Jul 4, 2009

Mual



...Duniaku, Jauh dari pandanganmu...



Lewat teori retorika para daie, saya jadi Mual.

Mual pada -konon- Pengubah Dunia kepada satu Utopia syar'ie. Sedang mutabaah mereka lompong di sebukkan agenda rejuvernasi bumi yang tak sudah-sudah. Pastinya, khilafah  hanyalah seperti melihat oasis di padang pasir. Saya juga rasa jelik. Jelik pada daie yang terlebih mufti,yang bagai mengerti siapa penghuni syurga neraka. Pada niat kudus mereka, mereka mendobrak jahanamkan agama kita, menyempitkan lorong-lorong serakan hidayah dari langit. 

"Enti tak rasa ke yang enti tu bakal penghuni neraka?"
"Api neraka dah terlalu menggelegak nak sambar rambut enti tu"


Mungkin akibat berasa diri itu "terlalu suci" sampai nampak tanda-tanda penduduk neraka pada insan lain.
Apakah terlalu sulit untuk mempelajari seni dakwah?. 


Saya juga jemu
Jemu pada golongan -konon- "Thiqah". Zahirnya terpelihara pandangan matanya dari fitnah-fitnah dunia dengan tunduk patuh pada syariat langit, tetapi bila bertemu skrin komputer mahupun television, segalanya santapan mata. Laman komuniti apa? Friendster? myspace? facebook?, semua layan. Si jejaka alim berkopiah dengan pencarian wanita thiqahnya untuk di buat -konon- sayap kiri perjuangan dalam dakwahnya. Si muslimah ayu bertudung litup menyapu lantai tekun membalas mesej pemuda-pemuda dakwah idamannya. Thiqah apa namanya tu?

fenomena overseas.
seorang wanita melayu, pabila menaiki train atau bas, ada seat kosong sebelah lelaki melayu, tapi tak mahu duduk, katanya untuk menjaga ke-thiqah-annya. "Saya lagi rela berdiri walau apa jua keadaan". Tetapi, jika terdapat seat kosong sebelah mat salleh ataupun pak arab , bagai cahaya, dialah pemenang merebut kerusi.Thiqah kah? itu bukan Thiqah, itu namanya RACIST!

Seorang lelaki melayu, dalam perjalanan sebatang jalan, bertembung pula dengan pelajar perempuan melayu walau jarak 10 meter kehadapan, dengan penuh kesanggupan serta kemachoan dan lagak wara'nya melintas keseberang jalan semata-mata untuk tidak bertembung dengan perempuan melayu.Katanya hendak menjaga Thiqah, tapi itukah yang diajarkan nabi? kenapa tidak berbuat demikian kepada wanita-wanita arab mahupun eropah. Dengan selamba bertembung sambil meninjau-ninjau ukur lilit tubuh menarik. Itupun namanya Racist campur Miang.

ada lagi, 
seorang Ukhti, mulut kelu terkunci bertemu seorang Syabab. Kalau bercakap, terkenang pengalaman di Kisas, liqa' albab namanya. berbicara di sebalik pintu tanpa mengenal si pemilik suara.Thiqah katanya. Tapi bila berbunyi Sms masuk, bukan main ligat. Itu bukan thiqah, tapi Malu. Ganjilnya, bila di telefon , bersayang-sayang, tak tahu pula malu.

apa yang mereka faham tentang thiqah dan ikhtilat sebenarnya? Sedang para sahabat utusan Allah pun sanggup mempelawa isteri nabi menaiki unta. Lalu, apakah yang terlalu membuatkan kita menjadi sebegini?Berpaling muka bila bertemu sambil melontarkan muka masam.Apa yang hendak dijaga sebenarnya?.

