Mar 26, 2012

Cermin

Membaca dia seolah melihat diriku sendiri. Ataupun separuh aku yang telah hilang dahulu. Sisi yang paling aku harapkan bersamaku hingga kini. Aku tak ingat kapan waktunya aku telah membuang hampir seluruh watakku. Seolah lapis lapis bawang yang dikupas tanpa sedar, dikupas dan dikupas, tanpa dilihat ..sehingga paling dalam, paling mendasar.

kemudiannya hilang.

Entah berapa ketika Telah berlalu. Wujudku dalam ketiadaan. Sementara sekeliling masih berjalan seperti biasa, gurau senda, tangis dan tawa, kehidupan masih seperti masa masa lalu yang tidak terasa berubah. Walau tiada aku.

Kesunyian. Menjadi Ketidakwujudan. Nihil.

Kemudian muncul dia untuk mengingatkan aku. Bahawa dahulu aku pernah ada. Pernah hidup. Dan pernah bahagia.

Walau hanya pada baris baris perkataan. Titik noktah dan tanda seru.Di hadapan skrin petak kecil yang kelam. Dalam bilik usang papan yang tanpa jendela. Sambil berbaring. Aku terasa gembira.

Kepada aku yang satu lagi,

Terima kasih. Terima kasih dan terima kasih.



- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: