Apr 17, 2012


satu.
Aku masih tidak faham kenapa sulit sangat untuk mereka memahami erti kemanusiaan. sedangkan, kewujudan kita dibumi ini telah ditentukan sebegini rupanya, semenjak lahir, tempatnya, keluarganya, kepercayaannya, bangsanya dan lain-lain yang kita mahu atau tidak, itu adalah kita.


dua.
andaikata aku dilahirkan yahudi. di ajar sungguh-sungguh tentang agama yahudi tanpa ada sekalipun cubaan-cubaan oleh yang tahu akan kebenaran untuk mengajarku dan membimbing ke jalan yang "benar". jadi, realiti aku adalah seperti yang dibawakan oleh ajaran yahudi. Baik buruknya, ibadahnya, atau dengan kata lain, "welthaanschauung"nya.

tiga.
andaikata  engkau dilahirkan syiah, dilahirkan dengan faham-faham keagamaan yang penuh emosi tentang kecintaan, kebencian melalui pengalaman pengalaman sejarah yang telah didoktrin semenjak lahir mengenai Rasul  dan keluarga junjungan engkau. maka, engkau juga akan meyakini sungguh-sungguh setulus-murninya apa yang  dibawakan oleh para pendahulu engkau, termasuk ibu-bapa engkau yang kau cintai.  sujud rayu kepada Tuhan yang sebagaimana kau percaya, tawasul kepada para auliya, dan bertaqiyah seperti yang diajarkan,lalu bersungguh-sungguh menyebarkan apa yang kau yakini.. maka segala itu menjadi realiti bagi engkau.

empat.
dan tiba-tiba ada satu kelompok yang mengeklaim kebenaran mengecam kematian kepada engkau dan aku. dan kalau-kalau malang menimpa kita, mereka tiada membantu atas alasan kita adalah daripada kelompok bathil yang harus dijauhi. paling keji dan hina yang berlaku apabila permainan sentimen mula berleluasa dalam komuniti  pengeklaim kebenaran, segala amal ibadah kita adalah dituduh sesat, kita-kita ini adalah ahli neraka jahannam. dan dengan sentimen ini akan terbitlah usaha-usaha menghancurkan kita. Sudah tentulah jiwa kita yang menganuti seperti apa yang dicorakkan pada kain putih kita semenjak lahir terasa tercabar dan terhina. sudah tentulah kita akan cuba pertahankan sungguh-sungguh kepercayaan itu. 


Apakah nilai kita ini  jauh lagi rendah dari binatang? sehingga timbul nilai ganda ( double standard ) terhadap kemanusiaan hanya kerana kepercayaan?




* semakin lama aku terasa jelik dengan pembongkar "kesesatan" yang berkopiyah, yang suka mengangkat sentimen kebencian. dengan ayat-ayat kesat yang menyakitkan. Apakah itu dakwah? Apakah dengan menyebarkan perasaan kejijikan engkau terhadap "kesesatan", kau terasa muliya? ya, tujuan kau sungguh murni untuk menyelamatkan Aqidah. tetapi kenapa kau borong sekali kata kesat yang tiada faedah? sehingga melunturkan kemanusiaan kepada mereka. Yang salah adalah ajaran mereka (bagi engkau) , tetapi tiadalah sehingga merendahkan tahap kemanusiaan mereka!

perkataan "sesat" bagi aku sungguh kasar dan mnenyakitkan, sungguh. tukarkanlah kepada sekadar mengatakan, Mereka telah "tersalah" faham.

7 comments:

Nur said...

ya.

semacam mau jadi macam machiavelli pun ada jugak macam tu.

bab akhlak, empati, nilai-nilai murni; semua tolak tepi.

asalkan dia tau dia betul.

baihaqi said...

kan.

takut-takut, yang ramai dineraka nanti bukannya yang sesat. tetapi yang menganiaya golongan sesat!

, said...

mungkin karna quran juga melabelkan mereka sebagai golongan yang SESAT. bukan tersalah faham.

"Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang SESAT dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk" [al-Qalam : 7]

baihaqi said...

baca tak perkataan "Tuhanmu" sebelum perkataan sesat tu?

, said...

garangnya

baihaqi said...

haha.

sememangnya, setelah tulisan termaktub, maka penulisnya seolah mati. dan tulisan terbuka kepada andaian2.

dengan ayat pertanyaan pun orang boleh tafsir dia garang atau tak. hahaha

aku bukan aku said...

aiwah, sangat cantik tulisan ini.mahu curi, boleh?