Saya juga menyampah.
Menyampah dengan Aktivis jemaah yang sempit ruang lingkup pemikirannya.Juga yang tidak reti-reti bertolak ansur tentang Taadud jemaah.Kenapa tidak terbenih dalam benak pemikirann mereka akan keperluan kepelbagaian jemaah yang berjuang pada wasilah-wasilah yang pelbagai. Sedang mereka sebenarnya melengkapkan antara satu sama lain, Cuba perhatikan pada PAS yang bagi saya sudah menombor-dua-kan Tarbiah dan terlalu meletakkan politik kepimpinan sebagai prioriti utama, maka wujudlah ISMA juga JIM sebagai jemaah Tarbiah yang mengisi lompang-lompang pada PAS. Juga, jika ISMA dan JIM merupakan jemaah tarbiah yang menyasarkan kepada golongan intelek sahaja.Maka siapa pula yang bertanggungjawab kepada pakcik-pakcik tua serta tukang sapu mahupun pengutip sampah dan juga buruh Indonesia? Di sini barulah kita nampak peranan Jemaah Tabligh dalam menyampaikan kesedaran agama kepada mereka. 

Begitu juga dengan kehadiran Hizbut tahrir, Wamy, Pks dan lain-lain. 
Kenapa tidak nampak pada Manfaat yang luas itu?

Saya bertambah bosan melihat pergaduhan perbalahan tak berkesudahan antara jemaah-jemaah Islam, saling tuduh menuduh, mengatakan Si jemaah A agen yahudi untuk memecah-belahkan ummat Islam , Si Jemaah B pula ingin memegang tampuk kekuasaan di kawasan C. Mungkin kerana masing-masing dengan gahnya mengatakan MANHAJ jemaah kamilah yang ter"SYUMUL", maka tertolaklah segala jemaah yang terwujud atas mukabumi ini.Mereka yang saya kira buta tidak dapat melihat permasalahan dasar ummah kini iaitu " memberi kesedaran beragama" dan "bertanggungjawab pada agama". 

Butakah mereka pada ragam ummah?
adakah telah sampai masanya Islam mencapai ustaziatul alam?. Sedangkan Hedonisme masih menguasai pemuda seusia saya. Jangan cuba mempamerkan fatamorgana pada ummah dengan laungan-laungan Revolusi Islam pada masa terdekat ini pada LUMPUHNYA program Tarbiyah. Pastinya, golongan bawahan seperti saya terus musnah.

kenapa tidak dapat bertolak ansur pada kekhilafan dan cuba sedaya upaya bekerjasama pada yang telah disepakatkan?

Mungkin  taadud jemaah ini melambatkan kebangkitan Islam kerana terpecah seleraknya tanpa kesatuan menjadi alasan. Adakah kebangkitan itu mampu terjalan tanpa bermulanya kesedaran?Adakah terlalu susah untuk mengikuti marhalah-marhalah yang ditetapkan?.Pembentukan bata-bata khilafah yang terdasar semakin punah pada rakusnya nafsu untuk memegang tampuk kepimpinan. Adakah mereka lupa kegagalan Parti Refah di Turki?, akibat terlalu tergesa-gesa melaksanakan hukum Tuhan, mereka tumbang bawah telapak kaki sekular.


Saya juga semakin Rimas.
Rimas dengan golongan Agamawan berlainan ideologi mazhab pemikiran. Bila berbalah perkara yang tidak memberikan langsung faedah terhadap ummat Islam. Cukuplah dengan perbalahan salafiah/wahabiah dengan Khalafiah ,di tambah dengan Ahbash juga syiah. Apakah dengan pentakwilan sifat Tuhan memberikan kemenangan mutlak umat Islam? atau hanya dengan membidaahkan pentakwilan itu musuh-musuh Islam akan jatuh kecut berlari terpusu-pusu ketakutan? Belum lagi mazhab akidah Syiah yang aktif mencaci para Sahabat ,membongkar maqam para Isteri Nabi dengan arahan ulama mujtahid mereka. 

