Jun 28, 2012

Mursi


Seperti yang lain, Aku ingin cuba tersenyum dan gembira atas kemenangannya, tapi malangnya ada sesuatu yang menahan. Aku terhenti, jadi tidak mampu.

Entah, kenapa ketika itu Aku terbayangkan bagaimana perasaan abu bakar merintih sedih selepas manusia termulia menyampaikan berita gembira, bahawa agama ini telah lengkap sempurna.

Ya, itulah waktu keriangan yang tak terhingga bagi khalayak ramai, bahkan seluruh alam. Tetapi bukan buat abu bakar. Kerana beliau mengerti hakikat disebalik peristiwa itu.

Beliau belum bersedia untuk itu.

Dan aku,
Aku takut kalau segala bekal yang aku cuba persiapkan ini tidak mencukupi untuk menghadapi saat itu. Aku yakin tidak akan cukup.

Saat itu sangat hampir. Saat itu nabi gambarkan hanya berjarak dua jari.


*Nota. Aku diatas bukan saya. Saya sekadar mengolah kata-kata seorang kawan.

2 comments:

'ammar ziyadi said...

Athar Abu Hurairah RA menceritakan :

Sebelum kemunculan Dajjal, Mesir ketika itu diperintah oleh seorang pemerintah kuku besi, yang bernama Ham (Ha dan Mim, ada yang berpandangan Ham itu ialah Husni Mubarak), dan selepas kejatuhannya, akan digantikan dengan seorang pemerintah yang adil.

Apakah yang terjadi selepas itu?

1. Kembalinya sistem khilafah
2. Berlakunya peristiwa berdarah di musim haji
3. Kemunculan Imam Mahdi (diserang oleh tentera Sufyani)
4. Kemunculan Dajjal
5. Kemunculan Nabi Isa AS
6. Dunia menjadi aman
7. Kemunculan Yakjuj dan Makjuj yang merosakkan dunia
8. Dunia kembali aman setelah Yakjuj dan Makjuj dihapuskan oleh Allah
9. Manusia hidup dengan senang dan aman
10. Manusia semakin lupa dan kembali sesat
11. Matahari terbit arah barat
12. Muncul Daabbatul Ardh
13. Keluarnya asap Dukhan
14. Orang beriman dimatikan oleh Allah
15. Terkeluarnya api yang besar, yang menghalau semua manusia ke Syam
16. Berlakunya kiamat, kehancuran yg total
17. Semua mati - sangkakala pertama
18. Semua hidup - sangkakala kedua
19. Semua manusia ke Tanah Mahsyar
20. Dihitung, dihisab, ditimbang...
21. Samada syurga atau neraka

(cadangan rujukan : al Isya'ah Li Asyratis Sa'ah, karangan al Barzanji)

daripada ustaz mujahid. bermaksud yang ini ke?

baihaqi said...

Err. Taktahu pula dia maksudkan yg ni. Wallahualam