Seperti tuhan. tiada manusia yang mampu mentafsirkan kata-kata tuhan semutlaknya. kerana sudah tiada lagi wahyu yang turun untuk manusia. tiada lagi nabi. Kalau manusia mampu mentafsirkan secara absolut, maka tuhan sudah tiada lagi, manusia telah menjadi tuhan. bukan bermakna saya ini pendokong liberal yang menganggap quran itu sekadar raw material. Tetapi ini logik. kalau A=b, b=c sudah pasti A=c. cukuplah hanya ada C kan.
kalaupun fatwa, bukankah Ibnu Qayyim melarang untuk mengatakan fatwa itu undang-undang tuhan, tetapi sekadar undang-undang orang benar-benar layak yang digelar sang mujtahid yang cuba memahami kata-kata tuhan dengan sebaiknya.
cukuplah berlapik-lapik. sebenarnya bukan ingin membebel pasal fatwa. saya bukan jurusan agama. tetapi tentang kehidupan dan keputusan. Mudassir selalu sebut Life is all about making choices. kehidupan adalah Ikhtiyar. bila kita cuba faham kata akar ikhtiyar adalah daripada kata khair yang mengungkap makna baik, ini bererti keputusan yang salah dan jahat bukanlah suatu pilihan atau keputusan yang kita boleh tentukan. Kehidupan pula satu-satunya milik ekslusif nurani jasad tersebut yang dipertanggungjawabkan tuhan untuknya, jadi yang perlu untuk menggunakan aqal sebaiknya menentukan keputusan untuk dirinya adalah nuraninya sendiri.
sudah tentu yang memahami setepatnya dirinya sendiri adalah ruh, aqal , hati dan nuraninya sendiri. Bukan orang lain. bukan teman-teman. adik beradik ataupun ibubapa.
sudah tentu yang memahami setepatnya dirinya sendiri adalah ruh, aqal , hati dan nuraninya sendiri. Bukan orang lain. bukan teman-teman. adik beradik ataupun ibubapa.
bagaimana kalau milik mutlak itu diceroboh orang lain? seperti tuhan, kalau kita mampu mentafsirkan kata-kata tuhan semutlaknya, maka tuhan sudah tiada guna lagi. Kalau orang lain yang menentukan ikhtiar dalam kehidupan kita. maka kita telah menjadi orang lain. Apa lagi guna kita?
useless.
ps: pasal tafsiran tuhan itu boleh rujuk tulisan prof khalif muammar tentang ekstremism dan pseudo-salafi. beliau ada mengungkap apa yang disebut prof wan muhd nor tentang relatively absolute

3 comments:
bagi yang benar2 berikhtiar, akan sentiasa ada jalan. :p
manusia diberi izin untuk berikhtiar, tetapi tetap,
Allah adalah pemilik keizinan.
Minta pada Dia. Bukan berkeluh-kesah.
Kerana mengeluh akan menambah masalah menjadi dua.
Tuhan ialah pelukis sebuah peta yang terbentang dalamnya jalan-jalan.
Kita ialah jasad dan ruh yang memilih setiap selekoh dan tujuan.
ya.
membentuk kepercayaan atas persepsi luaran, saya kira mensia-siakan nikmat akal.
Post a Comment