Mar 31, 2012

Karma



Watak yang paling hampir pada aku satu tika dahulu mungkin adalah Fitrah*. Antagonist. Dan kini telah di senyapkan oleh watak watak seperti Fitri. Dijinakkan, mungkin jika masih memandang dalam perspektif fitrah, umpama manusia yang terjerat, terbelenggu dan terpenjara sehingga lumpuh dan mandul untuk berfikir, dan melaku sebebasnya. Menjadi Fitri.

Ya, jika aku memakai kacamata fitrah. Yang inginkan "kebenaran universal".Kosmopolitanisme dan liberalisme.Dan idea idea seperti itu seolah lahir dan bercambah secara alami setelah indrawi diperlihatkan dengan ketidak adilan sosial yang berlaku dan dilakukan oleh orang yang pengaku penyebar kebenaran , yang juga aku anuti.

Kelakar.
Ok.ini cerita sewaktu umur 14 tahun.

Watak tidak semesti adalah seseorang. Boleh jadi, fitri aku adalah timbunan buku buku. Semakin dalam tenggelam, semakin rasa memahami. Ya, dengan kefahaman sendiri. Kerana bagi aku dahulu, hanya orang bodoh yang di indoktrinisasi kan.

~

8 tahun dah berlalu,
entah kenapa, yang aku rasa perlu sangat di sisi aku sekarang ini, adalah seorang Fitrah. Haha.



*watak dalam novel SMS.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: