Jan 7, 2013

Yang tertangguh.


Seperti  fikiran engkau memasuki sebuah lohong yang pada relung dadanya ada kebun eden berhiaskan bianglala yang memukau, Jika ingin digambarkan sebagai sebuah perkampungan, ianya utopia, jika di ujung timur bumi dibalik gunung ganang dan awan-awan, ianya shangri-la, jika di akhirat setelah ruh melepas jasad, ianya syurga yang melunaskan segala keinginan jua khayalan ideal kehidupan kau inginkan.

Di sana, puput wayu hangat gontai membelai jasad kau, pohon-pohon hijau berbuah senantiasa yang mengumpul buah-buahan segala jenis musim, serta jua buah-buahan yang kau tiadapernah tahu atau wujud. Kepul-kepul awan menjadi ranjang peraduan kau yang empuk-empuk malah mengalahkan segala tipe kasur yang pernah terjual. Senaraikan sahaja Dunlopillo, Slumberland, Habitats, Myers atau Harrison. Semua jadi sampah setelah kau jatuhkan tubuh kau atas awan itu.

Ahh, nikmat!

Kiranya dalam suatu jangkamasa kebahagiaan itu menjatuhkan kau ke daerah separasedar bersama-sama anggur purbakala yang berlanjutan mengaliri salurdarah kau, seperti mengalirnya morphine melalui IV di rumah-rumah sakit kepada pesakitnya menjadi ekstasi. Ini belum lagi dikhabarkan tentang perawan rupawan jelitawan yang montok-montok tak terkalah oleh bilangan Morning Musume ataupun Pejoget keding SNSD  yang sentiasa bergelut untuk meladeni shahwat kau yang entah bagaimana orgasm berganda-ganda nikmatnya.

Lalu, kau menyimpulkan,

"inilah kebahagiaan dan ini perlu disebarluaskan!"

Maka dengan lelahpayah kau keluar dari lohong kenikmatan itu. Kau memasuki semula lempung tanah yang membaluti ruh kau dahulu. Kau berjalan pulang semula ke tempat asal engkau, tempat kesedihan seluruh warga juga murba seperti engkau yang kau rasa mampu untuk ubah menjadi bahgia. Tempat bertanah itu juga menyedarkan bahawa kaki kau masih berjejak di atasnya dan bernafas, bukan lagi berehlah di awan, kerna jika dijenguk ke atas tiada lagi garisbulat bercahaya, dan pelepah sayap yang mengawang-awangkan jasad kau juga telah lenyap. Ya, kau telah hidup.

Kencing dan me-nyahtinja.
Seperti aku.

Setelah itu, dengan korban yang telah kau lalui untuk semata-mata  menyebarkan tentang tempat nikmat itu padaku dengan segala realiti keduniaan yang telah lama berlegar melatari kehidupan aku.

Bagaimana mahu kau mulakan?




* aku ingin tulis cerpen. tiapkali mula menulis pasti kecundang dengan jiwa aku sendiri lalu berhenti. aku sendiri tiadapat pasti samada kalah aku kerana sifat tiada mahu cacat atau bahasa orangputehnya Perfectionist yang mahu hasilkan Masterpiece dalam segala macam, ataupun sebenarnya adalah sifat seorang Procastionator. Ataupun kedua-duanya ada sifat yang bertindih? aku berat yang kedua. aku yakin. haha. yang penting sifat ini menjarakkan aku dengan kejayaan. kerana gagal praktis. bukan kurang.

6 comments:

Hafeez Darraji said...

tengah aku baca perenggan yang kedua, hati aku membisik "baihaqi nh boleh tulis buku nih, boleh meletup buku kalau dia betul2 usahakan"

usai membaca, kau beritahu niat kau ingin menulis.

sungguh kau ada potensi sangat besar baihaqi. mahu menulis bukan sekali duduk dan siap sebuah buku. ada penulis yang perlu 20 tahun untuk mantapkan satu bab sahaha.

pokoknya semakin hidup kau kedepan, semakin kau punya pengalaman, imaginasi, isi untuk menulis. tapi semakin kau lambatkan untuk bermula, maksudnya kau telah bazirkan segala pengalaman, isi dan imaginasi yang berharga itu

all da best sahabat !

baihaqi said...



baru-baru merangkak ni jangan dipuji. eloknya dikritik sahaja. :)

aku sebenarnya lebih gemar tulis puisi seringkas mungkin sebab makin banyak perkataan makin buruk tulisan aku. haha

Hafeez Darraji said...

HAHAHHAA!

"berkata benar walau ianya pahit bai."
walau berat aku nak memuji tapi aku terpaksa puji :D

Minda Besi said...

Mulakan dengan BISMILLAH.. & Mulakan lagi dengan Bismillah...Lagi Bismillah...

Suka dengan tempo bukan Balada. Menghunus pena dengan cacamarba diksi-diksi asli. Istilah purbanis dalam tema imaginasi. Cuma, ada aksara yang tak beres.. hilang ditelan awan2 empuk agaknya.

Kritik ni bukan kritik [saje wat2 pandai nk kritik].

Gonawan Mohamed ada kritis tentang puisi atau prosa atau seni melalui tiga cabang:

1. Seni untuk Rakyat (Akid deih mish li sya3bi)

2. Seni Untuk Politik (Ihtimal fi nau3i kitir bihasbi zurfi al Katib: bihasbi)

3. Seni Untuk Seni <---- aku suka yang ni sbb mungkin seni untuk seni.. Welldone Bra!! haha

baihaqi said...


haha

Saya sendiri tercungap-cungap bila baca. panjang dan kurang noktah.
ingin cuba rentak balada kemudiananti.

Saya tak tahu kritik Goenawan. Mungkin beliau lupa tentang "seni dari Tuhan untuk Tuhan" . Entahlah

thanks ustadwenk! :D



p/s, mana nak baca kritik prosa goenawa tu?

Minda Besi said...

hahhaa.. mende ustat2 ni?? haha

btw Goenawan Mohamed dalam buku Kesusasteraan & Kekuasaan.. Buku ni bukan kritik sastera khusus tapi kritik Manifesto Kebudayaan di Indonesia.. Sejarah Gengsi2 kesusasteraan dan era revolusi sastera rasanya.. dop ingat dah intinya apa lagi..

Selamat FOKUS utk exam doloh!! ehehe