Tajuk: Kebangkitan Islam Di Kalangan Pelajar.
Penulis: Zainah Anwar.
Penerbit: IBS Buku Sdn Bhd
kajian ini walaupun diakui penulis tidaklah menayangkan keadaan sebenar kerana beberapa kekangan tetapi cukup untuk kita menghargai usaha-usaha generasi lalu yang mencorakkan perjuangan islam sekarang. Cukup juga saya kira jika sekedar untuk memperlihatkan gambaran sosial ketika zaman mak ayah kita sewaktu mahasiswa pada zaman pasca-kolonisasi yang sudah tentu nilai-nilai bawaan penjajah masih kuat mengikat keadaan sosial ketika itu.
Buku ini juga menceritakan bagaimana kegemilangan Abim yang bergurukan Syed M Naquib alattas, satu ketika dahulu yang kemudiannya mulai malap setelah diasak oleh beberapa jemaah lain dan seterusnya mengalami krisis kepercayaan setelah Anwar ibrahim selaku penggerak dengan ijtihad politiknya keluar dan menyertai UMNO, sewaktu itu, lilin yang memancarkan nyawa abim seolah telah habis sumbunya dan hanya menanti untuk padam.
Sungguh, sikap tashadud (syadid) dalam berjemaah bukanlah perkara baru malah kelihatan lebih dahsyat ketika zaman dahulu, saya kira ramai muda mudi yang melibatkan diri dalam gerakan islam perlu membaca tulisan ini supaya dapat mengambil iktibar.
Zainah Anwar juga menceritakan tentang peranan mahasiswa-mahasiswa daripada luarnegara sebagai agen pengimport ideologi-ideologi serta gerakan-gerakan dari luar masuk ke dalam negara kita. keadaan itu menyebabkan berlakunya pertembungan idealisme dalam kalangan pelajar dalam menegakkan kalimah suci di negara Malaysia. Kita akan berkenalan dengan beberapa buah jemaah seperti Alarqam, Pas, Abim, Republik Islam, IRC yang kini kembali hidup sebagai IKRAM dan ISMA.
secara jujur, saya tidak menyukai golongan islamis-haraki yang melibatkan secara langsung dalam kancah siyasah lagi-lagi yang bertitlekan ustaz mahupun yang digelar ulama. Dan juga yang secara berkobar-kobar mengibarkan slogan-slogan bersifat retorik ketika memperjuangkan islam.
Hanya pada bahagian terakhir saya rasa sifat licik penulis ini selaku aktivis Sister in Islam terbongkar. Walaupun bukanlah saya ingin menolak secara total hasil dapatan dan rumusan yang dipersembahkan akan tetapi, rumusan Zainah anwar ini menggambarkan bahawa gerakan islam ketika zaman dahulu seolah-olah bukan suatu proses yang membangun dan meninggikan keizzahan islam serta membina tetapi mencalit debu kotor serta menghukum mereka-mereka yang terlibat sebagai pemecahbelah ummat.
nota: saya tulis ini setelah 1bulan setengah meninggalkan buku tersebut. saya menulis hanya melalui ingatan saya yang lemah.
wallahualam.

No comments:
Post a Comment