Jiwa aku berontak sungguh-sungguh.
Berontak dengan diri aku sendiri, berontak dengan rakan-rakan yang mengikuti dan juga pada kalam-kalam yang keluar dari mulut shaykh. Ini ketika dalam satu kelas tasawwuf cuba aku lazimi yang diikuti oleh sebilangan pelajar perubatan dan juga jurusan agama.
1.Tentang hakikat. Sudah ada pula orang yang baru pelajari tasawwuf sudah terkejar-kejar mengejar hakikat.
2. Kenapa kalam-kalam yang keluar dari mulut shaykh kelihatan begitu memusuhi akal dan falsafah?
tidakkah beliau tahu bahawa akal yang difahami dalam pandangan alam islam tidak sama seperti yang difahami barat yang menolak serta menenggelamkan keupayaan intellectus pada akal dan semata memartabatkan keupayaan ratio dalam pertimbangan-pertimbangan soal fizik dan metafizik?
akal yang kita fahami yang terkandung padanya kedua itu, yang mampu juga menanggap kebenaran.
Aku berharap aku yang tersalah faham akan kalam-kalam shaykh yang begitu aku sanjungi.
Aku berharap aku yang tersalah faham akan kalam-kalam shaykh yang begitu aku sanjungi.
3.bagaimana pula tentang adab kepada ilmu dan kepada diri sendiri?
Berapa ramai yang masih belum benar-benar memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu-ilmu syariah dan akidah sudah pula disebukkan dengan karya-karya tentang hakikat ibnu arabi dan abdul qadir aljilani yang tinggi-tinggi? tidak lupa juga kitab aufaq berkisar tentang azimat-tangkal yang begitu mengujakan para asatizah.
Jangan disalahkan orang awam apabila digelar sesat, bidaah dan sebagainya.
aku tidak mengatakan salah untuk mempelajari semua itu, tetapi ukurlah ilmu didada. beradablah pada ilmu dan diri sendiri. Tidak semua jenis ilmu perlu kita pelajari pada satu-satu masa tanpa mengikut peringkat-peringkatnya.
ini sekadar pandangan peribadi.
Wallahualam.
*berontak aku pada diri aku adalah kerana kekurangan aku akan ilmu-ilmu yang perlu aku perlengkapi sebelum mengikuti kelas tersebut.
No comments:
Post a Comment