Jul 20, 2012



Dia boleh biarkan sahaja semuanya berlaku seperti yang dirancang. Mungkin orang kata itu yang terbaik. Memang, tentang jodoh, rezeki, mati dan lain-lain Tuhan telah tetapkan di Kitab sana, tetapi, selagi ia tidak menjadi realiti lagi pada dia, maka ia tetap bukan yang tercatat buat dia.  Sekurang-kurang itu yang dia faham.

katanya lagi, perkara paling bodoh yang manusia boleh  lakukan ialah membohongi perasaan diri sendiri. Menjadi tidak jujur. Menjadi tidak jujur kata dia adalah perkara yang paling akan dikesali sepanjang hidup.

wallahua'lam

aku fikir, kalau mengabaikan perasaan sendiri itu membahagiakan orang-orang yang penting dalam hidup kita. Mungkin ia berbaloi. tetapi, yang menjalani kehidupan seterusnya dan hingga ke akhir hayat adalah empunya diri sendiri. Hmmm.

Bila dia meluah perasaannya, tiba-tiba wajah Shin Yu Kyung dalam drama korea, Baker King: Kim Tak Goo hadir mengacau khusyuk aku mendengar.

haha.

Aku sangat takut kalau ia jadi realiti.



~

*tahniah kepada rakan-rakan satu batch Kisas dan Mansoura yang akan melangsungkan perkahwinan.  Kira-kira ada 7 Pasangan yang telah dikhabarkan, dan insyaAllah ura-ura mengatakan bilangan akan terus meningkat. Alhamdulillah :)

*Aku tak tahu kenapa entry-entry aku kebanyakan bersulam kekecewaan. Mungkin orang-orang disekitar aku adalah mereka-mereka yang patah hati. Putus harapan. dan mungkin secara tidak sedar, aku juga tidak terkecuali. Wallahualam. :p

4 comments:

Hafeez Darraji said...

i second that bro!

baihaqi said...

laju je ko komen kalau pasal emo-emo ni.

haha :p

Hafeez Darraji said...

HAHAHA!

Cehhh. pengalaman hidup doe. kau sanggup lihat manusia menderita dalam situasi yang sama yang pernah kau lalui?

hallaaaa!

Happy Ramadhan :D

, said...

selamat mengumpul semangat untuk menikah bhai.