Jul 19, 2012

Tahun 5


Kalau lihat pada usaha, sumpah aku memang tak layak untuk lulus dan sampai ke tahun 5. Tetapi, segala  rezeki telah Tuhan catatkan pada kitab sana. Yang membuatkan aku tidak sedap hati apakah  nikmat dipermudahkan ini adalah Istidraj ataupun Maunah. Jiwa aku terasa serba salah kerana aku lihat ada beberapa sahabat lain yang bersungguh lebih tekun tetapi bernasib kurang baik.

Tuhan, apakah keadaan seperti ini baik atau sebaliknya?

walaubagaimanapun,
Segala puji kepada yang mahakawi, maha'ali atas sifat rahmaan dan raheemnya. belas kasihnya yang tiada bertepi, tiada hujung dan awalnya terlalu luas tidak berkira.

Alhamdulillah.

:)

No comments: