kali ini aku menjadi penyelamat penagih dadah di alam futuristik, yang kemudiannya menagih dadah ciptaan aku sendiri. kelakar lalu membingungkan. Beberapa hari kebelakangan ini, mimpi-mimpi semakin jelas.ibaratnya aku menonton filem dikala tidur. mungkin ini hikmahnya tiada laptop. kuranglah masa dibazirkan. cuma kali ini, selepas terjaga dari tidur aku terfikir sesuatu.
Apakah masa hadapan, masa sekarang dan masa lalu itu berjalan serentak? apakah masa itu terikat pada ruang? dan adakah mimpi yang berubah-rubah adalah gambaran masa hadapan yang rencam?
atau, adakah mimpi itu realiti sebenar? dan hidup aku ini adalah mimpi? apakah ketika tidur, aku berjaga pada realiti yang satu lagi. dan ketika jaga disini, aku tidur di realiti yang sana?
haha.
dalam hidup aku banyak mimpi yang jelas dan masih aku ingat sampai sekarang. Mimpi muka berubah menjadi syaitan ketika tingkatan 3, mimpi bertemu "penjaga" kisas yang mengatakan mata-mata kejahatan telah terbuka di Kisas ketika tingkatan 4. dan macam-macam lagi.
aku pernah bermimpi kiamat selepas sahaja emak (nenek) kesayangan meninggal dunia, kalau tidak silap waktu itu ketika berada dalam darjah 3. dilihatkan orang-orang yang telah mati dihidupkan semula, dan emak (nenek) ketika itu tersenyum sambil memegang bayi, suara dahsyat yang seakan-akan memberitahu, inilah kiamat. dan gambaran yang paling epik dan diingati adalah disaat menanti matahari terbit dari barat beramai-ramai.
memang insaf waktu tu.
p/s: selalu bermimpi tentang jodoh. dan setiap satunya berubah-rubah. haha
9 comments:
"atau, adakah mimpi itu realiti sebenar? dan hidup aku ini adalah mimpi? apakah ketika tidur, aku berjaga pada realiti yang satu lagi. dan ketika jaga disini, aku tidur di realiti yang sana?"
kan. ini juga persoalan yang selalu bermain dalam kepala setiap kali datangnya mimpi yang..terlampau jelas.
dan seringkali jadi terhadap saya, tatkala saya mengalami deja vecu ( atau mungkin deja vu saja), saya pantas dapat track mimpi yang mana satu.
ada orang kata(baca entah dengan mana, lupa-)roh kita..yang dalam mimpi (waktu kita tidur)pernah jalan terkehadapan..punya kebolehan pergi ke masa hadapan.
entah.
makanya, balik kepada persoalan tadi.
kita, yang sekarang ni, sedang mimpi atau apa. ke, yang masa hadapan tu yang sebenarnya..real?
Amerika, oleh ridhwan saidi memang nyata-nyata cuba sampaikan ini.
haha.
saya rupanya cuma mngungkap kembali soalan2 yang dikemukakan oleh chuang tzu tentang falsafah mimpi rama-ramanya.
dan ramai lagi filasuf juga membincangkan soal ini. :)
tntg deja vecu, kita berdua sama, mungkin semua orang pun sama, tetapi hal-hal seperti ini katanya mainan tidur dan tiada diberi endah. sedangkan dalam islam juga, mimpi ada tempatnya tersendiri.
jom kita kaji dari sudut pandang sigmund freud tntg mimpi. selain melihat tafsir2 ibn sirin. hehe
keseharian- akan menjadi jemu, bosan dan kusam kalau perkara-perkara yang dikata remeh ini tiada diberi perhatian.
hidup ini pendek. maka indahkan :)
oh ya. novel amerika tu. best?
mad , semakin banyak membaca semakin berilmu , semakin tunduk dan semakin lunak bahasa , kurang amarah rasa pada sesiapa sahaja ... . realiti hidup kena berdepan dgn bermacam ragam yang utama bagaimana mendepani yg beragam itu .
mama, kita kan diajar adab. jadi, untuk orang-orang biadab pun perlu diajar. kalau tidak akan terus biadab.
blog ini ruang peribadi. jadi, perlulah ikut peraturan peribadi yang mengaturnya. haha
tidak rugi bahkan kelihatan manis kita menggunakan bahasa yang murni untuk mengajak orang beradab , dalam berbahasa juga ada adabnya . Ruang peribadi yang boleh dibaca oleh semua orang !
ye lah mama.
=="
t kasih mad , moga Allah lindungi , pelihara dan berkati ahmad ... dan moga Allah menyayangi ahmad lebih dari kasih sayang mama pada ahmad.
Post a Comment