Jangankan Ulama yang menyusahkan Ummat!.

bukan saya Ahlinya membincangkan tentang ini, Cuma ini adalah yang masalah terpapar pada skrin alam yang terbentang. Jika berterusan, manakah titik pengakhiran? Lupakah mereka pada ini,

"Umatku tidak akan bersepakat dalam perkara salah"                                      (Riwayat at Tirmidzi, Ibnu Majah, Abu Daud dan Daruqutni)


Dan akhirnya, 
saya jadi musykil, apakah teramat susah memahami Islam?...

Juga saya rasa sedih,
Sedih kerana menjadi sebahagian dari mereka jua tak mampu berbuat apa-apa.




4 Julai 2009
Bait Intifadha, Shari' Siddiq
Mansurah




----


*credit kepada murabbi-murabbi yang memberi faham kepada saya. Amat merindui kalian.
*juga kepada akh yassir...syukran

54 comments:

umai said...

terperangkap
sedih
kemudian mual
________________________________

btw

di awan sana bebaskah?
bukanke itu laluan kapal terbang
aku lebih suka di langit
kau kate d sana ada tuhan

baihaqi said...

maksudku bebas,

bebas berarak
bebas menangis
bebas ketawa
juga bebas menghilang....

ya, di atas langit itu bersemayamnya Tuhan...
cuma aku agak khuatir di katakan golongan mujassimah ,

sambil menunduk kebawah menangis melihat perpecahan.
biar aku berlutut di awan, memandang ke langit merintih memohon pertolongan tuhan...

luasnya dunia
dan aku terlalu kecil utk mengubahnya,
.....

dan aku hampir2 muntah... :p

sekadar berusaha, hidayah itu milik Tuhan, kesedaran itu lahir atas individu itu sndr.

:)

Anonymous said...

haha
aku mentafsir secara literal
buta sastera mungkin

melutut di langit
menangis merayu pd YANG MAHA MENGASIHI

dunia yg luas, kau yg terlalu kecil
usah risau
DIA maha mendengar
DIA maha melihat
sekecil kecil usaha dinilai
moga diangkat ke langit
:)

muntahlah :p
kita manusia
bukan malaikat yg tak pernah lemah dan letih

hidayah milik Tuhan
moga DIA pelihara
agar kekal dlam dada
___________________________________



org yg belajar dr sejarah
punya pengalaman
lebih bijak mentafisr keadaan
makes a better person!

baihaqi said...

syukran jazilan
syukran lillah..

dikenali said...

aku tak tau nak komen ape bai...
hahaha....

baihaqi said...

haha, azhar!
sudah2lah dengan ke-chubby-an kau tu...
mahu aku sepak ke perut kah?
agar berlebam lalu bertambah lah chubby lagi...

------------

azhar, buka mata luas2
dunia ni lebih luas dari apa yang kau sangka.... :)

dikenali said...

haha...
yela2...

_______________

perpaduan, kesepakatan dan kerjasama itu harganya tinggi...
malah tiada jaminan akan berkekalan...

pengorbanan yg diperlukan terlalu banyak...
termasuk harga diri,
kepercayaan setiap individu,
pendirian masing2,
harta,
dan mungkin agama...

itulah yg menyebabkan perbalahan,
menuju kepada pergaduhan,
membawa kepada peperangan,
pasti akan ada yg terkorban
dalam usaha mencari perpaduan,
paling2 pon setitis darah...

situasi ini sudah berulang ratusan kali
menjadi sejarah
kemudian diupakan dan diulangi
dan berulang dengan kitaran yg sama
kitaran ini akan terus berulang
kerana:

Masih Mementingkan Diri Sendiri

kau pernah katakan aku tak ada pendirian diri...
kerana aku sudah bencikan dunia...
dunia terlalu tercemar...
terlalu mengkhayalkan...
menjadikan diriku lebih dekat kepada api neraka...
kalau bole aku nak mati...

tapi bunuh diri itu dosa...
aku lebih mementingkan agama dari diriku...
maka aku pilih untuk hidup...
sambil membenarkan diri ini digunakan oleh dunia...
dengan menjadi doktor...

ps: komen aku complicated....

