Pertama sekali yang terfikir ketika masuk sahaja fatrah study leave ialah Perancangan-perancangan selepas exam, biarpun bertimbun buku-buku 'keras' tergeletak atas meja kena khatamkan tak bersentuh lagi. Kalau susun elok-elok bertompok atas bawah kesemua nota-nota Obs & Gyn Dr. Yusuf dengan nota-nota Paediatrics, Dr. Darwish mahu capai separuh tinggi aku.
Gila.
Siapa suruh kau terlebih bijak daripada lecturer untuk ponteng kelas O&G sebulan. Ibnu Sina pun baca 40 kali untuk faham tulisan Aristotle. Setiap kali dia rasa lelah payah, dia berhenti dan solat. Ini amal seorang yang dikatakan orang aqidahnya bermasalah. Engkau?
Mungkin bagi sesetengah orang, waktu-waktu kecemasan, terdesak dan suntuk adalah waktu menyeronokkan. Waktu segala yang mustahil menjadi mungkin. Seperti mengkhatamkan 3 buku non-medical dalam masa beberapa jam, future planning melangkaui 30 tahun akan datang. Blogging setiap hari melalui handphone, pergi ke pengajian tasawwuf di Kaherah, bersiar-siar di kedai-kedai buku di zamalek dan maadi.Baguslah.
Kalau kena dur thani, padan muka.
Exam dah tamat, cuti pun dah mula. Jangan pula hinakan perancangan-perancangan tu jadi sekadar berangan.
Malulah.
~
sekian lama tiada mempunyai laptop. akhirnya..
*terima kasih mama :)
No comments:
Post a Comment