Aku kira;
Beginilah nanti jadinya
Kau kawin, beranak dan berbahgia
Sedang aku mengembara umpama Ahasveros.
Dikutuk-sumpahi Eros
Aku merangkaki dinding buta
Tak satu juga pintu terbuka
Jadi baik juga kita padami
Unggunan api ini
Karena kau tidak 'kan apa-apa
Aku terpanggang tinggal rangka
- Tak sepadan ,Chairil Anwar, Feb 1943
*Aku tidak ingin menjadi reinkarnasi ahasveros seperti Chairil. Ya, aku tahu, Jalan ini menelantarkan kita dalam daerah yang terlalu makhfi, yang kau acapkali tanyakan "kemana kau ingin bawaku pergi?" Sedang nafas aku masih terpokah semput dalam jalan makrifat, yang aku sendiri sesakkan. Yang aku mampu berharap, ada Wayu dari langit yang memimpin dalam zulmah yang menyetubuhi alam. Dan malam itu, hanya unggun api yang menerang aspal jalan kita. Unggun api bersama Wayu yang kita harapkan membawa kepada satu pengakhiran, Bahagia.
:)
4 comments:
tinggi bahasa kau bai.mcm pernah dengar nama tu. chairil anwar.
siapa ni? eimad kah?
Kenapa guna menyetubuhi? guna perkatan yg kurang shahwatnye ya!
perkataan tidak pernah bershahwat. orang dan binatang sahaja setahu saya yang ada shahwat.
awak orang.
Post a Comment