adakah yakin kau itu benar?
jika yakin,
khabarkan pada aku
yang bisa menyatukan 73 menjadi satu
yang mampu membenamkan marak perpecahan menjadi abu...
fahamilah,
kebenaran hanyalah satu
kebenaran menimbulkan ragu
berlapanglah..
Baihaqi
Mansurah,Mesir
2/12/09
Kebenaran, masing-masing teruja bila menyebutnya. Ia adalah satu kalimah yang memberi tenaga, menghidupkan jiwa, menghangatkan semangat.Masing-masing mempertahankannya.. Lantas, apakah itu kebenaran?
Adakah hanya satu teori alam mengikut gerak pandu semulajadi?.Yang kuat terus menang, yang lemah terkulai kalah.Dakwat yang melukis sejarah kering mempotretkan kepercayaan yakni kebenaran yang diagung-agungkan dan diangkat megah lalu jatuh terbenam tanpa sisa. Hilang begitu sahaja.
Kebenaran adalah kepercayaan yang perlu di cari.digapai mengikut dalil aqli yang selari dengan fitrah insani.
kebenaran yang difahami tiap insan berbagai-bagai, tidak pernah sama
Munculnya pelbagai teori kehidupan, sekolah pemikiran juga ideologi-ideologi mazhab adalah hasil daripada jiwa-jiwa membara yang berusaha menafsir apakah itu kebenaran.Ia tercambah lalu bercabang bermula dari wahyu ilahi.
Jadi, adakah kebenaran yang kita genggam sekarang tanpa titisan keringat ini ,yang ditaklidi tanpa faham yang telus, tanpa dicari dan difikiri adalah kebenaran yang hakiki? lalu kita menghentam kebenaran yang berbeda dari kita walau hanya dalam beberapa aspek kecil ataupun berbeda jauh dari sudut fundamental.
Sedarlah,kita hanya tahu menghentam. Hanya dengan mengetahui beberapa dalil menjadi bukti kita berada dalam kebenaran kita terus melabel yang lain terperosok dalam ruang kesesatan.
Kebenaran adalah berbeda-beda mengikut kefahaman. Ianya satu, tetapi beribu.
Kebenaran adalah kehidupan.Ianya bernyawa tidak penah mati.Ia cuba dihidupkan dengan pelbagai rupa dan nama.Manusia akan terus berusaha mempertahankannya.Berpecah demi kebenaran, bersatu demi kebenaran,Kehancuran juga bermula dengan kebenaran.
Berlapanglah. Suatu perbezaan tidak boleh ditentang dengan pemulauan dengan mengharamkannya, Ia perlu dinilai, dibandingkan, didebatkan secara akademia.Yang relevan akan terus menang.Yang kalah akan lenyap ditelan zaman.
Berlapanglah dan bertegas.kesatuan hanya terbentuk dengan kefahaman.
--------
-Seboleh-bolehnya aku mengelak daripada memberi nama terhadap apa-apa kepercayaan atau mazhab bagi kebahagiaan bersama. Kebenaran disini adalah umum.Kau sendiri tahu apa yang dimaksudkan.
-Rasanya kepala keliru bertahun-tahun mengkaji kebenaran lalu menimbulkan ragu.Aku simpan ragu ini untuk terus dikaji.
-Sudah seminggu cuti Adha, emosi terganggu lalu celaru.Studi terbengkalai dan diabai terus terabai. Isnin ni exam. memang mampus aku lunyai, Biarlah...
-oh ya, tulisan aku jadi kaku. Peduli apa aku.
7 comments:
Sajak semakin pendek...
Updates semakin jarang...
Inspirasi hilang kah?
bukan tiada inspirasi..
idea datang banyak. cuma dah tak mampu nak olah dengan baik.
akhirnya sekadar menjadi fosil yang tak terusik akibat terlalu lama hibernasi kat kepala otak.
biarlah.
keracunan daging untakah?
Atau terlalu sebuk menjadi watak-watak drama kehidupan?
Bukan tulisan yang kaku
Aku faham apa yg kau mahu
hanya pemikir-pemikir no satu
Faham apa maksudmu
:p
buka mata
tajamkan minda
lapangkan dada
terlalu banyak yg dicelarukan. isu kecil diperbesarkan.
berpecahlah lagi.
kita masih bermain di taman sendiri. hakikat permainan dunia?
terima kasih utk post ini dan selamat kembali.
haha..
aku bukan manusia bodoh yang akan percaya bulat2 apa yg diajar.
kebenaran itu subjektif.
Di Kisas,Kau panggil kebenaran itu Mutiara.
sudah jumpakah kau mutiara itu?
yang akan kau genggam erat sampai bila2..
atau, kau masih buta mencari?
jika kau memanggil pencarian kebenaran itu isu kecil..
:)
p/s: entry ni tiada kaitan dgn facebook.Sudah ditype lama, cuma baru dipost.
mohon share..
mengambil pengajaran tersirat daripada yang tersurat..
terima kasih..
hmm. tulisan ni dah obsolete.
kfhmn saya pun dah brubah.
kbnaran adalah mutlak. bukan berubah. bukan relatif.
Post a Comment