Penulis: Paul Cliteur
Penterjemah: Ahmad Baihaqi Saharun
Kita menemui banyak definisi lain yang lebih berbatas tentang “agama” yang dinyatakan oleh
penulis-penulis seperti Ernest Nagel (1901-1985). Nagel menyatakan seperti
berikut dalam tulisannya,” Mempertahankan Atheism’ (1957). “Yang aku fahami
tentang Atheisme, satu kritik dan penafian terhadap kesemua dakwaan-dakwaan
daripada semua kepercayaan Theism” Monotheism ialah yang berpendapat bahawa “syurga
dan dunia dan kesemua yang terkandung padanya berhutang (owe) akan kewujudan
dan keberlangsungannya dalam kebijaksaanaan dan kehendak suatu kuasa yang maha
tinggi (supreme), yang konsisten-kendiri, yang maha agung, maha mengetahui,
yang juga subjek yang maha mengasihi dan yang berbeza dan bebas daripada kesemua
sifat apa yang diciptakan” , kata Nagel, memetik ucapan Robert Flint, Professor of Divinity di
university Edinburgh. Jadi, atheis adalah individu yang menafikan kewujudan
tuhan, yang bercirikan dengan segala yang telah tersebut tadi. Dalam kata lain,
mereka yang menafikan kewujudan “Tuhan yang esa” . Kita dapati juga pendekatan
ini bukan sahaja diungkap oleh Nagel, tetapi oleh Robin Le Poidevin, Daniel
Harbour dan Paul Edwards.
Athesim seperti jua Theism, punyai kelebihan-kelebihan yang jelas baginya.
Kita tahu tentang apa yang kita katakan dan dalam sejarah tradisi pemikiran dunia barat ini
sebagai diskusi tentang wujud ketuhanan dengan segala sifatNya yang dapat difahami.
Filasuf hebat dan juga Ahli teologi, semenjak plato, menerusi Augustine, Ibnu
Sina dan Thomas Aquinas, hingga ke Ren é
Descartes, Blaise Pascal, dan juga sekarang, seperti Richard Swinburne, Daniel
Dennett dan Richard Dawkins, kesemuanya telah menyertai diskusi sedemikian yang
membincangkan tentang kewujudan tuhan yang satu dengan sifat-sifat yang
didefinisikan pihal Gereja atau berdasarkan tafsiran-tafsiran kitab-kitab suci
(Quran dan Bible) .
Ini bukanlah suatu perbualan tentang perbezaan pendirian
setiap orang mengenai “kehidupan (kebahagiaan) ideal yang Mutlak” (Definisi
James tentang Agama), tetapi tentang karekteristik Tuhan yang satu (theistic),
dan dalam arti apa mengatakan ini adalah bersesuaian (compatible) dengan satu
sama lain dan dengan idea-idea manusia lain. Sebagai Contoh, Jika Tuhan tahu
masa hadapan, adakah manusia tiada punya kebebasan (free-will)? (Cicero) , Apa yang Tuhan lakukan sebelum
mencipta Dunia? (Augustine) adakah,jika Tuhan wujud dalam fikiran, mestilah Ia
Wujud pada realiti? (Anselm). Adakah satu kewujudan yang maha kuasa boleh di
batasi oleh keadilan dan kebaikan? (Al-Ghazali) . sebagai seorang penulis yang mendapat gambaran besar tentang argumen ini menyatakan
bahawa, “pemikir daripada ketiga-tiga Agama ini (Yahudi, Kristian dan Islam)
bergelut dalam persoalan dasar masalah falsafi ini yang perlu untuk
diselesaikan, jika inginkan Fahaman monotheism yang mereka anuti untuk terus
hidup, berkembang bukan sekadar bukti-bukti sofistikated tentang kewujudan
Tuhan. Tetapi juga konsep-konsep terperinci tentang Tuhan, dan setiap
sifat-sifatnya; Maha Kuasa, Maha Mengetahui, Sempurna, Abadi, Tetap
(immutability) , dan lain-lain lagi.” (Andrew Pessin, The God Question,
2009,p.9)
Perbincangan mengenai kewujudan Tuhan selalunya berkisar tentang ke”sesuaian”
Ciri-ciri itu mencirikan keTuhanan yang bebas dengan sifat-sifat makhluk dalam tradisi theist. Kepada yang berpegang meyakini dengan
ciri-ciri tersebut digelar Theist manakala yang tidak adalah Atheist.
Melihat Atheism sebagai penafiaan terhadap konsep ketuhanan (Tuhan yang satu)
adalah jelas berbeza dengan berpendapat bahawa Atheism sebagai “Penafian
terhadap kewujudan Pesona (supernatural) terhadap semua perkara”. Seperti yang
disebut oleh Julian Baggini dalam Atheism:
A Very Short Introduction (2003) “
Penafian seorang Atheis terhadap kepercayaan kepada Tuhan selalunya
sekali dengan penafiannya terhadap konsep perkara ghaib/sam’iyyat ataupun reality
yang transcendental. Sebagai contoh, seorang Atheis kebiasaannya tiada percaya
terhadap kewujudan Roh abadi (immortal
soul) , Alam Akhirat, Hantu dan juga kuasa-kuasa ghaib. (p.4) Dia mengakui
secara tegas bahawa seorang atheis boleh saja mempercayai pada hal-hal lainnya,
tetapi dia juga berpendapat, “argumen dan idea-idea yang mendukung Atheisme
secara alami/semulajadi cenderung untuk menolak keimanan terhadap fahaman-fahaman
agama dan perkara-perkara ghaib atau transcendental.
No comments:
Post a Comment