(artikel ni, saya tulis kelmarin untuk ruangan bicara mahasiswa, Perubatan Mansurah,belum tersiar lagi,)
..
Tulisan ini bukan bertujuan membawa kepada kehampaan Tuhan,
Atau menafi segala teknikalnya syarat-syarat, kaedah-kaedah
atau tatacara manual untuk sampai kepada tuhan,
yang telah diwarisi semenjak dahulu.
Kerana, mungkin bagi kita, persoalan tentang ketuhanan ,
ibarat wilayah yang terlalu sakral untuk dicerobohi lalu kita gelapkan dalam
kehidupan untuk dipersoalkan .Menjadi taboo dan menyerahkannya sebulat-bulat
kepada para yang arif untuk menentukan untuk diri ini. Padahal ia adalah suatu
yang amat sentral, yang sepatutnya dijawab oleh setiap jiwa yang hidup.
Pernah atau tidak, sebelum mengimani sesuatu kepercayaan,
kita mengutarakan segala persoalan yang lahir benar-benar dari hati nurani kita
untuk mengetahui, hingga segalanya mencerah secerah mentari tanpa awan pada
kala ia terbit. Kita sebagai seorang yang lahir muslim,bagi saya, mempunyai kekurangan
fatal berbanding mualaf,muslim lainnya yang menganuti islam setelah islam -
sebagai suatu agama- menjawab persoalan-persoalan tentang kewujudan dirinya.
Mereka –mualaf, memperakui kebenaran islam sejujur hatinya
setelah membanding segala kefahaman tentang kehidupan. Dan Menukar agama sudah
tentu keputusan yang paling sukar dalam kehidupan dan memerlukan
perbandingan-perbandingan yang adil kepada semua ajaran.
Kekurangan fatal ini –bagi saya, yang membunuh senyap agama kita dari hidup
menyebar nilai-nilai universalnya.Kerana muslim itu umpama cermin bidal tamsil
cahaya Tuhan yang terpencar-pencar dari sumber normatif yakni wahyu. Jika kelabu
berdebu cerminnya maka cahayanya juga tiada mampu memantul sejernihnya.
Sebelum menusuk ruang kepercayaan yang berbalut dengan
faham-faham yang tanpa makna,yang diikat dengan
jargon-jargon bahasa arab. Kita, pada saya, sedang membodohkan diri
sendiri, dengan kepercayaan.jadi, Apa itu kepercayaan, atau keimanan?
Kata Soren Kierkegaard;
“Iman itu tidak punya dasar. Beriman itu seperti masuk ke dalam lubang gelap. Tidak tahu apa yang ada di sana. Entah kebahagiaan atau malah malapetaka “
Mungkin yang ingin disampaikan Kierkegaard bahawa keimanan
buta tanpa tubuh falsafi yang utuh kukuh itu membodohkan ,menyesatkan dan
mengalpakan.
Atau juga, Tuhan itu sekadar projeksi emosi manusia-manusia
yang tertindas, Bak kata Karl Marx tentang agama ,
“agama adalah sekaligus ungkapan penderitaan yang sungguh-sungguh dan protes terhadap penderitaan yang sungguh-sungguh. Agama adalah keluhan makhluk yang tertekan, perasaan dunia tanpa hati, sebagaimana ia adalah roh zaman yang tanpa roh. Ia adalah candu rakyat.”
Mungkin juga, tanpa mengakui peranan wahyu,
tafsiran-tafsiran serupa begini juga akan muncul pada jiwa-jiwa muslim. Lalu
mengangan-angankan kenikmatan syurga kerana ditindas didunia!
Ada juga yang mengatakan bahawa kerosakan hidup ini yang mendorong kita sembahyang!
Perkataan-perkataan ini bukan hanya keluar pada mulut-mulut
non-muslim bahkan juga Muslim jika tidak diberi faham konsep yang benar kukuh.Ini
yang melanda ummat kita sekarang!
