Jan 13, 2013

Segala Nama

(dan yang satu itu)

Campakkan sahaja nama Tuhanmu ke tanah
Biar dipijak-pijak, pecah menjadi tiga
Sambil kau sujud padanya
Menanti diampun dosa.

Atau lambungkan ke langit
Biar direbut, ditagih hak menyucikannya
Diubah menjadi sapi
Tuhan berkepala tiga
Atau berhidung babi.

Sejujurnya engkau
Adakah suka?
Di celah-celah ratib celaka itu
Terselit nama Yang Esa?


Baihaqi,
Mansurah Ad Daqahliyah.



*re-post. aku tulis ini satu tika dulu. waktu bara jiwa masih bersisa...dan harini aku ada final exam  =="

2 comments:

Abesa007 said...

saya selalu merasakan sajak ini sangat beremosi,

apa pun selamat berjaya untuk peperiksaan anda, baihaqi

:)

baihaqi said...

apa khabar? lama tak bersapa.. :)

maaflah, puisi saya sentiasa ada cacatcelanya. lumrah orang belajar.. kan? hikhik :p

minta tunjuk ajar ya