Mar 28, 2012

Perjalanan kepada "makna"

Aku tak tahu mana silapnya. Mereka secara tidak segan silu bermegah-megah dengan ilmu di khalayak, ilmu yang ditalaqqi bersama para mashaikh. Hanya mereka yang benar, ilmu yang benar. Benar-benar akan masuk syurga. Mungkin ini satu fasa kepada semua penuntut universiti yang dijuluki sebagai pusat khazanah ilmu islam dunia. Sindrom yang paling memualkan dan menyakitkan hati.

Kepada yang terbatas kemampuan, seperti aku, hanya buku-buku jadi peneman untuk mengisi ruang sakral lubuk nurani. Kepercayaan terhadap golongan yang berautoriti semakin menipis.menipis bak lapis getah tayar yang sudah botak menanti saat untuk pecah meletup.lalu Melunaskan segala amarah terhadap mereka.Mereka, golongan ulul amri yang disuruh para awwam untuk meletak suatu kepercayaan supaya memberi makna terhadap kehidupan.

Setelah sampai dibumi kinanah. Persepsi hitam terhadap golongan ini makin parah menjadi barah yang hidup, yang membesar, menjasad pada diri yang paling teras. Sehingga mengambil bentuk, sebagai aku. Dan aku yang dulu hanyalah sebagai bayang bayang kenangan yang mengagumi mereka.

Ketidakpercayaan itu adalah suatu batu loncatan, untuk aku menimba ilmu dari para guru-guru, berlelahan ke seminar-seminar yang jauh jauh. berkunjung ke rumah doktor dan profesor, bermalam di masjid hingga dihalau, bertemu janji dengan pensyarah, bersusah payah mencari teman teman diskusi,membentuk lingkungan sahabat yang boleh dipercayai, yang bukan atas dasar semangat ukhuwwah semata yang paling aku kurang selesa, seperti beberapa kelompok yang pernah aku ikuti dahulu, yang membuat aku sentiasa rasa kering.

Ilmu bukan untuk bermegah-megah. Walau dari mana pun sumbernya, ia tetap ilmu selagi ia memberi makna kepada kita, sebagai alamat, petanda kebesaran tuhan. Pabila tuhan wahyukan pada nabi, bacalah!. Tuhan suruh membaca dengan namanya. Kerana hanya dengan ilmu kita mampu kembali kepada keadaan fitrah kita. Yang telah berjanji setia di alam ruh, bala shahidna! Yang menyaksikan Tuhan secara sedar dan percaya. Sehingga ayat yang terakhir surah itu, sehingga ilmu itu membuat kita sujud dan dekat dengan tuhan.

Aku dengan seluruh nuraniku berterima kasih terhadap mama, yang tak lelah lelah menghantarku ke ktm, untuk mengembara kemana sahaja aku inginkan. Terima kasih mama :)

Dan kepada para guruku pertama sekali Dr.Mazwati pensyarah falsafah dan pendidikan di UIA yang mengundang aku untuk berbincang, selanjutnya kepada abang wan fayhsal yang membuka jalan kepada aku dan rakan-rakan untuk bertemu para guru-guru yang lain, khususnya Dr. Adi setia yang sungguh bertenaga menerangkan tentang sains islam, para guru kelas WISE anjuran Himpunan keilmuan Islam yang aku sempat ikuti, Dr.wan suhaimi, prof sani badron, prof wan mohd nor, dan lain-lain lagi. Seterusnya En roslan jelani yang amat dedikasi untuk mengajarkan tentang psikologi islam serta diskusi-diskusi kecil lain yang amat menyegarkan.Tidak lupa kepada kak siti fauziana yang sering memberi nasihat kepada kami.Mereka ini semua yang mengajar aku tentang "adab".

Ya, mereka semua adalah anak murid kepada Prof syed naquib alattas yang aku kagumi. Ulama alam melayu yang luhur, mujadid abad ini.

Juga kepada rakan-rakan uzlah study circle, aku berharap sangat kumpulan kecil kita ini berkekalan dan akan menyumbang pada ummat, ya aku tahu kita masih terlalu hijau. Kepada Saifulaqmal, ahmad naeem, jalil, iman, zaki, sarah, fadzil, eimad, haziq, ustaz rauf, helma dan umairah dan lain2 yang tak disebut.Walaupun jauh yang dari kaherah dan zaqaziq sanggup datang ke mansoura untuk berdiskusi. Di malaysia seperti eisma adiba, syed putra, fauzi dan kak sarah Terima kasih, terima kasih dan terima kasih. Aku amat menghargai kalian.

Moga kita menjadi yang paling tunduk dan hampir. Yang tidak bermegahan dan angkuh, walaupun kita tidak atau belum bertalaqqi seperti mereka dihadapan para masyaikh yang berliterasi arab yang diagung-agungkan, suatu hari nanti inshallah.

Teruskan membaca dan belajar semampunya!

Moga perjalanan kita ini dirahmati Tuhan.
Sehingga kita benar-benar kembali. Menghadap tuhan sekali lagi. Dengan keadaan yang paling asli.
Inshallah.


-baihaqi-


----
Ps: aku lagi menyampah kepada mereka yang malas membaca. Dan berlagak alim, bila ditanya soal untuk mendapatkan kepastian dan ilmu yang benar, mereka jawab dengan angkuh, jangan membaca buku tanpa berguru! Jangan faham agama menurut kefahaman sendiri dan puas! Membaca adalah bergurukan syaitan yang direjam. Maka golongan seperti ini berada di maqam paling rendah di mata aku, Jawapan seolah ingin menyelamatkan diri daripada dilihat sebagai tidak tahu. Mereka-mereka inilah yang aku ingin hindarkan sesungguhnya dalam kehidupan. Jauhkan daripada ahli keluargaku yang akan aku semaikan dengan budaya ilmu.


"Allah, jadikanlah aku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, pencari ilmu yang sejati, hakiki semata untuk mengenalmu. Dan sujud kepadaMu memuliakanMu seluhurnya. Sempurnakanlah wahai Tuhanku, cahaya-cahaya kami. Dan jadikanlah kami daripada golongan muhsinin. Amin."


- Posted using BlogPress from my iPad

6 comments:

Unknown said...

jalel la bukan jalil :p

umairah said...

:D well said

baihaqi said...

Xmo tukar :p

unta padang pasir said...

tak baik kot cakap or pandang org lain sbg maqam paling rendah even dia dah sakitkan kita macamana pun..taktahu di sisi Allah mungkin dia lebih tinggi darjatnya.mungkin sbb kita banyak membaca, banyak yg kita tahu, tapi belum tentu banyak ilmu kita.

baihaqi said...

Persepsi org kita tak boleh kawal. Berguru tu penting, dan berkata tak tahu pun sama penting. Kalau tidak, selamanya akan perasan tahu dan hebat. Bukan mengalihkan kepada alasan-alasan. Hal dia dengan tuhan untuk rahsia. Hal dia dengan manusia pun diperkira.

baihaqi said...

Itu* rahsia