Feb 16, 2012

Pinokio 2


Entah, sejak bila watak-watak superhero dengan jenama Jahat diwajahkan dengan keadilan, kebaikan dan keamanan.Kemudian disogokkan pada kanak-kanak kecil jadi bahan tontonan. Bukankah kanak-kanak ketika itu baru untuk membina konsep baik dan jahat, benar dan salah. Belum terpisah lagi antara keduanya lalu dikelirukan. Hellboy, Daredevil, Spawn , The Punisher dan macam-macam lagi. Malahan remaja dewasa juga tak terlepas, bahkan mungkin antara masalah sekarang adalah kerana cubaan-cubaan untuk mengubah nilai ini sudah berakar mendalam sejak kecil. Akhirnyanya mereka-mereka yang duduk dikerusi empuk parlimen bertelagah seperti orang bangang.


Dunia ini makin pelik bukan?




2 comments:

Abesa007 said...

kejahatan ialah kebaikan yang tidak diberi makna

baihaqi said...

haha. itu lagi mengelirukan.:p