berhimpun untuk berkhayal- ,tetapi ternyata, lawak Umar itu membawa mesej peripentingnya tanggungjawab Outgoing generation (baca: ibu bapa) dalam membina generasi pelanjut (on-going generation) yang berkualiti dalam menelusuri zaman yang 100% tidak sama dengan zaman generasi sebelum mereka.

Membina generasi dalam konteks sekarang lebih tertumpu pada peranan Sekolah berbanding ibu-bapa.Tarbiyah di rumah mungkin berjalan tetapi bagi yang menghantar anak-anak mereka ke asrama, pastinya hampir 70% pendidikan ruhiyah,jasmaniah dan akademia seluruhnya di "absorb" daripada silibus kurikulum sekolah juga persekitaran sekolah.

Saya pelajar medikal juga bakal doktor suatu masa nanti.Sifirnya,bila tiba waktu itu, saya juga akan menjadi bapa   dan berkarier.Kesibukan akan membunuh ruang untuk mendidik anak secara total dan satu-satu cara untuk memastikan anak kita terdidik dengan baik adalah dengan menghantar mereka ke sekolah yang baik. Walaupun seperti me'liabiliti"kan anak kita kerana Sistem silibus kurikulum sekolah sekarang kelihatan lebih cenderung kepada merencatkan pemikiran daripada membinanya.

Tetapi apakan daya, Bagi saya,Malaysia tidak wujud lagi model sekolah yang boleh membanggakan. Model sekolah yang mencapai 60% kemampuan untuk mencemerlangkan serta memanusiakan anak-anak kita dari segenap aspek.Bahkan, Kolej yang gah dijenamakan dengan nama Islam pun masih gagal memanusiakan setiap anak didiknya.

Jika saya dapat memilih kurikulum serta mencipta persekitaran sebuah sekolah. Saya angankan anak-anak saya di sekolahkan konsep ini.


4-6 tahun-
Pendidikan bertumpukan kepada kemahiran membaca alquran. Diajarkan juga lebih dari satu subjek bahasa. Disamping, pendidikan akhlak  yang lebih berbentuk praktikal dan visual. Juga subjek mantik, seni lukisan dan muzik.

Juga menerapkan  “never fails techniques to teach children” daripada pengasas khalifah institute, Professor dr. Muhammad al Mahdi:

1.Find several different ways each day to remind your child that they are Khalifah of Allah.
2.Take the opportunity, a number of times each day, to give positive attention (warm praise) to your child for any good things they do or good characteristics they show.
3.Set firm, reasonable rules for your child, make sure your child understands those rules, and enforce those rules consistently with “kind” discipline (this means without harshness).


7-12 tahun-
Pengajian ditumpukan pada penghafalan Al-Quran dan diajarkan juga subjek pengajian islam, bahasa, logik dan seni lukis atau muzik. Pada tempoh umur ini, pihak sekolah perlu mengenal pasti kecenderungan minat pelajar pada bidang tertentu

Sistem pembelajaran berupa  halaqah. Setiap guru@murabbi hanya diberi tanggungjawab sekitar 10-15 pelajar sahaja.

Dari segi persekitaran dan pergaulan dalam sekolah, saya lebih gemar jika Interracial dan religion relationship berlaku. Kerana di sini kita dapat membina communicating skill juga PR (personal-relation) skills yang teramat penting dalam kehidupan seharian. Selain itu kefahaman  serta keyakinan terhadap akidah Islam juga teruji dalam hubungan berbeza agama.


13-18 tahun-
Tempoh ini merupakan tempoh bermulanya pengajian sebenar. Setelah dikenal pasti kecenderungan pelajar, mereka akan diajar secara khusus bidang-bidang yang diminati sama ada pengajian Islam seperti feqh, tafsir, hadis etc atau kesusasteraan, seni, falsafah, perubatan, ekonomi dan sebagainya


Ini sekadar idea kasar sistem persekolahan ideal yang saya modify daripada idea saudara Saifudin Amran dan perlukan banyak penambahbaikan. Ternyata idea ini tampak terlebih ideal berbanding sistem sekolah masakini.

Pendidikan (nurturing) adalah proses memanusiawikan (humanizing) manusia.  Kita tahu bahawa dunia sebenar itu dahsyat, Kejam dan terkadang tidak masuk akal , tetapi itulah reality kehidupan. Sebelum kita mencampak anak-anak kita kedalam realiti. Persiapkan mereka.untuk Gagah terus menjadi manusia yang bersifat sebenar-benarnya manusia dalam mengharungi kehidupan.

Alquran sendiri melakarkan betapa muhimmnya penyediaan generasi mendatang dan perlunya untuk menyediakan satu generasi yang kuat.


Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andai mereka meninggalkan dibelakang mereka zuriat keturunan yang lemah. (An nisa’: 9 )


Lalu, kehidupan yang kita lalui sekarang telah nyata penuh dugaan kerana kedhaifan diri kita sendiri..Adakah kita inginkan anak-anak kita juga menghadapi masalah yang sedemikian rupa.Kehidupan ini benarlah ianya sebuah repetasi .Teorinya, sebagai makhluk kita tidak mampu memilih apa yang ditakdirkan permulaan kehidupan kita tapi sebagai bapa, Kita mampu memberikan permulaan yang terbaik utk anak-anak kita. 




Baihaqi,
Mansurah, Daqahliyah.


-----------------------------------------------------
-sebenarnya, setelah selidik berjenis-jenis konsep sekolah  masakini. saya lebih suka idea home-schooling, baru kelihatan seperti seorang bapa bertanggungjawab.haha, tapi sudah tentu kau kata mustahil bagi seorang doktor. kan? :)


14 comments:

Anonymous said...

bagusya kalau betul ada sekolah yg awak nak tu.:)

nice post

ahmadfaiz said...

"didiklah anak anda 20 tahun sblm mereka dilahirkan" kata seorg guru BM kpd anak2 muridnya..
haha..jom renungkn..

ahmadfaiz said...

"didiklah anak anda 20 tahun sblm mereka dilahirkan" kata seorg guru BM kpd anak2 muridnya..
haha..jom renungkn..
-afa-

nurhdyh said...

Khalifah Model School is the best choice these days.

ratio pelajar dgn guru 7:1

iA akan bertambah cwngn di seluruh neg jika semkin ramai y memilih sekolah sprti ni.

bolehlah bersedia dr skrg dr segi kewangan.ehe.

baihaqi said...

~gadis berbaju biru.
bagusnya kalau hidup dalam dunia fantasi.kan?

saya idealist. bukan realist.
mungkin awak boleh realisasikan skolah tu nnti.

~faiz azrain.
haha..
cikgu sharipah ke yg cakap mcmtu?

~nurhdyh..
haha..
betul.
tapi, saya masih kearah idea homeschooling. walaupun agak mustahil.

Anonymous said...

insyaALLAH kalau ada yng membantu..tapi mahu jadi doktor dulu :)

good luck untuk exm

baihaqi said...

to gadisberbaju biru.

terima kasih. bittaufiq wannajah juga. :)

lili suriyani said...

oh tidak2.

sgt tidak mustahil bg seorg doktor! malah bg sy idea itu sgt menarik(dan menjadikan sy semangat nk ade anak sb nt bole homeschooling kn dy).

xpe. xperlu pn 24 hours ad kat umah. suh tutors tolong ajarkan. you just give him ur syllabus. nt weekend kmu plak ajar anak kamu.:P

tp td ad kwn tny, klau homeschooling cmne mahu didik anak dgn social skill? y kite sume tw hny bole dpt through experience je. (pergaulan antara laki n laki jge dipnggil social skill kn?)

cmne ye? cmne ye?

baihaqi said...

social skill bukan bermaksud perlu bergaul dalam sebuah kelompok yang ramai.

tetapi ialah mengasah teknik bersosial dengan perlbagai jenis golongan.

mudah.

tinggallah di sebuah kediaman yang majmuk.
rapat dengan jiran pelbagai bangsa.
agama.

lebih elok lagi jika konsep bergaul tanpa mngenal usia dah diterapkan dari awal.

kanak2 akan jadi lebih matang.

oh ya.
idea tu mmg boleh dilaksanakan.
tapi pemilihan dan pencarian tutor tu pon sukar.

kebanyakan pengajaran dan pembelajaran daripada bukan cikgu lebih memuaskan hasilnya daripada cikgu. ini fakta drpd kaedah homeschooling.

siapa yg mahu jd tutor kalau bgitu?

lili suriyani said...

oh sungguh complicated sekali.

ap cdngn kamu? mksudnya melalui kaedah homeschooling tu sp y layak mnjd tutor klau bkn guru?

baihaqi said...

kalau guru, baik kita hantar ke sekolah je.

pedagogi yg digunakan sama shj.

Me said...

semoga berjaya.. :)

Anonymous said...

Assalamualaikum. Konsep homeschooling sesuatu yang luar biasa di negara kita tetapi sudah menjadi kebiasaan di Barat. Sebenarnya, ia suatu tanggungjawab yang amat besar kerana ibubapalah yang berperanan mengajar anak sendiri, bukan tutor (kalau mengikut definasi homeschool sebenar) Jika ingin lebih tahu, boleh layari www.naomialdort.com Dia seorang pakar keibubapaan yang berjaya homeschool anak2 dia.

baihaqi said...

acespiretribe.

terima kasih :)
saya tersilap mungkin.
cuma.Tutor berkapasiti mungkin lebih efektif jika ibubapa duduk benar2 jauh dari ruang bidang yang diminati anak2.
ibubapa boleh menjadi supervisor.atau co-tutor.

terimakasih atas link itu. sgt mmbantu :)