Apabila seseorang telah ditentukan sejak lahir, tentang agamanya, pegangan hidupnya pada hari-hari yang mendatang dalam dia meniti kehidupan yang penuh dengan pengaruh-pengaruh pegangan fahaman lain yang sungguh rencam , sebenarnya seolah-olah bak hidup terbelit oleh gari-gari besi berupa ular hidup yang menyembur bisa.
Mindanya tergari dengan kongkongan kebenaran yang diwarisi. dan pabila telah diwar-warkan, di doktrinkan bahawa pegangannya adalah pemilik mutlak kebenaran tanpa perlu ditekuni, diteliti apa yang dinamakan kepercayaan dan kebenaran.Selanjutnya berakhir mereka meletakkan dirinya dalam kelompok penghuni kebun aden Tuhan yang kekal selamanya.
Mengeruhkan lagi keadaan, pabila yang terdengar pada cuping-cuping telinga kecil mereka, terlihat oleh mata-mata naif mereka, oleh yang sealiran atau yang bukan dengannya itu bukan sesuatu yang haq yang semestinya dia tahu.Lalu terbenci dan terpesonalah kepada yang bukan seharusnya.
Dalam islam sendiri, kepelbagaian dalamannya sungguh rencam, sehingga tak keterlaluan jika mengatakan, kita mampu tersesat dalam cahaya yang benderang terang. Pengalaman-pengalaman individu cuba berinteraksi dalam agama, persekitaran, orang sekeliling yang membentukkan faham atau trauma kekal buat kepercayaannya .Jadi tidak mustahil jika ada graduan timur tengah, mesir umpamanya, termanifestasi oleh segala pengaruh yang dialaminya berubah menjadi liberal, pengikut ayahpin, fundamentalist ,syiah dan sebagainya.
terkadang pada zahir wajahnya, tingkah laku mereka tidak membayangkan suatu konflik yang berkocak, bergelora yang melemaskan fikiran , terkadang menyesakkan nafas untuk cuba di fikirkan dan pengalaman bukanlah semata suatu yang tampak, pengalaman batin juga sebenarnya besar memberi impak.
Ini sekadar permulaan, pengenalan kepada entry seterusnya. yang saya rasa ingin berkongsi , pengalaman saya selama bertahun hidup, semenjak kecil cubaan-cubaan untuk berinteraksi dengan lembaga sistematik berupa kepercayaan yang saya fikir bukan warisan. atau yang awak imani sebagai agama Islam. :)
zA
p/s: apa tu projek 30? haha.
No comments:
Post a Comment