Tahun 1995...
"Ma, amad nak tukar nama sebab nama amad pelik, amad tak suka"
"amad nak tukar nama apa?"
"Idris!"
---
Oleh sebab ingatan aku memang teruk.
aku tulis supaya mengingatkan aku di masa-masa tua nanti, dialog-dialog, kisah-kisah,pengalaman-pengalaman kabur yang masih tersimpan, sebelum segalanya menjadi serpihan yang lebih halus dan luput di telan zaman, saat-saat aku telah tiada siapa-siapa lagi untuk dikenang.
ketika itu,aku tahu hanya masa lalu peneman sejati. :)
tentang diatas, aku sendiri tak ingat apa sebabnya aku memilih nama idris. dan sekarang aku cuba rasionalkan dengan segala serpihan-serpihan ingatan yang kabur.
Dahulu, selain power ranger, ultraman dan baja hitam yang jadi kegilaan aku setengah mati, aku juga peminat tegar kesah-kesah nabi. Jujur. walaupun sangat kabur. dan aku pun tidak pasti samada aku mendengar kisah nabi idris ini dari mama sendiri ataupun oleh cikgu-cikgu tadika di taski abim.
Yang aku ingat. waktu itu aku menganggap nabi idrislah yang paling cool sebab berteman rapat dengan malaikat jibril dan dapat masuk syurga ketika masih hidup berbanding nabi-nabi lain. Oleh sebab terasa sungguh cool tak terkata, sehinggakan yang paling aku tak lupa aku telah mencipta satu bidaah yang..err entahlah..apa yang bermain dalam kepala waktu itu pun aku tak tahu. Selawat untuk Nabi Idris. = ="
"Allahumma solli ala saidina idris wa ala alihi idris."
ps: aku mahu terus menulis sebanyak mungkin. setiap hari, menulis dan terus merakamkan kenangan, fikiran dan paling tidak adalah perasaan, melalui perkataan-perkataan, huruf-huruf, titik noktah, koma, sengkang dan smiley. walaupun aku tahu, terkadang ianya kosong nilai. biarkan. aku cuma mahu menulis. Menulis untuk mengingatkan aku bahawa aku juga adalah manusia.

4 comments:
22 tahun yang lalu sedang duduk berbual-bual dengan abang pik ketika itu berusia 4tahun , dia bertanya ,` mama nak bagi nama apa adik Pik dalam perut mama ni`? , laki-laki kan ma? ya , doktor kata,`laki-laki` , mama nak bagi nama ahmad baihaqi , mama suka sangat nama tu.
Pik pun suka ma,betul , janji , mama jangan tukar nama tau , kita bagi nama ahmad baihaqi ye ma. (itulah kenangan 22 tahun lalu mad . Dengan takdir Allah,mama lahirkan amad sendirian di katil wad 1D HBTAR , sedang duduk di kerusi tepi katil sendirian,tiba-tiba terasa sangat sakit,mama pun baring atas katil , terlahirlah amad di situ , berlambak darah , mama tekan loceng nurse pun datang sengeh-sengeh,mama kata , maaf nurse saya terbersalin di sini,....tak apa dik , kalau macam ni punya senang , kau boleh beranak tiap tahun,kata nurse tu sambil gelak panjang , lepas tu barulah mama di bawa ke bilik bersalin. Begitu mad , barangkali sebab nak namakan ahmad baihaqi , Allah mudahkan. mama tulis ni untuk ingatkan kembali; amad, anak mama dan kenangan mama melahirkan sendirian ...sedih mad , mama ditinggal sendirian - hantar ke hospital , terus tinggal .
Hihi.
Terima kasih ma, sbb lahirkan ahmad.
Ahmad suka je nama baihaqi. Dulu, waktu tadika sebab selalu kena ejek.
Takpe ma, moga Allah beri ganjaran yang terbaik untuk mama kelak, inshallah. :)
comel.
ahmad baihaqi.. bagus nama tu.
Post a Comment