SaifulBashrie said...

yeah sgt kagum n terpana baca entri ini...kan bagus kalo bersatu kan..

baihaqi said...

to dikenali a.k.a Azhar

pada impian menggunung itu manusia terus hidup...
hidup mngejar impian...dan teruskan kehidupan...

Jika kau yakin pada Tuhan, kau pasti melihat samar-samar cahaya pada kegelapan dunia...

ingat,
kesatuan bukan mimpi, tapi janji...
:)


to bro BASH!,

ke hadrat abangku yang agak macho serta baik hati, cepatlah dikau berkahwin untuk bersatu hati,
ku tahu si dia telah menanti....
jangan berani berhenti...haha

haha, gurau2..
aah, seronoknya kalau bersatu...
tp dunia ni tak sesimple menulis artikel.

oh ye, ingat!
Belanja g Sunway lagoon pas saya balik ke Malaysia! :p

h a r i z, H said...

erm. mencerna. entah ke mana aku hanyut. mahu cari kapal kukembali.


*bai, lama tak jumpa ko. balik ble?

baihaqi said...

aku tak rasa artikel ini ada ombak kuat pon...kau hanyut kemana?
huhu

esok aku balik malaysia , InsyaAllah...:)

h a r i z, H said...

oh damn!

Anonymous said...

salam akhi. Blog baru nampak.

haha...kelab EPL Inggeris saja boleh berjaya "ta'adud", kenapa sulit sangat buat orang Islam?

Muawiyah ibnu hayat said...

aku stuju..!!!hahahahahhahaa

baihaqi said...

to akh faridul,

bukan blog baru, tapi yg baru diperbaharui..hihi
susah sangat nak istiqamah , fuh...

to muawiyah ibn hayat @ muhammad syamim bin mahat

err, apa kau setuju? haha

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Assalamualaikum..
satu artikel yg memberangsangkan..

inilah lumrah umat Islam masa kini..
di saat umat dahagakan ilmu dan tsaqafah Islamiah..
di saat umat mengalami kemerosotan yg melampau..
di saat umat hidup dalam kebobrokan sistem dan ideologi kufur buatan manusia..

maka..
bangkitlah sebahagian dari umat..
menyahut cabaran menjadi perwira..
mempertahankan syariat menegakkan keizzahan Islam..
itulah mereka..
yg dipanggil pendakwah yg ber haraki..

namun..
peperangan antara haraki pula timbul..
masing2 keras kepala..
taknak bertolak ansur..
taknak berlapang dada..
andai berjumpa ingin sahaja berdebat..
andai berkata emosi didahulukan..
andai mengkader mad'u baru acap kali memburukkan haraki lain..

siapa kita ini?
perwira atau pemusnah Islam?
cermin diri sendiri dalam kesamaran sinar gemerlapan Islam..
adakah ini yg umat minta?
adalah ini yg menjadi wasiat junjungan Nabi Muhammad s.a.w?

wahai sahabat perwira Islam sekalian..
sedarlah..
kitalah masa hadapan Islam..
andai walau selangkah kau tersilap..
maka kau memberi impak yg besar terhadap sinar Islam di masa hadapan..
tega kah kau menjawab ini di hadapan Allah dan Rasulullah kelak?

sedangkan yahudi dan nasrani boleh bersatu..
sedangkan kapitalis dan sosialis boleh bersatu..
sedangkan pagan dan animisme pun boleh bersatu..
walau mereka punya pendirian berbeza..
walau mereka punya ideologi berbeza..
namun..
mereka kan tetap bersatu..
kerana matlamat yg satu..
menghancurkan kebenaran dan menegakkan kebatilan..

Renungi sendiri wahai sahabatku..
Hisablah sendiri dengan ketajaman akalmu sebagai pendakwah..
andai kita..
yg inginkan Islam..
yg cintakan syariat Islam..
yg berikrar taat setia pada Allah dan Rasul Nya..
yg ingin merasai semula hidup dalam kegemilangan Islam..
tega kah kita berperang sesama kita sendiri..???

renungkanlah wahai sahabatku sekalian..
walau ku tahu kalian tidak sejemaaah, tidak semazhab, tidak sekitab, dan tidak seharaki dengan diriku ini..
namun aku tetap mencintai kalian..
kerana..
kalianlah perwira Islam..


aku mahu diriku dan kalian semua..
sama2 dapat melihat Allah..
sama2 dapat mendakap Rasulullah..
sama2 disanjung oleh penduduk langit..
sama2 ditempatkan di tempat para khalifah dan para syuhada yg telah Allah redhai..

atas usaha kita..
menyambung perjuangan yg mulia ini..
wasiat junjungan, kekasih kita..
Nabi Muhammad S.A.W


kembalilah..
wahai sinar yg gemerlapan..


Umar Abdul Aziz
Bait Intifadha
Fakulti Perubatan,
Universiti Mansurah,Mesir.

12 Rejab 1430H
0953 HRS GMT +2 DST

baihaqi said...

alaikumsalam
alaikumsalam....

(dua kali salam ana jawab 2 kali gak ye)


ahlilbait dah bersuara., abeslah
haha..

moga kita tak tersasar pjalanan kta,
sama2 pjuangkan Islam
InsyaAllah..

kesatuan itu bukan mimpi,
tp Janji...

yakinlah..

megaa said...
This comment has been removed by the author.
Nazeera Nasir said...

Salam Encik Baihaqi.

Seperti biasa, saya di sini untuk memberi pendapat saya yang seberapa...dalam Bahasa Inggeris :)

Like one of my post, "Holier than Thou", I think some of us are so tied up in correcting other's mistakes, so disillusioned by other's sins that we tend to overlook the fact that we're also imperfect. You can the most pious man on earth, and yet, if you are one to spread slander, what really is the use?

Intentions may be pure, these "pendakwahs" or preachers sincerely want to shape us for the better, but if you cannot be the ideal role model for these people, how can you convince them to improve themselves?

Don't you feel that the fundamentals of Islam is so very simple? It's us who complicate things, segregating ourselves from a peaceful unison, being judgemental and adding our own interpretations that raise more furor than actual assistance.

So really,
Who's destroying our religion?

Oh, kau bukak ni sure dah kat Msia dah. Rindu kan :)?

megaa said...

sarkastik.
=)

p/s:usah gusar jika kita hanya si burung berparuh kecil membawa air buat memadam api julang membakar.usaha y dinilai tuhan.natijahnya urusan Dia.

Anonymous said...

sgt setuju dgn pendapat nurhidayah..:)

walau sekecil mana pun usaha kite. allah akan nilai. syurga tu dipenuhi dgn rahmatNya..

mge kite x jd seperti org yng meludah air liur ke langit, termasuk ke kerongkong sndr..

~(^^!)~

baihaqi said...

to naz~

saya setuju dengan kata-kata kamu...haha
apa kata kau jd pndakwah naz..
sure ramai yg follow kau...:p
hehe..

to hdayah subri..

:) syukran..

to anonymous..

like u know the real me...huh
:p

rkukaudya said...

salam

sy bersetuju.seolah2 sbahgian suara hati sndiri.

jgnlah merasa megah seolah2 diri terlalu faham agama andai yang terpamer cuma ikut2an n jubah palsu semata.

mg2 kita dilindungi ALLAH dr menjadi fitnah n sumber fitnah dek kerna kejahilan diri sndiri.

(maaf,entah dr mana, tiba2 menyelit di sini)

baihaqi said...

to rkukaudya,

betul, mungkin sebab terlalu ramai orang memahami agama dengan TERlalu mendalamlah menyebabkan pepecahan..

tidak mengapa,
menyelitlah di setiap entry jika mampu...haha:P

Anonymous said...

This is just an opinion in my own perspective ~

Hadis Rasulullah bersabda
" 'Alaikum bil jamaah "

Aku tak meredai perpecahan ini, tapi aku terpaksa merelakan perpecahan ini, tambahan berusaha utk menyatukan semula apa yg sudah terpecah.

ISMA JIM MISG ABIM HALUAN n whatsoever..

" Kita satu rumpun "

. mual is a thing .
. but what have u done to make the mual tiada? .

just sekadar renungan. peace! ;)

atiqahdahalan said...

Assalamualaikum.

tak ada salahnya memerhati, tapi jangan cepat menghukum.

bukan setiap perkara itu dizahirkan manusia. jadi, yang tidak kau ketahui, kerana kau bukan didalamnya, adalah lebih baik tidak kau utarakan seperti satu hujah, bimbang2 ianya menjadi satu fitnah.

baihaqi said...

t0 anonymous,

err, artikel ni mnyeru kepada kesatuan...cuma ditambah emosi sedikit sekadar ramuan tambahan...

hanya disajikan kepada yang tak faham erti kesatuan, kalau dah faham, sila berambus dengan senang hati kerana misi kita sama.

dan lagi, apabila membaca sesuatu yang penuh emosi, sila ambil kira intonasi bacaan serta lahjah yang digunakan. Kalau mampu, selidik dahulu penulisnya bagaimana..:)

to one-munawarah..

kita dipihak sama, ni sekadar luahan orang bawahan...

atiqahdahalan said...

kalau macam tu, nampaknya kita melihat dari kaca mata yang berbeza. kerana saya nampak yang sebaliknya.

wallahua'lam.

baihaqi said...

aah betul, sebab tempat kita berbeza...
di jordan , jmaah bgerak aktif tarbiah...
ana lihat dr konteks general,...Malaysia, Mesir, dll~ :)

lili suriyani said...

ape maksudnya 'dipihak yang sama'?

.sekadar ingin tahu.

baihaqi said...

to Ya sudah tentu, kau memang hamba-Nya toksah poning2 pk, ok!

oh, kami dari pihak Jemaah Islam :)

(dan tak perlu pem"brand"nan jemaah utk mengelakkan sebarang sentimen berbangkit yang sia2.)

selamat beramal! :)

Anonymous said...

Hahaha !! aduh. kedebush kne ketok dgn tuan punye blog.
maafin ya pak.
trima kasih ya pak.

gue akan sama2 ke al-azhar tahun ini. Moga kita berjumpa disana. peace !!

Anonymous said...

ana tertarik dgn ayt nie..

"maka wujudlah ISMA juga JIM sebagai jemaah Tarbiah yang mengisi lompang-lompang pada PAS"

cb bc buku visi dan misi gerakan islam karangan fathi yakan.

kalau PAS punya kekurangan kenapa tdk ditutup kekurangan itu??

kenapa perlu mewujudkan jemaah baru??

baca dan hadam buku tue

wallahu'alam..

baihaqi said...

to anonymous...

oh ya, sudah dihadam... :)

tidak semua pemikiran yang diterbitkan dr. fathi yakan boleh diterima pakai. seperti pmikiran beliau yang menghentam jemaah2 lain.

perlunya muro'atan dalam perkhilafan..

sila baca fiqh ikhtilafiat , yusof qardawi.. :)

-----

satu soalan bagus,
tapi, meh saya panjangkan soalan tersebut...

jika sudah ada ikhwanulmuslimin dimuka bumi ini kenapa perlu adanya pas?
jika salah satu ciri2 wajib jamaatul inqaz itu adalah "alamiah" yakni bersifat universal...
dan adakah jemaah Pas itu hanya bersifat setempat sahaja..?


oh, sila la ke azhar...ngaji baik2 ye.. jgn jdi spesis ust tak guna macam ust2 azhar yg telah ana terjumpa dan terfikir , ""abislah anak aku nnti kalau ustaz dierang camni..bek aku ajo anak aku agama sndr""...:P

ana universiti mansurah kuliyah perubatan, mansurah-manchester programme...
tahun 1

h a r i z, H said...

oh, sila la ke azhar...ngaji baik2 ye.. jgn jdi spesis ust tak guna macam ust2 azhar yg telah ana terjumpa dan terfikir , ""abislah anak aku nnti kalau ustaz dierang camni..bek aku ajo anak aku agama sndr""...:P


hahaha...mantap ayat ni ;p

baihaqi said...

haha, tak cukup mantap,

post2 akan datang insyaAllah,
aku cuba sound direct secara lebih berhikmah dan menusuk tanpa rasa pedih atau nyilu, oh apakah itu nyilu? sila tanya pada dbp..hahaha

tp masalahnya,
aku ni pemalas tahap super nak menulis...haish...

Anonymous said...

Salam ukhuwah sheikh..ana suka isi penulisan anta..ana di malaysia ni berdepan dengan pelbagai jemaah yang menghentam jemaah yang ana sertai...

boleh edarkan sewaktu usrah tak?
pohon izin

baihaqi said...

erm...ana tak pernah perasan plak ada tertulis 'hakcipta terpelihara" kat mana2 entry blog ni..:p


sila2. sila sertakan sekali alamat blog ini ya..

selamat beramal!

assniera88 said...

assalamualaikum...
hurm..
ana nak minta artikal ni bleh x?
ana tertarik dengan artikal ni..

ana nak minta izin dulu sblm ana copy artikal ni..
hope bleh lah ek bagi ana copy artikal ni..
(^_-)V paece!

baihaqi said...

sila-sila, moga dapat manfaat drpadanya..jgn lupa sertakan alamat blog..

dan juga,..
tolong doakan empunya artikel ini imannya sntiasa teguh dan istiqamah lwn nafsu...<-- ni wajib bagi sesiapa yang mengambil artikel ni.)

fuh, dunia ~ dalam rumah pon penuh godaan...hish

Unknown said...

Baihaq yang sayangkan persatuan dan perpaduan.

Moga baihaqi senantiasa menambahkan ilmu dan thaqafah dari ust2 dan abang2 medik di mansurah sana di samping membaca buku agama

:-)

baihaqi said...

huhu,

abg aizat...

terkadang thaqafah yg direka-pakai oleh golongan ahli jemaah inilah yang mencipta satu sistem pemecah-belahan ummah.

kerana tiada kejernihan dalam taqrib jemaah.

memang terdapat dua-tiga-empat-lima perbezaan fundamental.
tapi dari segi aulawiatnya tidak pula diambil kira,
...
dan bodohlah umat islam jika angelican, protestan, opus dei , catholic telah bersatu walaupun perbezaan terdasar mereka adalah sampah.

ye, insyaAllah
saya cuba menperdalam ilmu agama..

yang pastinya skeptikal pada ustaz2 dan abang2 medik di mansurah dah bertapak pada diri saya....

gagal....
gagal
dan gagal.....

terima kasih :)

budak comey said...

jika wujudnya isma dan jim untuk mmbantu, mungkin tak mengapa.
tp, wujudnya jim dan isma untuk mnghentam, rasanye tidak perlu.

apa bukti pas menomborduakan tarbiah?
kenapa perlunya wujud isma?
mungkin membalas dengan soklan,
kenapa perlu wujud pas?
mungkin kah isma jemaah umm? atopun pas?

memang prioriti pas politik. kalo tidak pada politik, bagaimana kita ingin berkuasa.
kenapa dengan politik?

kita tengok, kenapa isma dan pas tidak sekepala?
kenapa pas dan jim tidak boleh disekalikan?
mungkin persoklan wala' yang ditolak oleh isma kunci jawapan kepada 'salah paham' ni.

tgk situasi di mesir pun dh tau camner.
cuma perlu pikir dn tgk perbezaan

sori. malah nk komen pnjang2. ni pun dh pnjang.

btw, artikel yg menarik.

teruskan usaha anda.

Mengkritik tidak bererti menentang, memuji tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik...

baihaqi said...

----------kita tengok, kenapa isma dan pas tidak sekepala?
kenapa pas dan jim tidak boleh disekalikan?
mungkin persoklan wala' yang ditolak oleh isma kunci jawapan kepada 'salah paham' ni.----------

ada rasa skeptis di sini..mungkin akibat kurang kenal dunia.

sudah jadi medan tempur la pula,

artikel ni sekadar utk memberi sedar penting kesatuan n hadaf utama.

ok.
baca dan fahamkan,
serta ambil nilai2 aksiologi....

tekuni
dan fahami konsep jmaah dalam jemaah....(groups within the party)
alternatif utk kesatuan pelbagai jmaah

contoh tokoh, dr lo' lo'...
ditarbiah JIM, ahli parlimen Pas...

hurm...
faham2 lah ye,

Memilih Al-Imamah Al-'Uzma bukanlah tmasuk dalam rukun-rukun akidah dan asas agama., walaupun ia teramat penting dalam perlaksanaan syariah islam,

tetapi, proses pembentukan dalam menuju kepada wujudnya imamah al uzma tulah yg dah kucar kacir...

ribut kerana bodohnye aktivis jemaah.
trlalu tergesa2...

dan kurang kenal dan tahu peripentingnya taqrib jmaah.

itu yang artikel ni cuba terangkan.

kalau masih bertegas dengan kebodohan tu,
mimpi lah utk kmenangan islam...

ok..malas lah nak btekak.

sedang opus dei dan yehovah servant pun boleh taadud.

baihaqi said...

and yes...
for me,
the concept - group within the party- is a Must.

tkadang jgnlah jumud sgt...

jangan akibat dah dalam satu jemaah tu, jd taasub dan buang dinamika berfikir.

cuba fahami idea-idea perjuangan yg berbeza..
kalau tak,
macam mana nak bersatu?

budak comey said...

yup.
the grup within the party.

amek situasi di mesir.
pmram, bakan.
maybe boleh dikatakann begitu.

tp kalo masuk isma dan jim,
rasanya tidak bertepatan.

eih rakyak?

Apapun, jemaah dalam jemaah adalah bahaya.

baihaqi said...

sila tgk contoh yg diberikan diatas...
serta fahamkan scara betul2 faham.

jgn tak faham terus lawan.

Adam Lee said...

BEST!!! Idea dan kefahaman yg best!!

baihaqi said...

hehe, blog adam lagi best! :P

fieqa said...

salam..
hamdalah!.br smpat membaca btul2..

wah2..
tak terkate la bile baca post nie..
maap lmbat membaca..:P

mmg teringin nak baca coz tgk comment byk plus highlight2 dia menarik hati ntok membaca..=)

ada jugak nk comment, tp x tw nk susun ayat..heh~..
biarlah ku menafsir sendiri..

insyaAllah.faham jugak la artikel nie..
~terasa kekurangan diri.byk betul benda y x lagi didalami especially bile comment2 di atas sebut sal buku2 tu..huk3~

pe2 pon, nice post!
minta izin copy ye..bley jd bahan usrah..hehe..=)

salam ramdhan!..

baihaqi said...

nak sambung baca komen diskus?

tgk sini--> http://xserata.blogspot.com/2009/07/mual.html

:P

Anonymous said...

ahmad baihaqi

masih terlalu jauh perjalanan kita
carilah ilmu sebanyak mungkin
mantapkanlah tarbiah baihaqi
aqidah, ibadah, thaqafah...
mantapkan ilmu agama dan dakwah islamiah semoga suatu hari nanti
baihaqi dapat menjawab semua persoalan ini...

melakukan sesuatu itu adalah lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa walaupun apa yang kita lakukan itu gagal...

bergurulah, ikutlah manhaj tarbiah yang sebenar supaya satu hari nanti ana sebagai muallim di KISAS dapat berbangga melihat anak murid yang menjadi daei yang hebat...

Humairah said...

saya jrg meninggal jejak
namun bahasamu enak

teruslah dgn semangat
yg bernadikan makrifat

Anonymous said...

copy.. syukran