1 am.
Aku sedang berbaring menikmati novel Faisal Tehrani, Maaf dari Sorga sambil menanti mata terlelap, dia pula masih khusyuk duduk disebelah aku menghadap meja studinya. Sudah 5jam berlarutan aku kira dari mula aku menelentangkan badan atas katil dia. Sesekali aku cuba mengusik, dia sekedar mencebik dengan renung mata yang pelik. Ah, biarlah, aku cuma ingin menceriakan suasana kusam sunyi tengahmalam ni.. Hampir setengah jam kelopak mata menjadi hipokrit, tak juga terlelap. Tiba-tiba, dia sahut nama aku, aku beliakkan mata dengan malas.
"Mad, kalaulah tiba-tiba ada peperangan ataupun bencana alam ke, ataupun keadaan-keadaan genting berlaku, dan dihadapan engkau ada dua orang, seorang muslim melayu dan seorang lagi cina kafir, yang tengah bergelut antara hidup mati, dan kau cuma mampu selamat seorang je, kau rasa, kau akan pilih siapa?"
"mestilah yang muslim, kenapa?". aku tak fikir pun sebab aku lebih tertarik kenapa soalan ni tiba-tiba keluar.
"aku rasa, aku akan selamatkan yang non-muslim dulu. Sebab orang yang dah mengucap semua akan masuk syurga kan? tapi kalau kafir, diorang tak dapat masuk syurga langsung kan? kita tolak tepi dulu yang munafik. Aku cuma tak mahu penghuni neraka ramai, kalau yang kafir masih hidup, dia ada peluang lagi dapat hidayah kan? Kalau boleh, aku nakkan semua penduduk bumi ni sama-sama masuk syurga. boleh ke macam ni?"
Aku dah agak. Dia akan bagi jawapan macam ni. memang itu yang mengalir dalam darah dia.Cinta.
~

3 comments:
untung dapat kawan macam tuh :)
siapalah kawan kau tuh. aku ingin tumpang aura cinta dia.
p/s: ke imaginary fren kau je? hihihi
pemikiran hebat.
Post a Comment