Menjadi Kritis
Siapa aku?Kenapa Aku Wujud?Apa itu tuhan?Apa itu keimanan?Apa
itu agama?Kenapa perlunya Tuhan? Apakah aku bebas berbuat?apakah aku boleh
menentukan taqdir sendiri? kenapa perlu agama?apakah yang menentukan betul dan
salah? dll.
Soalan-soalan ini seharusnya dijawab dengan konsep-konsep
yang jelas kukuh. Bukan sekedarnya. Bukan yang ditanya spontan termangu
menjawabnya,Kerana perkara tauhidik bukanlah yang dibenarkan taqlid seperti fiqh. Agama
sepatutnya menjadi bahan kritis kita untuk menjawab soalan-soalan kehidupan!
dan seharusnya, Persoalan-persoalan
ini lahir sendiri dari nurani hati yang terdalam untuk mengenal diri dan Tuhan.
“Man arafa nafsah arafa rabbah”
Proses mengenal diri adalah suatu perjalanan panjang yang
berlanjutan, tentulah memerlukan guru spiritual untuk mengemudi perjalanan ini.
Dan setiap suatu kefahaman yang cuba untuk diimani perlulah melalui proses
kritikal bagi mengenal benar atau salah konsep itu.
Tetapi apa yang berlaku masani, dalam kalangan golongan
aktif berdakwah –sekitar saya , soalan-soalan asasi ini seolah tiada penting dan
tiada penekanan khususi untuk diperteguh, yang diutamakan adalah praktisnya,
fiqh.Perlu tahu bahawa,suatu “idea” atau kefahaman seharusnya didatangkan
dengan tubuh falsafi yang utuh supaya memperkukuh lagi keberlangsungan
perlaksanaannya/ibadahnya.Jika tidak, ibadah hanya sekadar tonggang terbalik
jasad yang mati tiada makna,hilang nilai kebertuhanannya.
Itulah yang telah diusahakan oleh leluhur muslim pendahulu
kita seperti alghazali, ibn rushd ,ibn farabi dan lain-lain. Kerana mereka
tahu, Agama ini hanya akan hidup tersebar dan menyebar jika persoalan-persoalan
falsafi asasi ini dapat dijawab dengan konsep yang jelas. Begitu juga yang
berlaku dalam agama-agama lain, terdapatnya tokoh-tokoh seperti st.augustine,
Thomas Aquinas dan rene Descartes.
Pasti, dalam kalangan kita ada yang telah khatami
kitab-kitab turath seperti sifat 20,
risalah tauhid, kifayatul-awwam dan juga yang kontemporari seperti kubra al-yaqiniyyat alkauniyah . tetapi
apakah yang dipelajari itu sekadar seolah-olah jargon-jargon arab yang tanpa makna sehingga tiada mampu untuk
menguatkan iman, memberi faham, dan berupaya menangkis serangan-serangan luar.
Jika, ada muslim, yang berkata tak terkesan atau terasa
dengan serangan-serangan luar, yang merusak fikiran justru akidah,maka mungkin,
mereka adalah yang tiada ambil kesah pada agamanya. Cukuplah pada solat yang
lima, puasa dan zakat.
Menjadi Matang?
Memenuhi usul timbalan pengerusi 2 kita, saudari Faariha
dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) menjadi mahasiswa matang adalah yang benar-benar
tahu apa yang difahaminya, dianutinya diperjuangkannya dan mengetahui juga
musuh-musuhnya dengan sebenar. Khususnya pada agama, bangsa dan Negara.
Tulisan ini bukan sengaja ditulis untuk meruntuhkan
tembok-tembok faham agam yang dah tersemai dalam jiwa kalian. Tetapi hanya
untuk kalian cuba menilai kembali rapuh kukuhnya banteng sentral kehidupan itu,
akidah.Kerana, serangan pemikiran sudah masuk gelombang yang kedua pada zaman
kita.Kerana, dengan inilah kehidupan beragama kita lebih berkualiti dan bermakna.
Ps:maaf, tulisan ini
agak tak teratur penyampaiannya
Ahmad Baihaqi Saharun,Tahun 4 perubatan
No comments:
Post a Comment