Apr 6, 2012

Terima kasih,

Persepsi org kita tak boleh kawal. Berguru itu penting, dan berkata tak tahu pun sama penting. Kalau tidak, selamanya akan perasan tahu dan hebat. Bukan dengan cara mengalihkan kepada alasan-alasan.

Hal dia dengan tuhan itu rahsia. Jangan lupa, Hal dia dengan manusia pun diperkira.Aku bukan perasan bagus. Aku pun manusia.

Kalau begitu haramkan sahaja segala penerbitan buku. Ataupun, kau labelkan jenis jenis buku yang dibenarkan baca oleh orang orang kurang beraqal seperti aku. Supaya aqal aku tidak melampau batas yang digariskan orang yang bercahaya tujuh syurga dimuka yang memimpin gereja islam.

Kau sedar kita hidup di zaman apa? Jadi mereka mereka ini sepatutnya bekerja lebih keras, lebih tekun , terbuka dan membaca. Kerana mereka mereka ini ibarat penjual minyak minyak attar dari syurga, mengharap cium baunya pun satu cita yang tak tergambar.

Jadi, seperti aku sebut sebelum ini, hanya orang bodoh di indoktrinisasi.
Aku cuma ingin kejelasan. Yang boleh aku benar benar yakini. Yang dapat membuka topeng topeng aku. Yang mampu menghilang gundah aku. Yang buat aku rasa bermakna.

Selagi tak tahu aku akan cuba bertanya dan merendah hati sesungguhnya kepada yang sepatutnya. Ataupun diam.

Sehingga aku tahu apa yang aku tahu.
Bukan lagi berpura-pura tahu.



P/s: Takrif manusia adalah rational animal / hayawan an-natiq. An-natiq, Yang Bertutur dengan makna, sekaligus memejamkan sebelah mata kita dan melihat predikat/differentia-nya sahaja. Subjek/Genus-nya dilupakan. Itu yang salah.


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: