Jan 26, 2012

Ambiguiti


Tuhan khabarkan pada kita dengan sejuta cara, keadaan atau perasaan. Untuk kita sedar.Untuk kita berhenti, dan nilai kembali masa lalu yang telah kita isi atau bazirkan. Umpama, suatu marah keras sang ayah ataupun, belas kasih seorang ibu,bahkan ibarat terangkum kedua-duanya sekali.

Ambiguiti.

Pada marahnya adalah belasnya. Sebelum terhenti masa.
yang kita tak terdaya berbuat apa-apa.

Exam dah tamat dan cuti shita' dah mula. kalau kena reseat exam summer nanti pun saya sanggup. Bila rasa semuanya cukup dan mampu, kita lupa. Saya tak tahu bila agaknya yang bidang perubatan akan jadi sebahagian dari diri saya yang tak terpisah, kerana cenderung saya masih kurang, jika ada yang ingin disalahkan, saya hulurkan telunjuk pada suasana, tetapi hanya si lemah mencari salah dan menyalahkan,bukan?

kiri sebelah katil. ada setompok buku untuk dibaca sepanjang cuti winter ni. Untuk diri saya. untuk usrah, untuk penulisan dan untuk masa depan.

  1. The religion of islam, Course lecture by Prof Syed M Naquib Alattas
  2. Risalah Untuk Kaum Muslimin, Prof Syed M Naquib Alattas
  3. Falsafah dan amalan pendidikan islam Syed M Naquib Alattas, prof wan muhd nor wan daud
  4. Wajah peradaban Barat dari hagemoni kristen ke dominasi sekular liberal, Adian Husaini.
  5. Islam, Fundamentalism and the Betrayal of Tradition, essays by western muslim scholar.


Rata-rata 400 mukasurat dengan bertulisan halus. Sudah tentu saya tidak dapat habiskan. dan saya perlu untuk mula, bertatih-tatih kembali menjadi pelajar perubatan sebenar selepas ini, yang bukan belajar semata imtihan.InsyaAllah.







~tahniah kepada abang dan kakak yang baru bertunang.
~dan Takziah kepada saya kerana duit zakat telah ditarik. dan duit Jpa telah dihabiskan.haha


No comments: