Dec 8, 2011

Menjadi Atheist.


kelmarin, usai exam round haematology.

Saya jenis tidak berbual dengan sembarangan orang, lebih-lebih lagi jika sekitar isu dalam wilayah kecenderungan saya. Ini membuatkan saya kontang idea. Tiap kali bertemu teman-teman, bertegur sapa, harus fikir tajuk apa yang ingin dibualkan. Selalunya saya kecundang, dek kurangnya berlegar dalam dunia-dunia mereka.yang akhirnya berakhir dengan rapuan-rapuan yang entah datang dari mana.

saya punyai delusi dunia sendiri.
Mereka juga.

ini mungkin bukan kali pertama, tapi cukup langka untuk dikira. Setelah usai exam.Saya pulang bersama seorang teman,  Awalnya, saya sekadar mengusik dia tentang bisnes almari yang dia usahakan, saya tak tahu bagaimana perbualan kami beralih dari satu isu ke isu lain, daripada bisnes kecil-kecilan berubah kepada sistem ekonomi saradiri, kemudian berganjak kepada isu ekonomi dunia, tentang lumpuhnya ekonomi ireland dan greece selanjutnya berterusan kepada sistem bank dalam islam, isu syariah-compliant, dinar-dirham. dan yang lagi ajaibnya, saya tak tahu bagaimana perbincangan kami beralih ke idea surface apa itu quantum mechanics.

woah.

saya terbuai (intellectual orgasm?)  dengan maklumat-maklumat baru yang saya dapat. Walaupun perbincangan kami sangat superfisial (kami sekadar beginner)  tapi indah, kerana membuka jalan untuk terus ingin tahu.


dia juga menyebut nama-nama tokoh yang dikaguminya. Kebanyakanya adalah atheist. dan mereka-mereka inilah yang memenangi hadiah nobel dan menyumbang kepada perkembangan kemajuan(?) dunia.


Dia terpukau dengan daya kritis pemikiran Atheist. Yang bijak memanipulasi Logik atau Mantiq. Kita (khususnya asatizah) pula sekadar berhujah dengan teks samawi  (tidak semua) yang mereka skeptik.


Realiti mereka hanya sekadar rasional. kebenaran pegangan kita adalah supra-rasional. antara fizik dan metafizik. Apakah sifat meyakini perkara supra-rasional itu mencetus sikap bermalasan untuk mengkaji dan memahami alam tabii?  atau kepercayaan itu hanyalah candu hasil keluh kesah golongan tertindas yang mengimpikan kebahagiaan dengan mereka-reka suatu ilusi seperti dinukil karl marx?

Dia juga terkagum-kagum dengan semangat dan keghairahan golongan ini dalam merungkai segala permasalahan demi mencari "makna" yang mereka cuba  faham sebagai kebenaran. Yang kurang atau tiada pada kita.


dan kata-kata dia yang menusuk saya,

"seorang Atheist menjadi Atheist kerana berfikir, Seorang muslim, menjadi muslim kerana diternak, dan aku takut mempersoalkan kerana ini akidah"



saya tertanya-tanya.

Apa dalam islam tiada ruang untuk mempersoalkan ketuhanan dan kewujudan dengan aqal?

Apa Tuhan tiada  akan memaaf mereka-mereka yang tergelincir seketika dalam perjalanan kearahNya?

Apakah keyakinan kita hanya pada ayat Tuhan yang berupa teks semata, sehingga kita melupakan ayat tuhan lain yakni alam secara konteksnya?


saya sekadar melontarkan soalan.
saya tahu memang ada ruang itu,dan dalam tradisi keilmuan islam kita terdahulu pun hangat dibincangkan. tapi setakat mana kita, orang awam manfaatkan?


No comments: