Jan 22, 2013

idola

i.

Wahai hati nuraniku
Tuhan tidak pernah mungkir
mencatat setiap angka
dan nilai hitungan paling kecil
ke dalam akaunNYA
di rumah keadilan....!

ii.

Tiada bezanya
di penjuru mana sekali pun kita
kita tetap sama
menghirup udara segarMU
kerana kita di bawah langit yang sama.


iii.


di usia senja
akukah pelayar ilmu
yang dahaga
di dada samudera
tak berpantai
tak terselam
tak terteroka
yang tercatat hanya
setitik mutiara kasih....!


-Mama-

220113


(elipsis mama terlebih setitik. haha :p) 



2 comments:

asma said...

Edit je , buangkan titik yang berlebihan dan betulkan ejaan , boleh juga edit yang lain-lainnya.

Anonymous said...

Wow.