kerna kau hanyalah Nol-nol yang berlegar-legar pada bumi
yang senantiasa terlupa.
pilu lagi menyakitkan, bukan?
*sungguh, firasat waliullah itu benar. bahkan menakutkan bagi orang-orang hina seperti aku. jika pada mata mereka tersingkap kedudukan hubungan kita dengan Tuhan. Dan aku amat bersyukur. walau seketika, atau sesaat, jika nama aku disebut pada bibir mereka. atau terdetik dalam hati meraka kerana mereka adalah yang hampir kepada Tuhan. sebenar-benar menyempurnakan dan membuktikan diri sebagai ahsan taqwim ciptaanNya.
*selepas rehlah ruhiyah. aku semacam ingin tinggalkan segala-galanya keduniaan duduk dalam kesendirian- seorangan , membiarkan segala diri lelah kering membaca-memuji-menghayati-mengimani......sehingga mati.
4 comments:
keseIMBANGan.
perkataan seimbang, wasatiah dan sebagainya mmg amat mudah untuk diungkap oleh bibir-bibir manusia yang "hebat".
malangnya saya cumalah silemah yang cuba untuk merendah diri. tetapi..
sudah berjumpa Tuhan?
tidak semuliya itu untuk bertemuNya lagi. tetapi itu,adalah cita bahagia sukma yang hakiki, Ru'yatullah.
:)
Post a Comment