Sambil berteleku, tubuhnya bergoyang perlahan kedepan-belakang berulangkali. bibirnya berkumat kamit, manakala, jemarinya seolah-olah menghitung kiraan kamitannya.
Selepas pagi subuh dan setiap petang asar, aku gemar melihat perilaku tindak tanduk dia, lebih tepat sebenarnya, aku rasa kagum. Dia pernah beritahu aku dahulu, ada dua wirid yang paling digemarinya. pertama adalah wirdul latheef imam al-haddad dan yang kedua adalah wird Al-imam An-nawawi.
Pada mulanya aku memang skeptikal dengan segala bagai wirid-zikir-hizib yang pelik-pelik, yang entah dari mana wujud dan mungkin direka-reka. lebih-lebih lagi bila satu tika dahulu bekas mufti perlis Ust.Asri Hafizahullah membidaah "Majmuk sharif Kamil". Maka, berkobar-kobarlah, orang-orang muda seperti aku yang dangkal lagi cetek ilmunya ni ikut-serta bahtera perubahan yang dibawa beliau untuk membuang segala perkara yang katanya menyulitkan lagi islam.
aku pernah tanya, kenapa dia gemar dua wirid ni berbanding al-mathurat albanna (atau Dr Asri hfzhullah sendiri*) yang memang sudah sohih ada sanad hadithnya? Jawab dia, segala susun ayat pada wirid kedua ini walaupun dia tidaklah faham semuanya, tetapi bagi dia sangat cantik, segala pujian, segala rintihan dan permintaan yang ada pada kedua ini dekat pada hatinya. Dan dia tahu bahawa ini adalah Puji dan rintih Ulama-almuhtadin yang mengarangnya, yang lahir dari benak dan kalbu suci mereka terhasil daripada kefahaman Quran dan hadith juga, bahkan mereka lebih memahami. Walaupun ini sekadar jawapan peribadinya dan tidaklah se"gah" serangan yang dilakukan oleh pihak tertentu, dengan jawapan seperti ini terlerai dan lenyap seluruhnya kusut ragu aku.
" Boleh aku tanya soalan lagi? "
" boleh, kenapa? "
" kenapa kau kira setiap zikir yang kau baca? kira pahala ke? Sedangkan nikmat yang Tuhan bagi pada kau sungguh banyak tak terkira, Jadi bukankah lagi elok kalau zikir itu juga dibaca terus menerus setiap saat tanpa kira-kira?" . Soal aku dengan rasional seorang salik amatur.
tanpa berlengah walau seketika, dengan lembut dia jawab;
" Sebenarnya mad, aku tidak kira pun. Aku cuma mahukan setiap inci tubuhku juga berzikir sekali, bukan sekadar lidah, malah jemari aku, dan seluruhnya dengan caranya tersendiri mengingat Tuhan. Agar di akhirat kelak, mereka ini yang akan menjadi saksi bahawa aku telah berzikir mengingati Tuhan "
" ........ "
Jujur, Aku tergamam.
~
* Di Kisas dahulu, selain membaca mathurat albanna. ada satu lagi mathurat yaitu yang dikarang oleh Dr Asri hafizahullah taala.

3 comments:
Adakah org yg kamu selalu cerita ni org yg sama?
Sungguh kagum padanya....
haah, orang yang sama.
ikutilah sunnah
Post a Comment